Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Tuesday, July 20, 2010

Rentet-merentet

1. Kecoh sungguh pasal curi pasir kat Selangor. Tiba-tiba meletup. Tapi memang... bagi orang yang tak ada ilmu macam aku ni memang terkejut tengok gambar kawasan lombong pasir yang bapok luas. Ish ish ish... tak merbahayakan alam sekitar ke tu? Itu kalau tengok dengan tak ada ilmu la.

2. Orang FELDA marah sungguh dengan Suara Keadilan. Sampaikan kumpul ramai-ramai, beli Suara Keadilan banyak-banyak dan bakar. Orang SK peduli ke tu? Jualan meningkat, apa. Lepas tu nak saman SK pula. Tapi bukan orang lain yg cakap pasal FELDA tu. ANAK FELDA juga. Siap cabar menteri untuk berdebat dan tak takut disaman. Teringat pula kata-kata orang tua-tua. Kalau tiada angin, takkan pohon bergoyang. Bann SK - langgar permit, tak ada permit, permit tak sambung, jual pada bukan ahli, bla bla bla.

3. Harakah pun terheret sama. Akhbar DAP pun. Habis semua akhbar pakatan. Berita pun tak dapat disampaikan (melalui akhbar).

4. Tak habis-habis lagi kecoh pasal pasir kat Selangor. Tak tahulah siapa betul, siapa tak betul. Orang kata, kebenaran akan menang akhirnya.

5. Hari akhir sidang dewan - Barang Naik, 5 dalam 1. Biar apa pun istilah yang digunakan, hakikatnya harga barang naik lagi. Yang kaya tetap kaya, yang miskin semakin miskin. Yang pintar membodohi. Yang bodoh dibudayakan.

6. Taktik lama.

6 comments:

Mince4AM said...

rentet - merentet ni adik beradik rencong merencong ke?

pasir ; walau apa pun alasan kerajaan negeri selangor tentang masalah pasir, ia tetap bersalah, kalaupun tidak sepenuhnya...walaupun laporan yang diberitakan di sana-sini itu mungkin tidak tepat..

tookmoon said...

ad member aku (polis felda) meretet.
claim ot ad mslh.. katenye felda dh xde duet dh.
tue aku dgr mase awlbl 6 aritue.

Jang said...

Kerana isu pasir aku terpaksa beli surat khabar HARAKAH dan SIASAH serentak hari jumaat lepas. Bukan ape, TV dan UTUSAN memang aku baca hari2..So, bila dah bace kedua-dua saluran berita ditambah dengan maklumat berita di Malaysakini dan TheMalaysianInsider, dapatlah gambaran isu pasir...
Kesimpulannya, hang nak tau, hang baca sendiri la..haha

FastRi said...

baguih dok ada. kongsi2la ilmu/maklumat jang oooiii!

Anonymous said...

fuhh.. layout baru.. huhu..

kat selangor ni mate aku hari2 sakit bila lalu kat 'the so called hutan simpan' ditarah menjadi rumah2 org kaya di atas bukit..

akhirnye dengan ketentuan Ilahi, tanah tu runtuh.. pastu kluor berita ckp 'permit utk pembinaan di lereng takkan dikelaurkan lagi dah'..

tup tup.. dua tiga bulan lps tu, botak lagi satu bukit nih..

ape chiter?

FastRi said...

kah kah... klakor lah pih.