Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, July 25, 2020

Yang Tertangguh

Ingat tadi nak update post baru. Sekali tengok dah ada 10 drafts. Banyak betul kerja tertangguh. Ada yang dah siap separuh jalan. Entah kenapa tak sempat publish. Mungkin tak ada idea. Atau kebetulan ada hal lain waktu tu. Jadi terbengkalailah ia. Ada juga yang sempat taip ayat pertama sahaja. Bahkan ada yang punya tajuk sahaja. Lebih teruk, kosong terus. Tak ada isi, tak ada tajuk. Tapi tetap tersimpan dekat draft. Jadi, di sini saya gabunglah kesemua tu. Biarpun penulisan tak habis, pandai-pandai kau lah agak apa ending dia. Biar kau pulak yang fikir kesudahannya. Kesudahan yang boleh jadi macam-macam.

Draf 1
Buat kerja bertangguh itu tak elok. Tapi, betul ke buat kerja last minit ni merugikan? Barangkali ada keuntungan di sebaliknya, siapa tahu? Ada udang di sebalik batu?

Situasi 1
Biasa terjadi kepada pemilik kenderaan, kalau rosak sikit-sikit, dibiarkannya dulu. Boleh guna lagi katanya. Atau duit nak guna untuk perkara lain dulu. Bila rosak sikit lagi, dibiarkannya lagi. Tak ada bajet katanya. Bila dah rosak teruk, baru ada akai. Berhutang, bergadai. Tapi, ada juga yang jenis, dah susah-susah sangat, tukar yang baru je lah.Ini pun biasa terjadi juga. Bagi yang ada kuasalah.

Situasi 2
Ini cerita di kampung saya. Kampung saya ada pantai. Pantai Teluk Lipat. Gambar di bawah ni diambil beberapa tahun yang lalu. Agak cantik juga la. Menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar. Menjadi tempat bagi acara tahunan lagi kemuncak bagi GP Joran. Namun, saban tahun, terutama musim tengkujuh, sedikit demi sedikit pantai ni terhakis. Aku mula bermastautin di sini pada tahun 2004. Di tepi pantai ada warung jual mi sup, mi kari. Beberapa tahun selepas itu, mereka kena pindah ke seberang jalan kerana pantai semakin terhakis.



Draf 2
Aku sampai di Dungun pada tahun 2004. Dan Dungun tak ada Maybank. Ini hal lari dari kebiasaan. Mana-mana bandar, hatta kebanyakan pekan pun biasanya ada bank ni. Tapi Dungun tak ada. Persoalannya, kenapa?

Ok, sebelum tu, sebenarnya aku tak ada akaun Maybank. Tapi, bila ada urusan yang memerlukan aku masukkan duit ke akaun seseorang, mereka memberikan nombor akaun Maybank. Ini memang menyusahkan. Dan Maybank terdekat terletak di Paka, sebuah pekan dalam daerah Dungun. Dah lama wujud Maybank di Paka, tetapi kenapa tiada di Dungun? Koman sangat ke Dungun?


Draf 3
Dear comrades and ploretariat (Kau boleh agak tak ia berkenaan dengan apa?)

Draf 4
Apo ko bondo eh tu? Mind your own business. Kata orang Melayu, “jaga tepi kain sendiri lah! Jangan jaga tepi kain orang”. Hal ini aku dah sentuh dalam DRSA dulu. Kalau tak silap dalam keluaran ke-2, pada akhir tahun 90-an. Masa tu kalau tak silap aku si Kancil atau si Kapchai (Esteem zine) dan Zax (TSAB zine) pun turut memberi pendapat mereka. Itu dulu. Sedekad yang lalu.
Aku turut bersimpati dengan peninggalan Alm Nurin. Takziah diucapkan kepada keluarganya. Tabahkan hati. Yang masih hidup mesti teruskan kehidupan.


