Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, November 26, 2009

Bahang Tanoh!

Situasi : Nak balik ke Dungun dari Pontian
1. 24hb : tiket bas terus dari Pontian ke Dungun dah habis. Kakak yang jaga kaunter sarankan aku ambik bas ke Kuantan. Kemudian bas yang sama akan terus ke Kuala Terengganu tapi dari Kuantan aku kena tumpang seat drebar sebab seat dah penuh. Bas pukul 6.30pm. Aku sampai di stesen bas pukul 6.05pm. Bas yang ada; 1. ke Kuala Perlis, 2. dia tulis Kota Bharu, Rantau Panjang. Aku tunggu bas ke Kuala Terengganu. 6.33pm kedua2 bas tadi bergerak, aku pegi tanya kaunter mana bas aku tapi kaunter dah tutup. Aku tunggu lagi. 6.34pm, aku terfikir, mungkinkah bas yang ke Kota Bharu tu bas aku. Aku telefon kaunter di Larkin. Dia jawab memang bas tu. Konfem aku tertinggal bas. Kot ye pun tulislah sepatah Kuantan ke KT ke.. ini tulis Kota Bharu/rantau panjang je. Mana aku tau.
2. 6.50pm aku nekad ambik teksi. Tak kiralah mahal pun, sorang2 pun. Aku tanya berapa tambang ke Larkin. RM60, RM15 sorg. Oleh kerana aku naik sorang, terpaksalah aku tanggung RM60. Bahang tanoh! Terpaksa balik jugak sebab ada komitmen di Dungun. Kalau teksi baru takpe, ini teksi lama. Tapi teksi tu lalu kot jalan yang aku tak pernah lalu untuk ke Larkin. Dapat juga sikit ilmu. Tapi tak konfem aku ingat ke tak jalan tu. JB ni dah macam KL. Takut aku bawak kereta kat bandar JB ni.
3. Lebih kurang 8pm sampai di stesen pengangkutan awam Larkin. Salah satu stesen bas yang hidup 24jam selain Pudu Raya. Cari tiket. Nasib baik ada. Terbang lagi RM. Tiket bas sekarang mahal woo.. Kemudian pergi makan kat medan selera kat atas. dah lama tak makan kat tempat macam ni. teringat zaman dulu2. Dahla makan sorang2. Apa pun tempat yang paling aku rasa tak selamat, tambah lagi jalan sorang2 adalah stesen bas. Walaupun orang ramai, tapi tetap rasa tak selamat. Ingatkan dapat naik bas 2 tingkat tapi tak berjaya. Bukan apa, saja nak rasa.
4. Malam ni naik bas lagi. nak balik Pontian. Seminggu dua ni kerja naik bas je. Oklah tu sorang2 berbanding kalau naik kereta minyak dah berapa. penat memanadu lagi. Harap2 semua perjalanan aku selamat sampai ke destinasi. Amiin.

Wednesday, November 18, 2009

Tiada Kejutan, Tiada Amaran + Cobaan

Baru malam tadi tengok cerita Pendekar Bujang Lapok kat tv. Cobaan... berapa banyak cobaan daa..



