Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Monday, April 23, 2007

Menulis

Menulis sebenarnya seronok juga. Terutamanya menulis dalam bahasa dan gaya yang kita lebih selesa. Maksudnya tidak terikat dengan kehendak orang lain. Lebih seronok bila kita menulis dalam keadaan tenang, tidak tertekan dan tiada gangguan. Alangkah seronok kalau aku dapat menulis dalam keadaan tersebut. Pasti aku akan menulis dan terus menulis.
Aku selalu juga dijemput menulis untuk zine-zine - baik artikel mahupun review. Tidak ketinggalan temuramah atau interview. Dan yang terbaru aku mendapat undangan menulis untuk Goblog 2. Aku hargai semua undangan tersebut sebagaimana (seolah-olah) mereka hargai penulisan aku. Malangnya aku sukar untuk mendapat keadaan menulis dengan seronok seperti di atas. Justeru itu, aku mohon maaf terutama kepada sesiapa yang aku tidak membalas interview mereka. Rasanya ada. Dan juga kepada editor-editor yang aku tidak dapat menyumbang sebarang penulisan kepada mereka. Untuk Goblog 2 aku tidak mahu memberi harapan. Kalau ada, ada la. Kalau takde, takde la.
Kebelakangan ini aku ada beberapa kekangan untuk menulis dengan seronok. Aku ceritakan di sini supaya aku tidak dicop sebagai sombong atau memilih untuk menulis. Kekangan-kekangan ini datang secara langsung daripada kehidupan seharian aku. Aku kini (terpaksa) mempunyai 2 buah rumah sewa. satu di Dungun dan satu di Kuantan. Di Kuantan, aku tinggal bersama anak dan isteri (yang bekerja di Kuantan). Sedangkan aku bertugas di Dungun. Aku tidak mahu membelakangkan atau melarikan tanggungjawab aku kepada keluarga. Jadi, aku akan berulang-alik Kuantan-Dungun pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Manakala Isnin dan Rabu aku akan bermalam di Dungun. Ini untuk mengurangkan kos petrol dan kurangkan letih. Rumah di Dungun ini pula penting bagi aku untuk melepaskan lelah sebelum bertolak balik. Tambahan pula aku berharap sedikit masa lagi isteri aku dapat bertukar ke Dungun. Dan pada hari Isnin dan Khamis aku gunakan sepenuhnya (petang dan malam) untuk bersama-sama dengan pelajar. Bukan berseronok. Tapi belajar. Sekali sekala ada masa 'free' aku akan rasa 'exhausted'. Keletihan sangat. Baki atau masa rehat yang ada itulah kadang-kadang aku curi untuk menulis. Tapi aku seronok buat semua kerja ini. Rasa puas bila kita dapat jalankan tanggungjawab kita.
Alamak, makmal komputer ni dah nak tutup pulak. Itu saja la buat kali ini. Tata.

4 comments:

jiwajasa said...

a'kum.. menulis adalah satu akviti yang membusukkan,kan? tak pung!! menulis mmg best. menulis akan meninggalkan 'cop jari' kita pada masa. cuma kena awas la boh, kadang2 takut salah ttinggal cop jari di lokasi jenayah.. padah beb! :p

Zach Van Alley said...

Woohoo... Fazri DRSA kah ini? Sihatkah anda di sana? Apa cerita?

hnvhbn said...
This comment has been removed by the author.
hnvhbn said...

hai fazri apa khabar?
-bidan-