Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan
Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Friday, July 03, 2020

THE BOLLOCKS

No description available.
Ini antara band yang memang patut dibuat tribute selain Carburetor Dung dan ACAB. Band asal Kuala Pilah ini sejak kemunculan pertama pada tahun 94 dengan demo My Friend telah mendapat perhatian mamat Perancis, Luk Haas yang kemudiannya meriliskannya dalam bentuk piring hitam. 

The Bollocks memang benar benar membawa revolusi dengan ep Revolution mereka. Dengan kaset pro-release, mereka benar benar memperjuangkan falsafah diy (bukanlah kata orang lain tak benar) dengan tagline PAY NO MORE THAN RM3 pada kaset mereka. Ia seterusnya membuka mata para scenester tempatan yang kemudiannya banyak mengeluarkan ep/album pro release pada harga anti kapitalis. 

Malah ep Revolution mereka pernah dicetak rompak berkali kali. Kalau tak silap ep revolution ini keluar pada tahun 97. Saya pula yang pada masa itu jahil ilmu silkscreen (dahlah tak ambik psv masa sekolah) telah memfotostat cover Revolution dengan membesarkan imej ke saiz A4, dan melekatkannya pada kad manila. Kemudian potong mengikut imej. Beli tshirt kosong dan tc dye RM2, kemudian dye baju tersebut dengan span. Fuh, gila bangga pakai baju konon konon cetak sendiri. Begitulah antara pengaruh the Bollocks. 

Tahun 2003 keluar flyer dalam gambar ni, memanggil band band tempatan untuk cover tribute buat the Bollocks. Kasih Sayang turut mengambil bahagian dengan mengcover lagu The Bitch dari demo My Friend. Malah kami turut membuat tshirt Kasih Sayang - The Bitch yang saya masih pakai sehingga hari ini (terutama setiap Selasa sebagai inner baju no. 3 PKBM), yang telahpun tertanggal dye. Kali ini betul betul silkscreen. Itu pun kawan yang tolong buat. 

Malangnya tribute tersebut tak keluar keluar. Tak tahu apa masalah. Kini, di musim pkp, musim orang banyak masa ni, Jimbo membuka balik folder tribute ini dan kembali bersemangat untuk merealisasikannya. Malang sekali lagi kerana lagu Kasih Sayang telah hilang. Tak apalah. Yang penting projek ini jalan terus. UP THE BOLLOCKS

Saturday, June 16, 2012

D.I.Y #1

Dulu masa kecik-kecik, emak selalu juga menjahit. Baju raya anak-anak dijahitnya sendiri. Aku tak pasti sama ada itu sekadar hobi atau satu keperluan hidup pada masa itu. Minat menjahit turun kepada kakak yang sulung. Rasanya dia juga pernah buat baju raya untuk adik-adik. Jadi, dalam persekitaran tu, sedikit sebanyak timbul rasa nak mencuba dalam diri aku. Kalau tak silap, pernah juga berlaku kerosakan kecil pada mesin jahit angkara aku.

Ini (gambar di bawah) adalah hasil jahitan aku sendiri. Tapi, ini bukan yang pertama. Dulu masa aku bersekolah menengah, aku pernah buat beg cerut yang biasanya ada gambar-gambar band rock zaman awal 90-an. Tapi, beg ni aku buat pada tahun 1999. Dah 13 tahun usia beg ni. Kalau orang, dah masuk darjah satu. Jahitannya taklah kemas sangat. Semua material adalah bahan recycle. Oh, kecuali zip kot.




Kain utama (aku tak tau nak panggil apa part ni) aku guna semacam 'bunting' iklan kasut kalau tak silap. Kainnya agak tebal. Sangat Sesuai. Lepas tu aku sapu dye hitam. Poket depan, belakang tu aku ambil daripada seluar 'ko-k' sape entah masa belajar di IPT dulu. Entah seluar sape aku tengok macam tuan dia tak nak je. Stripe aku ambil daripada beg yang rosak.

Lepas tu aku hias dengan patches. Pada stripe (gambar atas) aku tempek patch 'rohock crew' yang ditulis tangan oleh Apihrawk. Patches Carburetor Dung dan eco-blood aku beli dari Lee (Carburetor Dung masa tu) dekat gig di Lips Boom Boom, Kuantan, kalau tak silap. Patch Boycot aku dapat dari Pam Runtah. Manakala Dislord aku dapat dari Ryuji Asada Battle of Disarm. Button RATM aku jumpa tepi jalan di KL (aku dah lupa nama tempat tu. dekat rumah sewa Ibrahim Ganyang dan Piesay tahun 2001). Zip dah terkoyak sekali. lepas tu aku jahit tangan je. sebab malas.

Itu dulu. Sekarang ni, nak jahit seluar koyak atau butang tercabut pun suruh isteri. Mim alif lam sin punya pasal.