Pagi tadi tengah syok kemas meja yang tak nampak dasar (kemas ni pun sebab dah nak cuti hujung tahun), dapat berita bapa kepada seorang pelajar aku meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihirooji'un. Kesian dia.. dahla esok nak periksa SPM. Berat aku rasa dugaan ni. Kita yang tak ada kena-mengena ni dengan senangnya boleh berkata "tabahkan hati, Tuhan lebih sayangkan dia, esok nak exam, jangan fikir sangat." Tapi tuan punya badan yang menanggung, Tuhan saja yang tahu.
Balik sekolah dalam pukul 2.30 dapat berita yang sepupu (sabit) yang paling rapat dengan keluarga kami pula meninggal dunia di tepi jalan dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Bukan kemalangan. Tapi arwah berhentikan kereta di tepi jalan kerana batuk. Batuk berdarah! Penduduk setempat melaporkannya kepada polis. Maka polis yang menghantar arwah yang disahkan meninggal di tempat kejadian ke hospital Dungun. Bila melibatkan polis, panjanglah ceritanya. Bila meninggal di luar rumah, bukan di hospital, maka panjanglah ceritanya. Terpaksa ditahan untuk bedah siasat. oleh kerana jenazah sampai di hospital dah pukul +/- 4, tok teh, tok tek, tak sempat buat apa-apa. Esok juga baru boleh dibuat bedah siasat. Doktor di hospital tu masa tu sorang je. Malaysia memang kekurangan doktor di premis kesihatan kerajaan.
Tapi aku salut anak arwah yang mewakili keluarganya di hospital. Ye lah, baru berusia 20 tahun. Bak kata oc polis di situ, 20 tahun ke bawah tak boleh buat apa-apa, tak boleh buat keputusan. Dia nampak tenang walaupun dalam diri berkecamuk. Abang-abang, kakak-kakak bekerja di luar negeri (terengganu). Tapi yang paling kuat dugaan, aku rasa anaknya yang akan menduduki SPM esok. Paling cepat pun aku rasa dalam tengahari baru jenazah boleh sampai di rumah. Esok periksa pagi petang. Bahasa Melayu 1, Sejarah 1 (kot) dan Bahasa Melayu 2. Kalau tak ambik BM tak dapatlah sijil SPM. Ini betul-betul dugaan yang maha berat.
Al-Faatehah buat kedua-dua arwah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Selamat menduduki SPM kepada semua calon SPM 2009. Semoga dibuka pintu hati, dilapangkan dada dan dapat menjawab dengan baik. Semoga kejayaan milik anda, Insya-Allah. Ameen.

Saturday, November 14, 2009

Kuasa Di Tangan Yang Sedikit

Kuasa di tangan yang sedikit
Terlalu banyak gelandangan
Terlalu banyak kebuluran
Mereka tidak peduli
Dan mereka tidak mahu mendengar
Keuntungan mengatasi kesengsaraan

Kemudian
Penindasan berbanding hak asasi, nah...
Ambil dari yang kaya dan bagi kepada si miskin
Tapi
Bilakah si tamak akan berhenti
Bilakah hak asasi akan menjadi pasti

Mereka bebas memiliki wang dan sistem
Kita tak mampu mengecapi kebebasan dengan pelbagai halangan
Kita tak mampu mengecapi kebebasan dan kesaksamaan
Dengan seluruh sistem yang diasaskan dengan persaingan

Monday, November 09, 2009

Ambil Balik Hidupmu

Aku memang dah lama tak menulis (selain dari menulis di sini) sejak kelahiran DRSA#10. Bermakna jangan haraplah korang akan jumpa DRSA isu terbaru dalam masa 2 - 3 bulan ni. Rasa malas sungguh nak menulis. Orang putih kata tak ada mood. Aku tau, nanti akan ada yang komen 'kalau malas, bila nak berjaya'. Tapi, itulah hakikatnya - dengan beberapa faktor yang mempengaruhi. Tak perlulah aku menyenaraikan faktor-faktor itu sebab ini bukan menjawab soalan peperiksaan. Bukan sahaja malas menulis, malah membaca pun malas juga. ada 4 -5 zine yang sampai ke tangan aku, tapi tak terbaca-baca lagi.

Namun, musim peperiksaan tiba lagi. Bukan aku yang ambik periksa, tapi aku kena jaga periksa. Bagusnya musim peperiksaan ni pada aku sebab masa ni la aku mula membaca kembali. Bukan apa, untuk isi 'lompong' masa (bak kata PK aku, "lompong ke lompang?") Duduk je tak buat apa-apa kadang-kadang sapai 2 jam setengah sangat membosankan. Masa ni kadang-kadang tengah berdiri pun aku boleh tertidur. Jadi, lebih baik aku baca zine ke buku ke kan? Dah 2 -3 zine aku khatam masa musim peperiksaan. haha.. Tapi dalam pada membaca tu pun bukanlah kata tak tengok sekeliling. Tengok kelas jugak. kalau kelas yang kuat meniru tu tak bolehlah.

Untuk pengetahuan entri ini ditulis pada pukul 5.5o pagi. Satu masalah bila menulis pagi-pagi ni ialah sering terganggu oleh panggilan tandas. Pagi-pagi kena buat pelaburan. ni pun dah dipanggil. jadi, aku pergi dululah.

*sila maafkan kalau ada terkurang m sebab keypad m ni problem