Tiba-tiba semua orang – bijak pandai, para sarjana, pemimpin kembali memperkatakan mengenai hidup bermasyarakat, yang seolah-olah kita semua melupakannya sehingga semalam. Hari ini baru kita teringat kembali. Ada yang mengatakan walaupun kita hidup di zaman yang moden dan maju, kita perlu ada sikap kekampungan (aku harap anda faham apa maksudnya tu). Ada pula yang mengatakan kita perlu juga menjaga tepi kain orang. Dan macam-macam pendapat lagi.


Hah! Itulah dia orang kita. Tak pernah nak belajar daripada kejadian lepas. Tapi sebenarnya bukan tak belajar. Belajar. Tapi sikap orang kita ni jenis yang tak beramal. Ilmu ada, malas nak beramal. Insiden seperti yang berlaku kepada Alm Nurin bukan baru pertama kali berlaku. Dah banyak kali. Tetapi sikap orang kita ni, terutama orang-orang tinggi di atas sana nun saling tak tumpah seperti tukul dengan pemahat. Aku rasa nak salahkan orang kita 100% tak boleh jugak. Mungkin orang kita dah berjaga-jaga. Tapi apa sangat yang orang kita boleh buat. Lain lah kalau orang kat atas sana nun. Dulu selepas kes Alm Nurul Huda di Johor, kita pun dah kecoh. Ada yang kata nak gubal undang-undang itu la, nak buat peraturan ini lah, itu ini, begitu, begini. Piirah! Habuk pun tarak. Tup-tup kejadian yang sama berlaku lagi. Nah! Orang yang sama bergebang lagi. Nak gubal itu, nak tubuh ini. Ini apa ni? Takke macam tukul dengan pahat tu? Sekali ketuk sekali masuk. Kalau tukul dengan pahat tu ada juga lah masuknya walaupun sekali sekala, taklah sampai tercabut. Ini tidak bunyi je bising. Iklan je lebih.


Cuba anda belek kembali bajet 2008 baru-baru ini. Ada ke diperuntukkan untuk menangani gejala sosial? Berapa peratus? Dengan kadar jenayah yang semakin meningkat. Alamak! Dah penat lah membebel pasal ni. Korang sambung lah pulak

Draf 5
Betullah apa orang kata, dulu lain sekarang lain. Dulu di tempat aku, di Kuala Terengganu, kenduri kahwin, dan lain-lain kenduri biasanya dibuat pada hari Jumaat (kerana Jumaat hari cuti). Atau setidak-tidaknya hari Khamis (Khamis kerja setengah hari waktu tu). Sekarang ni kalau satu keluarga dapat buat kenduri pada hari Jumaat atau Khamis memang bertuah. (harus diingat, ini cerita musim cuti sekolah sahaja, tidak ada kena-mengena dengan musim atau pian lain)

Thursday, October 07, 2010

Tiada Kesudahan

SWEET CHARITY

SWEET CHARITY

SWEET CHARITY

SWEET CHARITY

SWEET CHARITY

Untuk kesekian kalinya, aku masih lagi membicarakan pasal sweet charity. Maka di sini, aku mengingatkan diri aku dan kawan-kawan, dan aku mengajak diri aku dan kawan-kawan untuk berbuat kebaikan. Pedulikan dengan apa yang orang lain kata. Berbuat baiklah walau sebesar zarah.

Saturday, September 18, 2010

Celoteh Pendek = celpen

1. Lagi sepuluh tahun nak ke 2020. Lagi 10 tahun masa yang ada untuk Malaysia merealisasikan wawasan 2020, untuk menjadi negara maju. Tapi, keadaan sekarang ni pun tak ada lah teruk sangat (dari segi lahiriah), kalau nak banding dengan negara India. India sekarang ni pun dah semakin maju. Bahkan dalam sesetengah hal lebih maju dari Malaysia. Ekonomi pun berterusan meningkat. Cuma, mungkin negaranya yang besar, rakyatnya yang ramai, menyebabkan masih ada yang tidak dapat menikmati kemakmuran ekonomi. Atau mungkin ada sebab lain.

