Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, September 27, 2009

Cuba teka [Dikemaskini I]

Kuala Terengganu --> Pontian --> Dungun ==> 80 km/j = ?
Macam-macam jawapan yang diberikan. Bukannya salah. Tapi kebanyakannya fokus kepada pemandu - letih, bosan, ngantuk dan macam-macam. Letih tu memang la letih sikit-sikit. Tapi tak menjadi masalah sangat. Bosan tak kot. Ngantuk... itu lah masalahnya. Tapi pemanduan baru-baru ni taklah mengantuk (sikit je. boleh kawal lagi). Aku guna taktik Ujay. Ngantuk je kunyah Twisties, minum livita.
80 km/j! Itu isu yang aku cuba ketengahkan sebenarnya. Had laju bagi jalan persekutuan. Aku rasa tak praktikal had laju ni. kalau untuk perjalanan dekat tu tak apalah. Kalau untuk perjalanan jauh tu mau 12 jam. Hari tu perjalanan aku dari Kuala Terengganu ke Pontian dah ambil masa 12 jam. Itu pukul ratanya aku bawak 100 km/j dari KT ke Muadzam Shah sebab jalan tak jem lagi. Dari Keratong ke Pontian pukul ratanya 60 km/j sebab hujan dan jalan sesak (kecuali masa kat highway). Kalau aku menjadi seorang yang lurus bendul dan bawak kereta 80 km/j agaknya 20jam baru sampai ke destinasi. Di musim perayaan ni kat tempat-tempat tertentu, tak payah buat had laju pun memang kena bawak 50 - 60 km/j.
Katanya had laju dibuat untuk mengurangkan kadar kemalangan. Bagi aku pulak, kalau jalan tu tak banyak kenderaan dan terpaksa bawak slow (i.e 80 km/j) memang boleh mengundang rasa mengantuk yang akhirnya boleh mengakibatkan kemalangan. Naudzubillah. Kalau ikut statistik, kadar kemalangan di jalan persekutuan yang had lajunya 80 km/j adalah 60%. Di lebuhraya yang had lajunya 110 km/j kurang pulak kemalangan. Kalau dah begitu, kalau ikutkan idea bodoh-bodoh alang, lebarkanlah jalan persekutuan biar sama macam lebuhraya. Haa... praktikal tak?
Ada pulak orang kata... orang yang dah melawat negara-negara orang putih la... katanya jalan kat negara orang putih tu tak elok, tak macam kat negara kita ni. Negara kita kan hebat, takkan nak buat jalanraya tak elok. Apa kelas. Dan kata orang tu, disebabkan jalan yang tak elok tu, maka kuranglah kadar kemalangan. Betul ke? Jadi kena rosakkan sikit kot jalanraya kat Malaysia ni supaya jadi macam kat negara orang putih nun. Nanti tak payahlah buat Ops Sikap lagi. Kesian pak-pak polisi tak dapat cuti raya.
Sekali-sekala terfikir; 80 km/j = bodoh
Anda rasa macamana? Ada buah fikiran?

Wednesday, September 16, 2009

Coretan di dinding


2,3 hari lepas aku terdengar pengetua baru memberikan maksud vandalisme semasa bersembang dengan PKHEM. Vandalisme = perbuatan merosakkan harta-benda awam. Merosakkan harta-benda awam bukan sahaja bermaksud merosakkan fungsi sesuatu benda, malah menconteng atau mencoret sesuatu pada sesuatu benda tersebut juga boleh dikategorikan sebagai vandalisme.




Kalau di sekolah, coretan di dinding biasanya boleh dilihat di belakang-belakang blok, dalam tandas, dan juga di ruangan tanda. Aku suka juga baca coretan-coretan di dinding ini. (iklan: teringat satu coretan di dinding ruangan tangga di sebuah dewan kuliah masa belajar dulu. Sebuah pantun yang bersambung-sambung, yang disambung oleh orang yang berlainan. Agaknya tengah bosan menunggu kelas bermula) Macam-macam yang dicoret oleh para pelajar.




Aku suka mengkategorikan coretan ini kepada dua: 1) coretan berbentuk luahan perasaan akibat tidak puas hati terhadap sesuatu perkara; 2) coretan mengenai minat penconteng. Bagi kategori pertama, amatlah menyakitkan hati pihak yang berkenaan. Biasanya pihak pengurusan dan badan disiplin yang menjadi target. Aku tidak menganggotai badan disiplin, tapi aku rasa macam nama aku pun pernah ada di satu ruangan tangga. Aku syak ia dilakukan oleh budak yang tidak puas hati sebab aku gunting rambut dia. haha.. Aku tak kisah sangat pun dengan contengan tersebut.





Bagi kategori kedua, macam-macam boleh jadi bahan atau subjek contengan. Yang minat muzik, mereka akan mencoret nama kumpulan yang mereka minati. Bagi yang jiwa-jiwa berbunga, ada lah frasa-frasa tertentu untuk melepaskan hawanya. Pokoknya, macam-macam perkaralah.


