Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Saturday, August 07, 2010

Terkena

Di sebalik kegembiraan itu, sehari sebelumnya hatiku agak diganggu oleh nota-nota kecil yang dikirim oleh orang misteri. Bukan satu, bukan dua. Tetapi tujuh. Antara lain berbunyi “kwang3x”, “Boom”, “Hihihi”. Lebih mengejutkan nota tertulis “Boom” yang diletakkan di cermin hadapan keretaku. Aku mula mengimbau-imbau – pernah tak aku memarahi pelajar atau mengambil tindakan kebelakangan ini yang membuatkan mereka berasa tidak puas tahi terhadapku. Aku tidak mendapat jawapannya. Perkara ini terbawa-bawa hingga ke malam. Nasib baik aku dapat melelapkan mata juga. Sehinggalah ke tanggal 5.8 tersebut.

Petangnya ada latihan pancaragam macam biasa. Sesampai di sekolah, terdengar bunyi yang sangat membingitkan dari bilik pancaragam. Tiada harmoni langsung. Gedegung gedegang. Kuat pula tu. Membikinkan darahku mulai naik. Sebaik aku menyelak daun pintu bilik itu, cis… mereka membuat kejutan rupanya. Sekali lagi aku diraikan. Dan sekali lagi aku tak pernah terfikir akan dilakukan sedemikian rupa. Bedebah, rupanya mereka inilah yang menghantar nota-nota kecil tersebut. Nasib baik aku tidak membuat laporan polis. Apa pun, terima kasih kepada semua.

5 comments:

Paan Ovrtd said...

"tak puas tahi" ye bang...

LOL

Nervhous Records said...

surprise party ke guane?

Sebumbung Fotografik said...

happy besday ke happy teacher's day? ape-ape pon aku ucapkan happy ke mun..

FastRi said...

dok penuh hayat org buat surprise party ke aku

kerk said...

parti utk ape?