Kalau nak dibandingkan dengan Afghanistan, lagilah hebat Malaysia nih. Afghanistan tu apalah yang ada yang boleh dibanggakan. Menara berkembar tak ada. Apalagi band-band indie yang hebat macam Bunkface. Takkan nak bermegah dengan pengganas.

Tadi tertengok berita kat tv. Rakyat Pakistan mengundi. Mereka pakai dakwat. Orang nak mengundi kena celup jari dalam dakwat tu. Dulu aku tgk di India pun buat macam tu. Dulu-dulu lagi aku dengar Malaysia pun nak buat macam tu jugak. Kalau tak silap, dakwat tu nak beli dari India. Huha-huha, tak jadi. Katanya tak cukup duit nak beli dakwat. Miskin rupanya Malaysia ni, mengalahkan Afghanistan.

2. Dah lama bercuti sekolah + raya. Sekarang baru berkesempatan menjenguk blog saing rodong. Ada seperkara yang aku nak sentuh lepas baca blog Masih Dalam Proses tadi. Pasal isu perlambangan. Padan pun dia (Rahimin Idris - si editor) pernah bagitau aku sebelum ni ramai orang suka baca blog dia sebab rasa kelakar, tapi tak dapat apa yang dia nak cuba sampaikan sebenarnya. Mungkin kelakar yang tidak disengajakan itu adalah perlambangan kepada sesuatu. Tapi, tulah. Ramai orang suka baca yang tersurat sahaja. Aku pulak, rasanya tak pernah secara sengaja memasukkan sesuatu lambang dalam penulisan aku. Nak kena belajar lagi ni.

3. Tadi hajatnya nak tulis pendek je. Ni dah tak pendek sangat dah.

Monday, August 23, 2010

It's Not Funny (Anymore)

Kedengaran macam kelakar. Sekali baca ada rasa sikit kelakar. Tapi ia memang tidak kelakar. Semua orang tahu masing-masing ada hak untuk menyatakan pendapat masing-masing. Ramai orang tahu masing-masing berhak untuk tidak bersetuju. Jadi masing-masing boleh express apa yang ada dalam kepala otak mereka. Sama ada setuju atau tidak setuju. Suka atau tidak suka. Terpulang.

Yang pasti semua orang hendakkan dirinya dihormati. Maksudnya, bukanlah dihormati macam YB. Ini lebih kepada saling hormat-menghormati. Aku hormat kau, kau hormat aku. Kau nak aku hormat pendirian, pilihan kau, kau pun (sepatutnya) hormatlah juga pendirian mahu pun pilihan aku. Begitu adat dunia. Lazimnya.

Jadi, sendiri mau ingatlah!



*
rasa macam nak taruk gambar. lama-lama pikir, tak payah la.

Tuesday, July 20, 2010

Rentet-merentet

1. Kecoh sungguh pasal curi pasir kat Selangor. Tiba-tiba meletup. Tapi memang... bagi orang yang tak ada ilmu macam aku ni memang terkejut tengok gambar kawasan lombong pasir yang bapok luas. Ish ish ish... tak merbahayakan alam sekitar ke tu? Itu kalau tengok dengan tak ada ilmu la.

2. Orang FELDA marah sungguh dengan Suara Keadilan. Sampaikan kumpul ramai-ramai, beli Suara Keadilan banyak-banyak dan bakar. Orang SK peduli ke tu? Jualan meningkat, apa. Lepas tu nak saman SK pula. Tapi bukan orang lain yg cakap pasal FELDA tu. ANAK FELDA juga. Siap cabar menteri untuk berdebat dan tak takut disaman. Teringat pula kata-kata orang tua-tua. Kalau tiada angin, takkan pohon bergoyang. Bann SK - langgar permit, tak ada permit, permit tak sambung, jual pada bukan ahli, bla bla bla.

