Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Saturday, September 18, 2010

Celoteh Pendek = celpen

1. Lagi sepuluh tahun nak ke 2020. Lagi 10 tahun masa yang ada untuk Malaysia merealisasikan wawasan 2020, untuk menjadi negara maju. Tapi, keadaan sekarang ni pun tak ada lah teruk sangat (dari segi lahiriah), kalau nak banding dengan negara India. India sekarang ni pun dah semakin maju. Bahkan dalam sesetengah hal lebih maju dari Malaysia. Ekonomi pun berterusan meningkat. Cuma, mungkin negaranya yang besar, rakyatnya yang ramai, menyebabkan masih ada yang tidak dapat menikmati kemakmuran ekonomi. Atau mungkin ada sebab lain.

Kalau nak dibandingkan dengan Afghanistan, lagilah hebat Malaysia nih. Afghanistan tu apalah yang ada yang boleh dibanggakan. Menara berkembar tak ada. Apalagi band-band indie yang hebat macam Bunkface. Takkan nak bermegah dengan pengganas.

Tadi tertengok berita kat tv. Rakyat Pakistan mengundi. Mereka pakai dakwat. Orang nak mengundi kena celup jari dalam dakwat tu. Dulu aku tgk di India pun buat macam tu. Dulu-dulu lagi aku dengar Malaysia pun nak buat macam tu jugak. Kalau tak silap, dakwat tu nak beli dari India. Huha-huha, tak jadi. Katanya tak cukup duit nak beli dakwat. Miskin rupanya Malaysia ni, mengalahkan Afghanistan.

2. Dah lama bercuti sekolah + raya. Sekarang baru berkesempatan menjenguk blog saing rodong. Ada seperkara yang aku nak sentuh lepas baca blog Masih Dalam Proses tadi. Pasal isu perlambangan. Padan pun dia (Rahimin Idris - si editor) pernah bagitau aku sebelum ni ramai orang suka baca blog dia sebab rasa kelakar, tapi tak dapat apa yang dia nak cuba sampaikan sebenarnya. Mungkin kelakar yang tidak disengajakan itu adalah perlambangan kepada sesuatu. Tapi, tulah. Ramai orang suka baca yang tersurat sahaja. Aku pulak, rasanya tak pernah secara sengaja memasukkan sesuatu lambang dalam penulisan aku. Nak kena belajar lagi ni.

3. Tadi hajatnya nak tulis pendek je. Ni dah tak pendek sangat dah.

4 comments:

Rahimin Idris said...

ah, mung tulis je direct. tak payah nak berlambang-lambang.senang aku nok paham.

tapi hajat mung nak update blog sebulan sekali tu macam melambangkan mung nok terbitkan akhbar harian jee..he,he.

FastRi said...

ye, perlambangan ni memang menimbulkan pelbagai tafsiran. bukan kata nak buat akhbar harian, cuma nok kabo yg blog ni pun mungkin akan jadi mcm DRSA. setahun satu isu pun mujur! thehehe

truvox said...

Kalau belajar kesusasteraan atau literature in English perlambangan ni ada symbolism, metaphor dan personification (guna simbolik, perlambangan sifat benda kpd manusia atau perlambangan sifat manusia kpd benda). bgantung kpd niat, tujuan dan matlamat. ikut pandai la..

pawie husin said...

malaysia boleh.. tapi satu jer malaysia tak boleh.. lawan cakap mat monggol..