Ada orang kata coretan-coretan sebegini menunjukkan yang pencoretnya adalah seorang yang kreatif. Ada yang kata ianya bagus untuk terapi minda kerana dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam benak. Ada yang kata menyemak! Ada yang kata perbuatan tersebut tak baik - nanti kena minta maaf dengan semua orang sebab itu adalah harta awam.

foto di atas dirakam pada meja dua orang pelajar perempuan tingkatan 2.

Sunday, September 06, 2009

Warta Berita

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.
Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".
Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."
Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."
Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."
Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh , berkata,"Bahasa Malaysia , shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh."
**bodoh tak dapat diajar, cerdik tak dapat ditumpang

Saturday, September 05, 2009

Yang Kusam (bahagian kedua)

Pada pertengahan tahun 1948 Kerajaan British mengisytiharkan Undang-undang Darurat. PKMM, API, AWAS dan Hizbul Muslimun, beserta dengan PKM telah diharamkan. Lebih 12 000 orang anggota dan pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan telah ditangkap. Di antaranya Ishak Hj. Muhammad dan Ahmad Boestaman. Dr. Burhanuddin sempat melarikan diri. Ramai juga yang masuk hutan. Dalam keadaan kekosongan politik ini, British telah memupuk UMNO untuk berkembang. Golongan bangsawan dan pegawai-pegawai tinggi Melayu digalakkan oleh British untuk memimpin UMNO. Mula-mula pemimpinnya Dato’ Onn kemudian digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

Dalam perjungan menuntut kemerdekaan ini kita melihat dua tradisi. Pertama, tradisi menentang penjajahan habis-habisan yang dilambangkan oleh PKMM. Kedua, tradisi bekerjasama dengan penjajah British sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO. Tradisi pertama ini telah dapat dipatahkan oleh British. Akhirnya kemerdekaan politik diserahkan kepada UMNO. Di bawah pimpinan UMNO diteruskan banyak dasar yang telah diasaskan oleh British dan dilanjutkan susunan masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh unsur-unsur feudal.

Tidak lama sebelum merdeka, ramai tahanan politik termasuk Ishak Hj. Muhammad dan Ahmad Boestaman dibebaskan. Boestaman bersama Burhanuddin dan Ishak telah menubuhkan Parti Rakyat Malaya pada 11 November 1955 di Kuala Lumpur. Ahmad Boestaman dipilih menjadi ketua PRM. Dr. Burhanuddin dan Ishak tidak menyertai PRM, bahkan tidak lama kemudian Ishak dipilih sebagai ketua Parti Buruh Malaya (PBM) dan Dr. Burhanuddin pula mengambil alih jawatan ketua Parti Islam Se-Malaya (PAS). Ketiga-tiga nasionalis ini mengharapkan dengan memimpin parti-parti tersebut, mereka akan dapat menggembleng tenaganya. Pada tahun 1957 Parti Rakyat telah bergabung dengan Parti Buruh dan membentuk Fron Sosialis Rakyat Malaya FSRM)

Di Bawah Boestaman, PRM dianggotai kebanyakannya oleh orang Melayu kelas bawahan dan menengah rendah; ia berasaskan fahaman Marhaenisme ataupun sosio-nasional-demokrasi. PBM mulanya dianggotai oleh golongan menengah dan menganut fahaman Fabian Socialism. Tetapi di bawah pimpinan Ishak, ramai pekerja-pekerja Cina telah menganggotainya. FSRM mengasaskan pendirian politiknya kepada fahaman sosialis. FSRM telah bertanding dalam pilihanraya umum dan telah memenangi lapan kerusi Parlimen. Selain daripada itu, beberapa Majlis Bandaran seperti Pulau Pinang, Melaka dan Seremban dan Majlis Tempatan seperti Jinjang, Serdang dan Labis telah dikuasai oleh FSRM.


Kerajaan Perikatan masa itu berasa takut akan pengaruh FSRM yang kian berkembang. Mereka telah mengambil tiga langkah untuk menyekat perkembangan ini. Pertama, dengan menangkap beramai-ramai pemimpin dan kader parti-parti pembangkang (antaranya Boestaman, Ishak hj. Muhammad, Dr. Burhanuddin, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar, Kampo Radjo, Dr. Rajakumar, Tan Kai Hee, Tan Hock Kin, C.C. Yong dan beratus-ratus yang lain) di bawah ISA. Peluang ini dapat mereka gunakan semasa Konfrontasi Indonesia bermula pada tahun 1962. Bahkan berkali-kali selepas itu penangkapan dilakukan ke atas ramai anggota dan pemimpin yang terlibat dengan kedua-dua parti. Kedua, dengan menghapuskan majlis bandaran dan tempatan yang dipilih oleh rakyat dan menggantikan dengan majlis-majlis yang anggotanya dilantik oleh kerajaan. Ketiga, mengharamkan cawangan-cawangan PRM dan PBM. Begitu banyak cawangan PBM yang diharamkan sehingga parti itu mengambil langkah untuk “menutup jendela”.