3. Harakah pun terheret sama. Akhbar DAP pun. Habis semua akhbar pakatan. Berita pun tak dapat disampaikan (melalui akhbar).

4. Tak habis-habis lagi kecoh pasal pasir kat Selangor. Tak tahulah siapa betul, siapa tak betul. Orang kata, kebenaran akan menang akhirnya.

5. Hari akhir sidang dewan - Barang Naik, 5 dalam 1. Biar apa pun istilah yang digunakan, hakikatnya harga barang naik lagi. Yang kaya tetap kaya, yang miskin semakin miskin. Yang pintar membodohi. Yang bodoh dibudayakan.

6. Taktik lama.

Friday, June 04, 2010

Kecoa (lipas) Pembangunan

Kecoa Pembangunan....
Salah dagang banyak hutang.......
Tata bukunya di tulis di awan...
Tata ekonominya ilmu bintang..
kecoa...kecoa...ke...co...a.....

Dengan
senjata monopoli
Menjadi
pencuri....
kecoa...kecoa... ke...co...a....

Dilindungi
kekuasaan...
Merampok
negeri ini....
Kecoa...kecoa...ke...co...a...

Ngimpi nglindur di sangka
Pertumbuhan...
Hutang pribadi
di anggap Hutang Bangsa...
Suara di bungkam
agar Dosa Berkuasa...
Kecoa....kecoa... ke...co...a...

Stabilitas, stabilitas
katanya...
Gangsir Bank... Gangsir Bank,
Kenyataannya....
Kecoa...kecoa...ke...co...a...

Keamanan, ketenangan
katanya...
Marsinah terbunuh, petani di gusur, kenyataannya....
Kecoa Pembangunan,
Kecoa bangsa dan negara
Lebih berbahaya ketimbang raja singa
Lebih berbahaya ketimbang pelacuran
Kabut gelap masa depan,
Kemarau panjang bagi harapan
Kecoa...kecoa... ke...co...a....

Ngakunya
konglomerat
Nyatanya
macan kandang....
Ngakunya
bisa dagang,
Nyatanya
banyak hutang
Kecoa...kecoa...ke..co...a...

Paspornya empat,
Kata buku dua versi...
Katanya
pemerataan,
Nyatanya monopoli
kecoa...kecoa...ke...co..a...

:: Ws Rendra ::

Wednesday, May 19, 2010

Exam Fever

Lagi 3 minggu nak cuti sekolah. Hari ni dah start exam pertengahan tahun untuk tingkatan 4 & 5. Tok-teh tok-teh dah nak habis setengah tahun. Tapi exam ni bukanlah apa sangat pada kebanyakan pelajar. Takde exam fever pun sebenanrnya. Cuma 2,3 kerat je.


Pada aku pulak, musim exam ni sangat dinantikan. Bolehlah rehat sikit. Time ni lah mood membaca aku datang kembali. Membaca semasa menjaga exam. Tapi, tak ada lah sampai terabai kelas. Masih lagi terkawal.


Seingat aku, sepanjang musim peperiksaan tahun lepas, aku sempat menghabiskan beberapa buah buku dan fanzine. Seingat aku, tahun lepas, antara zine yang sempat dihabiskan dalam kelas ialah zine Innerview.


Sekarang ni ada beberapa buah zine, ada yang dah lama beli tapi tak baca lagi. Ingat esok nak sambung lagi aktiviti ni. Esok aku nak baca Mosh #13. :)

Sunday, April 25, 2010

Isi Tak Berganti

(Kepada Yb-Yb, bakal Yb dan yang memilih Yb)

Khabar-khabar telah tiba berterbangan
Tuan-tuan terjulang dalam kemenangan
Segala janji dalam manis kata-kata:
'Kami diturunkan untuk membela rakyat jelata.'

