Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, February 11, 2010

Awak Berbunyi Macam Awak Sakit

Aku masuk ke kelas seperti biasa. Bersemangat untuk mengajar walaupun pelajar baru selesai mengharungi satu peperiksaan. Aku terpandang pada papan putih yang tertulis lebih kurang:
"Kedudukan baru dalam kelas. Pelajar Melayu di sebelah kiri, pelajar Cina di sebelah kanan. Tolong beri kerjasama. Arahan guru."

Tiba-tiba seorang pelajar Cina datang kepadaku seraya berkata, "Ini ke 1Malaysia?" sambil merujuk kepada apa yang tertulis di papan putih. Dan ia disokong oleh beberapa pelajar Cina yang lain. Kemudian aku bertanya siapa yang tulis? Tiada seorang pun menjawab.

Pelajar tadi terus bertanya. "Cikgu, kenapa orang Cina belajar Bahasa Melayu tapi orang Melayu tak belajar Bahasa Cina?" Soalan ini aku cuba jawab.

Kesudahannya... kami belajar Bahasa Cina. Aku tak jadi mengajar. Aku suruh sorang budak Cina mengajar Bahasa Cina. Bukan apa, hendak meraikan Tahun Baru Cina. Kasi mereka happy sikit sekali-sekala. :) Pada penghujung kelas, aku diberi homework dan diingatkan akan ada ujian bila naik cuti nanti. Kalau tiru nanti dapat markah 0. Jangan tiru buku! (macam nak balas dendam kat aku je huhu)

5 comments:

jiwajasa said...

"wa ai ni.."
"wa hen ai ni..~"

AzUraAa said...

sekolah aku mmg amalkan konsep 1 Malaysia ni.. makan same2, belajar same2, merempit pon same2.. owhh.. ganti cuti pon same2.. semua cuti kitorang amik.. aidilfitri, CNY, deepavali... on saje...

mohd kazziman said...

ni hau maa?

Eezmo said...

wo ai nee..

kerk said...

aku rasa bdk tu nk mempertikaikan sesuatu kot. sbb tu die tnye sbb ape orang melayu x blaja bahasa cina. dan aku kurang setuju ngan satu malaysia.