Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, February 07, 2010

Warnakan Ia Hitam - Batu Giling

Kita selalu diperdengarkan dengan kata-kata "kanak-kanak itu seperti sehelai kain putih. Ibubapanyalah yang mencorakkannya." Aku rasa kita semua setuju dengan itu. Atau ada juga yang tidak setuju? Terpulanglah.

Aku rasa seronok melihat kanak-kanak bermain riang sesama mereka. Dan aku lebih seronok apabila melihat mereka bermain, bercampur-gaul dan bergurau senda tanpa meletakkan warna kulit sebagai sempadan perkawanan. Naluri kanak-kanak memang suka berkawan... tak kira siapa kawan mereka.

Aku rasa senang bila melihat anak-anak pelajar bermain bersama-sama - Melayu, Cina - bergurau senda, duduk semeja. Yang 'ganas' sikit - ponteng bersama-sama, merokok bersama-sama. Adakah prasangka antara mereka? Dan kalaupun ada, dari mana datangnya prasangka tersebut? Kenapa mesti ada?

Hidup ini terlalu banyak perbezaan. Marilah kita rayakannya.

4 comments:

Mince4AM said...

Prasangka datang dari nafsu jahat, disebar-tanam oleh lidah, ditangkap oleh hati yang hitam lalu berumah dan beranak dan berhijrah lagi

Sebumbung Fotografik said...

tanamkan semangat 1 Malaysia!! heh.. heh.. hehh..

p/s - saye skrg guna blog ni je, yg cursive tu tak pakai dah sbb ade ’stalker’.. serius nih!! (o_0)

Anonymous said...

raikan cinta

pokrol

FastRi said...

mince: teringat ke lagu prasangka buruk - bunga hitam

apih: patutla aku try buka ye kata org yg invited shj.

Pok Rol: yeh bebi