Derai sorak zaman ini
Belum bererti menjadi pasti
Kalau hanya pemimpin sendiri
Sedang kami tertindas lagi.

Penuh jamuan dan pesta indah
Puji sanjung dan tawa madah
'Kita menang menghadapi perjuangan
zaman merdeka sudah terbayang'.

Tapi sejarah bisa berulang lagi
Dalam sorak kemenangan lupakan diri
Ah, masing-masing mencari tempat sendiri
Tegak di atas kemelaratan kami.

Itulah bayangan zaman ini
Kulit hanya, isi tak berganti

Thursday, February 11, 2010

Awak Berbunyi Macam Awak Sakit

Aku masuk ke kelas seperti biasa. Bersemangat untuk mengajar walaupun pelajar baru selesai mengharungi satu peperiksaan. Aku terpandang pada papan putih yang tertulis lebih kurang:
"Kedudukan baru dalam kelas. Pelajar Melayu di sebelah kiri, pelajar Cina di sebelah kanan. Tolong beri kerjasama. Arahan guru."

Tiba-tiba seorang pelajar Cina datang kepadaku seraya berkata, "Ini ke 1Malaysia?" sambil merujuk kepada apa yang tertulis di papan putih. Dan ia disokong oleh beberapa pelajar Cina yang lain. Kemudian aku bertanya siapa yang tulis? Tiada seorang pun menjawab.

Pelajar tadi terus bertanya. "Cikgu, kenapa orang Cina belajar Bahasa Melayu tapi orang Melayu tak belajar Bahasa Cina?" Soalan ini aku cuba jawab.

Kesudahannya... kami belajar Bahasa Cina. Aku tak jadi mengajar. Aku suruh sorang budak Cina mengajar Bahasa Cina. Bukan apa, hendak meraikan Tahun Baru Cina. Kasi mereka happy sikit sekali-sekala. :) Pada penghujung kelas, aku diberi homework dan diingatkan akan ada ujian bila naik cuti nanti. Kalau tiru nanti dapat markah 0. Jangan tiru buku! (macam nak balas dendam kat aku je huhu)

Sunday, February 07, 2010

Warnakan Ia Hitam - Batu Giling

Kita selalu diperdengarkan dengan kata-kata "kanak-kanak itu seperti sehelai kain putih. Ibubapanyalah yang mencorakkannya." Aku rasa kita semua setuju dengan itu. Atau ada juga yang tidak setuju? Terpulanglah.

Aku rasa seronok melihat kanak-kanak bermain riang sesama mereka. Dan aku lebih seronok apabila melihat mereka bermain, bercampur-gaul dan bergurau senda tanpa meletakkan warna kulit sebagai sempadan perkawanan. Naluri kanak-kanak memang suka berkawan... tak kira siapa kawan mereka.

Aku rasa senang bila melihat anak-anak pelajar bermain bersama-sama - Melayu, Cina - bergurau senda, duduk semeja. Yang 'ganas' sikit - ponteng bersama-sama, merokok bersama-sama. Adakah prasangka antara mereka? Dan kalaupun ada, dari mana datangnya prasangka tersebut? Kenapa mesti ada?

Hidup ini terlalu banyak perbezaan. Marilah kita rayakannya.

Friday, February 05, 2010

Saya tidak peduli tentang reputasi buruk saya

Dua tiga orang budak (baca: anak murid) duk menyanyi lagu yg liriknya ada perkataan kasih sayang. Lagu lama. Tapi aku tak tahu apa tajuk dan penyanyi asalnya. Dan aku buat tak kisah dan dengar tak dengar.

Selang dua tiga hari ada beberapa budak mendekati aku dan berkata, "Cikgu, ari tu kita napok cikgu kat Cherating." Aku membalas, "bila pulok saya gi Cherating." "Ada ari tu kat Little Bali" balas budak tu. Balas aku, "Ooo....". Rakannya mencelah, "kantoi..". Macamlah aku peduli! Cuma aku tak sangka dia jumpa aku kat little bali. Ingatkan dia dapat tahu dari abang-abang atau senior.

