Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, August 30, 2009

Yang Kusam (bahagian 1)

(bagi yang belum membaca DRSA #7)


Sejarah merupakan sesuatu yang penting kepada sesebuah negara bangsa. Kerana itu sejarah ditekankan di dalam sistem pendidikan. Dahulunya di bumi Malaysia ini, Sejarah merupakan satu mata pelajaran pilihan di samping Geografi. Namun, kerana sedar akan kepentingannya Sejarah menjadi mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar terutamanya di sekolah menengah.

Satu-satunya sumber paling mudah untuk rakyat mengetahui sejarah negara ini ialah melalui buku-buku teks yang diajar di sekolah. Sumber-sumber lain agak sukar di cari. Namun, apa yang menyedihkan, buku teks Sejarah yang dulunya agak tebal, mengandungi banyak maklumat mengenai perkembangan negara Malaysia semenjak zaman Melaka kini semakin menipis. Banyak sejarah-sejarah yang telah dipadamkan daripada pengetahuan rakyat. Dan sejarah ini seolah-olah ditapis. Sejarah yang ‘tidak menguntungkan’ atau yang boleh menggugatkan sesetengah pihak dibuang. Sejarah adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Apakah kesannya sekiranya kebenaran dibuang atau dipadamkan? Mungkinkah benang yang basah cuba ditegakkan?


Izinkan saya menulis kembali sebahagian daripada sejarah yang cuba dipadamkan itu. Sejarah mengenai perjuangan kemerdekaan negara kita. Mungkin ada di kalangan kita yang telah mengetahuinya. Namun saya percaya bagi para pelajar yang masih berada di bangku sekolah tidak pernah mendengar nama-nama tokoh di bawah ini nanti kerana nama-nama tersebut tidak lagi tercatat dalam sejarah Malaysia.


Benih nasionalisme di Tanah Melayu yang menentang penjajahan dan mahu menegakkan kemerdekaan tersemai sebelum Perang Dunia II. Pada ketika itu gerakan menuntut kemerdekaan dan perubahan politik mula bergelora di seluruh Asia termasuk Asia Barat. Banyak Negara yang dijajah oleh British mula bergerak menyuarakan tentangan mereka terhadap penjajahan British. Gerakan ini ada kesannya ke atas rakyat Tanah Melayu pada waktu itu.


Sebahagian orang Cina di sini tertarik kepada gerakan Komunis dan Kuomintang di Tanah Besar China. Sesetengah orang India terpengaruh oleh gerakan menuntut kemerdekaan di India yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi dan Parti Kongres. Ada orang Melayu yang dipengaruhi oleh semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Indonesia. Di kalangan orang Melayu ini telah tumbuh sebuah badan politik yang pertama iaitu Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakub dan dianggotai antara lainnya oleh Ishak Haji Muhammad dan Dr. Burhanuddin Helmy.


Pemerintahan Jepun membawa unsur pengaruh yang baru pula. Sikap Jepun terhadap kaum-kaum yang terbesar di negeri ini berlainan. Mereka memusuhi Cina lanjutan daripada peperangan di antara negeri China dengan Jepun dan sentiasa membantu golongan gerila Komunis dari orang Cina. Mereka membantu sayap Tentera Nasional India (TNI) di Malaya sebab TNI dipimpin oleh seorang pemimpin nasionalis India, Chandra Bose, yang bekerjasama dengan Jepun untuk menyerang penjajah British. Terhadap orang Melayu pula mereka cuba bekerjasama dan membantu golongan nasionalis Melayu yang menetang penjajah British di negeri ini.


Walau banyak akibat buruk pemerintahan tentera Jepun ke atas negeri ini, namun Jepun memberikan semangat percaya kepada kebolehan orang Asia untuk menandingi Barat. Ini menguatkan keyakinan yang diperlukan untuk menentang penjajah British. Selepas Perang Dunia II, gerakan menuntut kemerdekaan semakin hebat. Beberapa pertubuhan politik dan kesatuan pekerja timbul. Gerakan pekerja banyak dipengaruhi oleh parti politik radikal (termasuk PKM). Di kalangan orang Melayu telah wujud sejak penghujung tahun 40-an Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). PKMM yang dipimpin antara lain oleh Ishak Hj. Muhammad dan Dr. Burhanuddin Helmy, mempunyai sayap wanita – Angkatan Wanita Sedar (AWAS) di bawah pimpinan Shamsiah Fakeh dan sayap pemuda – Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestaman. PKMM serta AWAS dan API merupakan parti nasionalis yang revolusioner dan mereka mahu memperjuangkan kemerdekaan penuh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pada mulanya, parti ini bekerjasama dengan UMNO dalam satu Kongres, tetapi kemudiannya mereka berpisah kerana perbezaan dasar. Perbezaan ini nyata dari segi slogan yang mereka pilih: PKMM memilih “Merdeka” manakala UMNO memilih “Hidup Melayu” (Sebenarnya orang kuat UMNO sendiri pada masa itu, Khadijah Sidek* menentang slogan Hidup Melayu ini yang padanya mempunyai kepincangan)

Tuesday, August 18, 2009

Karut Marut

sorang tu kata, "keadaan semakin membimbangkan. banyak kes kematian adalah berpunca daripada lewat mendapatkan rawatan. jadi, segeralah berjumpa doktor kalau ada tanda-tanda."

