Oleh kerana raksasa telah muncul (pada entri yang lepas), maka muncullah pula adiwira-adiwira yang sanggup berkorban untuk menentang raksasa-raksasa jahat tersebut. Salah satu adiwira yang digemari oleh Faiq ialah manusia cahaya ni - Ultraman.
Ultraman ni dah lama wujud.. sejak tahun 66 lagi. Sudah terlalu banyak evolusi yang dilakukan terhadap ultraman dan pasukan menghapuskan raksasa ni. Masa aku kanak-kanak dulu, pasukan yang menentang raksasa ni namanya MAT, dan anggotanya yang mendapat kuasa ultraman ni namanya Hayata.
Masa cuti sekolah bulan 5 haritu kami sekeluarga balik ke Pontian. Dan kalau ke bandar Pontian, kami akan cari masa untuk singgah di kedai menjual pelbagai vcd/dvd asli dan cetak rompak. Semestinya aku pilih yang cetak rompak sebab reganya murah. Dalam pada duk belek-belek tu, Faiq ternampak dvd ultraman dan mulalah melakukan pelbagai helah untuk mendapatkan dvd tersebut. Maka terpaksalah ibunya membelikannya. Aku ingatkan sekeping sahaja... tapi rupa-rupanya 3 keping - dvd. Fuh! dah macam diskografi ultraman pulak. Siap ada cerita sejarah kemunculan raksasa, kemudian barulah muncul ultraman. Dari ultraman zaman dulu hingga ke ultraman zaman kini, keluarga ultraman, mak ayah, datuk ultraman semua ada.
Faiq ni pun satu jugak.. nak tengok tapi takut-takut. Yelah.. raksasanya memang ganas-ganas dengan bunyi yang menakutkan. Kalau dia nak tengok terpaksalah ibu/ayah temankan dia.
Jadi, di sini aku nak uji minda pembaca sekelian: Cuba senaraikan nama-nama ultraman zaman kanak-kanak anda dan juga apa sahaja ultraman yang anda tahu. Yang paling banyak tahu akan dapat hadiah.