Aku tak peduli sangat pun. Walaupun lagu kasih sayang tu masih berkumandang.

Sunday, January 10, 2010

Kadar Bayaran

Perbualan di talian telefon

Acong : Halo Rama, mari minum teh.
Ramasamy : Ayoo... tunggu sekejap boleh ka? Saya ada dekat bank.
Acong : Dekat bank? Mana ada bank bukak hari Ahad!
Ramasamy : Dey... Awak ingat kita kat mana? Kita kat Kelantan la. Hari Ahad memang bukak. Hari bekerja.
Acong : Haiya... itu macam ka?

Di kedai TM Point setelah selesai urusan di bank.

Ramasamy : Saya mahu bayar bil talipon.
Pegawai : Boleh.
Ramasamy : Err... bayar air kat sini boleh ka?
Pegawai : Boleh.
Ramasamy : Teh wo ais satu, sama teh tarik satu, berapa?
Pegawai tersebut terus meluru ke arah Pak Guard dan cuba merampas senapang untuk ditujukan kepada Ramasamy, tetapi tidak berjaya kerana Pak Guard tu besor.

Sekali sekala berasa nak tulis merapu

Thursday, January 07, 2010

Pemakan Asid

Klinik 1 Malaysia kini dibuka. Satu kelegaan yang amat kepada rakyat jelata. Dengan hanya bayaran RM1, rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang sangat baik. "Ia sungguh satu kelegaan kepada kami yang banyak penyakit ni." kata seorang makcik. "Bagus betul klinik ni. Tak perlu pergi jauh. Saya jalan kaki je." Kata seorang pakcik pula.
Orang yang punya idea klinik 1 Malaysia ini memaklumkan bahawa ini adalah hadiah untuk rakyat menjelang tahun baru. Kepentingan rakyat diutamakan. Ini membuktikan komitmen beliau terhadap apa yang dibentangkan pada Oktober lalu. Rakyat sememangnya didahulukan. Legalah rakyat 1 Malaysia.
Tak sampai beberapa jam, dah ada orang yang terasa periuk nasi mereka dicampak pasir. Dah tak boleh menanak nasi. Kebulurlah mereka. Entah agaknya orang yang sangat pedulikan kepada seluruh rakyatnya ini bertelinga lintah. Terdengar rungutan itu, segera beliau memberi maklumbalas. Katanya beliau tidak akan membiarkan golongan yang terancam ini terus gelisah. Baliau akan memastikan ada bahagian mereka. Jangan bimbang. Kalau orang yang sememangnya dah ada penyakit dan memerlukan pemeriksaan lanjut atau berterusan, mereka akan dirujuk kepada golongan yang berasa terancam itu tadi. Jadi, semua dapat bahagian.
Siapa yang didahulukan sekrang ini?

Friday, January 01, 2010

Hidup Adalah Satu Gas (Life's a gas)

AM: Cg ada kump band ke?
FM: Buat-buat tak nampak dah la.
AM: Sebelum kawin ke?
FM: Sebelum dan selepas.
AM: Patutla muka cg macam 'ganah' je dulu.
FM: Sekarang ni pun 'ganah' lagi.

*Aku tak suka bercerita bab ni. Tapi aku tak suka berbohong atau berselindung.

Aku baca blog Rahimin Idris. Dia kata ustazah dia kata kalau lubang hidung kiri tersumbat, ia berkaitan dengan jantung. Lubang hidung aku selalu tersumbat. Tak kira kanan atau kiri. Terutamanya pada awal pagi. Hmm... perlu ke aku rasa risau? Ada orang takut nak buat pemeriksaan kesihatan. Takut dapat tahu diri ada penyakit. Aku pulak bukan takut nak buat. Cuma tak berkesempatan. 'Sayang duit'. Tapi bila duk pikir-pikir, nak sayang duit ke nak sayang diri? Tengoklah... harap-harap tahun ni berkesempatan buat pemeriksaan kesihatan sekali. Tak komprehensif pun tak apalah. Aku rasa ada keperluannya untuk kita berbuat demikian. Tapi entah kenapa, susah sangat nak terlaksana.