Di tempat yang sepatutnya, boleh pulak orang tu kata, "kalau demam sikit-sikit tak payah datang hospital!". Tak pasal-pasal orang kena marah. manalah orang tahu dia demam sikit ke, demam h1n1 ke. dia bukan doktor. Boleh pulak kena marah. mesti dia rasa nak bakar je hospital tu.

err.. aku tak terlibat dalam cerita ni. aku cuma meriwayatkan sahaja.

Sunday, August 16, 2009

Pesanan dari Pokcik Kadir

Ini ada pesanan dari Pokcik Kadir. Katanya dateline bagi sebarang sumbangan untuk Semenanjung Registar isu pertama adalah pada akhir bulan Ogos ini. Jadi, bagi sesiapa yang nak sumbangkan sesuatu bolehlah berbuat demikian dan hantar emel ke pokcikkadir@yahoo.com

Kalau terlewat skit pun takdok hal. Hantor je. Paling tidak pun akan dimasukkan ke isu seterusnya. Sekian , terima kasih.

Saturday, August 08, 2009

Teka teki tekuk

1... orang lain punya
2,3,4... takpe baru nak start
5,6,7,8... dah lain macam
9,10,11 baru ancaman

Friday, August 07, 2009

Si Merak - Terbang tak kembali

Wahyu Sulaiman Rendra (WS Rendra) telah meninggal dunia pada 6 Ogos 2009 akibat sakit jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Berikut ialah sebuah karya beliau yang dinyanyikan oleh sahabatnya Iwan Fals:
Paman Doblang
Paman Doblang paman Doblang
Mereka masukkan kamu kedalam sel yang gelap
Tanpa lampu tanpa lubang cahaya
Oh pengap
Ada hawa tak ada angkasa ( terkucil )
Temanmu beratus ratus nyamuk semata ( terkunci )
Tak tahu kapan pintu akan terbuka
Kamu tak tahu dimana berada
Paman Doblang paman Doblang
Apa katamu?
( ...Ketika haus aku minum air dari kaleng karatan
Sambil bersila aku mengarungi waktu
Lepas dari jam, hari dan bulan Aku dipeluk oleh wibawa... )
Tidak berbentuk, tidak berupa, tidak bernama
Aku istirahat disini
Tenaga gaib memupuk jiwaku
Paman Doblang paman Doblang
Di setiap jalan menghadang mastodon dan srigala
Kamu terkurung dalam lingkaran
Para pangeran meludahi kamu dari kereta kencana
Kaki kamu dirantai kebatang karang
Kamu dikutuk dan disalahkan tanpa pengadilan
Paman Doblang paman Doblang
Bubur di piring timah didorong dengan kaki kedepanmu
Paman Doblang paman Doblang
Apa katamu?
Kesadaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakrawala
Dan perjuangan
Adalah pelaksanaan kata kata
Kesadaran adalah matahari
Paman Doblang paman Doblang
Apa katamu?
*Aku dedikasikan puisi ini buat tahanan tanpa bicara, di mana jua, di pelosok dunia.

Wednesday, August 05, 2009

UNDANG-UNDANG - Melindungi atau menyusahkan?

Sabtu lepas bersamaan 1 Ogos 2009 aku ada ladap (latihan dalam perkhidmatan). Bak kata seorang kawan, saje je buat 1 haribulan tu supaya kita tak dapat nak merakyat di jalanan.

Ada satu slot untuk undang-undang. Ye, ye.. undang-undang bertujuan melindungi. Tapi kat sekolah ni undang-undang banyak sangat menyekat. Itu tak boleh, ini boleh kena saman, individual negligence (betul ke aku eja ni?)lah, control and custodylah, capital punishmentlah. Pastu siap diugut. Kata loyar tu.. kalau ada client yang datang nak saman cikgu, memang saya akan buat. Sebab cikgu ada gaji tetap. Boleh potong gaji bla bla.. Habis.. cikgu boleh buat apa? Aku nakje nyanyi lagu The Clash - I Fought the law time tu. Dah nyanyi dah pun. tapi dalam hati lah.

Melindungi ke... menyusahkan ke... aku kata: aku gunakan budi bicara aku.

Saturday, August 01, 2009

Lagu Rakyat

KEADILAN - Kami mahukan
KEMAKMURAN - Kami impikan
KEMISKINAN - Harap dibasmikan
PENINDASAN - Kami tentang

**Geram tgk video demo Mansuhkan ISA. Belum berupaya menyertai. sekadar tgk vide/gambor je la