Tekanan-tekanan oleh pemerintah ini telah melemahkan FSRM. Banyak anasir buruk telah meresap ke dalam parti. Pemimpin-pemimpin di dalam tahanan dan juga di luar akhirnya sependapat bahawa jalan sebaik-baiknya ialah untuk memisahkan kedua-dua parti dan akhirnya menutup FSRM. PBM terus berkubur selepas itu. Manakala PRM terus bergerak, tetapi dalam keadaan yang sangat lemah. Dalam tahun 1965, semasa Boestaman masih dalam tahanan, beberapa orang dari golongan intelek muda telah dipilih memimpin PRM. Apabila Boestaman dibebaskan, beliau kembali menjadi ketua. Tetapi beberapa perbezaan telah timbul di antara beliau dengan pemimpin-pemimpin muda ini. Akhirnya Boestaman berundur dari PRM untuk menubuhkan Parti Marhein dan Kassim Ahmad** mengambil alih kedudukannya sebagai ketua PRM.

Kassim telah membawa perubahan radikal kepada PRM. Beliau dapat mempengaruhi parti untuk menukar nama parti kepada Partai Sosialis Rakyat Malaya dan menerima Sosialisme Saintifik sebagai ideologinya. Pertukaran ini memudahkan para pemimpin pemerintah dan juga pihak polis melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap parti. Kononnya PSRM mirip komunis dan semua pemimpinnya tidak mempercayai agama. Atas tuduhan-tuduhan yang palsu, ramai pemimpin (termasuk Kassim Ahmad) dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan ISA. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak sekali dimomok-momokkan. Hingga kini, ISA berjaya melemahkan golongan politik berhaluan kiri.

* Biografi Khatijah Sidek – menceritakan perjuangan beliau di dalam UMNO tetapi perjuangan beliau seolah-olah tidak dihargai. Kenapa?

** Universiti Kedua (Kassim Ahmad) – menceritakan sebelum dan semasa penahanan beliau di bawah ISA

Thursday, September 03, 2009

Ancurr!!

Namamu slalu kubisiki
Dalam tidurku, dalam mimpiku setiap malam
Hangat tubuhmu melekat dikulitku
Beribu peluk, beribu cium kita lalui

Tapi kau kabur dengan duda anak tiga
Pilihan ibumu
Hatiku hancur, berserakan, berhamburan
Kaya jeroannya binatang

Ya sudah…
Ku menangis seadanya, sekuat tenaga
Ya sudahlah…

Kau memang setan alas
Ga punya prasaan
Ancur…

Doaku diakad nikahmu
Semoga si duda diracun orang
Biar terus mampus
[Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-68 Bapak Iwan Fals]
*kabur = lari
kaya jeroannya binatang = macam isi perut binatang
**Bukan hafal pun tarikh lahir dia. Cuma kebetulan terjumpa semasa merayap-rayap

Wednesday, September 02, 2009

K & K di K

Apa bala K & K di K tu? Tuan-puan dapat jumpa K&KdiK di invois-invois (kadang-kadang dieja Inbois. Bahasa Inggerisnya invoice). Biasanya kita akan dapat invois ni bila kita membeli sesuatu barang atau perkhidmatan secara kredit, secara hutang. Dekat bawah invois tu biasanya dia akan tulis K&KdiK ni. Nama penuh K&KdiK ni ialah Kesilapan dan Ketinggalan di Kecualikan. Kalau dalam BI nya... aku lupa la pulak.. sebab dulu aku belajar dalam BM. PPSMI pun belum ada masa tu. Maksudnya sebarang kesilapan catatan yang berlaku dalam invois tersebut, atau ketinggalan item/catatan, adalah tidak disengajakan, minta dikecualikan dan boleh diperbetulkan. itu lebih kurang maksudnya.


Tapi, bukan itu inti cerita ini sebenarnya. Cerita yang sebenarnya begini.... Oleh kerana aku mengajar subjek Prinsip Perakaunan, maka antara item yang selalu sangat dijumpai ialah 'bank'. Nama penuhnya ialah Tunai di Bank. Tapi diringkaskan jadi bank sahaja. Bank di sini bermaksud duit simpanan (aset) sesebuah perniagaan di dalam bank. Masalahnya, bila aku buat soalan atau nota, perkataan bank yang nak ditaip tu akan keluar jadi 'band'. Bukan... ini bukan autocorrect. Kalau bank, daam BI nya juga dieja sebagai bank. Ini jadinya band.


Inilah bahananya kalau selalu sangat dengar muzik. Kata orang, mudah lagho. Dah tu terbiasa menaip artikel dan menemuramah band, review band, band dan band... Sampaikan bank pun dieja jadi band. Terbaru ialah soalan peperiksaan yang aku buat untuk minggu depan ni. Dah siap riso pun. Tadi bila aku nak buat skema jawapan, baca balik, tengok-tengok band jadinya. Hmm... apo nak dikato. Harap maaflah yo.

Tuesday, September 01, 2009