Selamat tahun baru Hijrah dan Masehi. Selamat menghadapi segala dugaan, rintangan, suka dan duka. Semoga kita kuat.

Saturday, December 26, 2009

Cerpeng

p/s : sila baca ngan intonasi yg betul....:)

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”



Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.


Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.


Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.


Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”


Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.


Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene.


Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!


**aku bahang dari emel hok orang foward ke aku.

Thursday, November 26, 2009

Bahang Tanoh!

Situasi : Nak balik ke Dungun dari Pontian
1. 24hb : tiket bas terus dari Pontian ke Dungun dah habis. Kakak yang jaga kaunter sarankan aku ambik bas ke Kuantan. Kemudian bas yang sama akan terus ke Kuala Terengganu tapi dari Kuantan aku kena tumpang seat drebar sebab seat dah penuh. Bas pukul 6.30pm. Aku sampai di stesen bas pukul 6.05pm. Bas yang ada; 1. ke Kuala Perlis, 2. dia tulis Kota Bharu, Rantau Panjang. Aku tunggu bas ke Kuala Terengganu. 6.33pm kedua2 bas tadi bergerak, aku pegi tanya kaunter mana bas aku tapi kaunter dah tutup. Aku tunggu lagi. 6.34pm, aku terfikir, mungkinkah bas yang ke Kota Bharu tu bas aku. Aku telefon kaunter di Larkin. Dia jawab memang bas tu. Konfem aku tertinggal bas. Kot ye pun tulislah sepatah Kuantan ke KT ke.. ini tulis Kota Bharu/rantau panjang je. Mana aku tau.
2. 6.50pm aku nekad ambik teksi. Tak kiralah mahal pun, sorang2 pun. Aku tanya berapa tambang ke Larkin. RM60, RM15 sorg. Oleh kerana aku naik sorang, terpaksalah aku tanggung RM60. Bahang tanoh! Terpaksa balik jugak sebab ada komitmen di Dungun. Kalau teksi baru takpe, ini teksi lama. Tapi teksi tu lalu kot jalan yang aku tak pernah lalu untuk ke Larkin. Dapat juga sikit ilmu. Tapi tak konfem aku ingat ke tak jalan tu. JB ni dah macam KL. Takut aku bawak kereta kat bandar JB ni.
3. Lebih kurang 8pm sampai di stesen pengangkutan awam Larkin. Salah satu stesen bas yang hidup 24jam selain Pudu Raya. Cari tiket. Nasib baik ada. Terbang lagi RM. Tiket bas sekarang mahal woo.. Kemudian pergi makan kat medan selera kat atas. dah lama tak makan kat tempat macam ni. teringat zaman dulu2. Dahla makan sorang2. Apa pun tempat yang paling aku rasa tak selamat, tambah lagi jalan sorang2 adalah stesen bas. Walaupun orang ramai, tapi tetap rasa tak selamat. Ingatkan dapat naik bas 2 tingkat tapi tak berjaya. Bukan apa, saja nak rasa.
4. Malam ni naik bas lagi. nak balik Pontian. Seminggu dua ni kerja naik bas je. Oklah tu sorang2 berbanding kalau naik kereta minyak dah berapa. penat memanadu lagi. Harap2 semua perjalanan aku selamat sampai ke destinasi. Amiin.

Saturday, November 14, 2009

Kuasa Di Tangan Yang Sedikit

Kuasa di tangan yang sedikit
Terlalu banyak gelandangan
Terlalu banyak kebuluran
Mereka tidak peduli
Dan mereka tidak mahu mendengar
Keuntungan mengatasi kesengsaraan

Kemudian
Penindasan berbanding hak asasi, nah...
Ambil dari yang kaya dan bagi kepada si miskin
Tapi
Bilakah si tamak akan berhenti
Bilakah hak asasi akan menjadi pasti

Mereka bebas memiliki wang dan sistem
Kita tak mampu mengecapi kebebasan dengan pelbagai halangan
Kita tak mampu mengecapi kebebasan dan kesaksamaan
Dengan seluruh sistem yang diasaskan dengan persaingan

Monday, November 09, 2009

Ambil Balik Hidupmu

Aku memang dah lama tak menulis (selain dari menulis di sini) sejak kelahiran DRSA#10. Bermakna jangan haraplah korang akan jumpa DRSA isu terbaru dalam masa 2 - 3 bulan ni. Rasa malas sungguh nak menulis. Orang putih kata tak ada mood. Aku tau, nanti akan ada yang komen 'kalau malas, bila nak berjaya'. Tapi, itulah hakikatnya - dengan beberapa faktor yang mempengaruhi. Tak perlulah aku menyenaraikan faktor-faktor itu sebab ini bukan menjawab soalan peperiksaan. Bukan sahaja malas menulis, malah membaca pun malas juga. ada 4 -5 zine yang sampai ke tangan aku, tapi tak terbaca-baca lagi.

Namun, musim peperiksaan tiba lagi. Bukan aku yang ambik periksa, tapi aku kena jaga periksa. Bagusnya musim peperiksaan ni pada aku sebab masa ni la aku mula membaca kembali. Bukan apa, untuk isi 'lompong' masa (bak kata PK aku, "lompong ke lompang?") Duduk je tak buat apa-apa kadang-kadang sapai 2 jam setengah sangat membosankan. Masa ni kadang-kadang tengah berdiri pun aku boleh tertidur. Jadi, lebih baik aku baca zine ke buku ke kan? Dah 2 -3 zine aku khatam masa musim peperiksaan. haha.. Tapi dalam pada membaca tu pun bukanlah kata tak tengok sekeliling. Tengok kelas jugak. kalau kelas yang kuat meniru tu tak bolehlah.

Untuk pengetahuan entri ini ditulis pada pukul 5.5o pagi. Satu masalah bila menulis pagi-pagi ni ialah sering terganggu oleh panggilan tandas. Pagi-pagi kena buat pelaburan. ni pun dah dipanggil. jadi, aku pergi dululah.

*sila maafkan kalau ada terkurang m sebab keypad m ni problem

Wednesday, October 28, 2009

Raksasa



Hoi.. hoi you! Kamu kenal saya? Diperkenalkan... aku monster globalisasi paling mutakhir di abad ini. Pastikanlah... pastikanlah anda semua bersedia. Huahahhaa...




Hey...! Kamu dah kenal saya kan? Berani menentang saya? Barang siapa yang berani, saya akan makan kamu semua hahahahuargh!
Hari demi hari... hidup pun tak pasti lagi. Gali lubang tutup lubang. Gali lagi, gali.... Puyeng!

Friday, October 23, 2009

Gali Lubang

Gali lubang, tutup lubang, gali lagi, gali... puyeng..!

1. Jalan - tak kiralah jalan raya ke jalan tak raya ke, elok-elok jalan tu, di gali. lepas tu tutup. kalau tutup tu elok-elok tak apalah. Ini... naik sana, turun sini. Kedai tayar jugak dapat untung. Kereta banyak buat alignment.

2. Hutang wang ringgit. Dah habis bayar hutang ni, buat hutang lain pulak. Tak pernah lenyap hutang ni. Hai... manusia... manusia... (aku la tu).

Gali gali gali gali gali lubang
Lubang di gali, mengali luban untuk menutup lubang.
Tertutup sudah lubang yang lama
Lubang baru terbuka
-- Salleh Yaacob--