Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Tuesday, May 06, 2008

Halal Dimamah Teknologi

Ramai orang kata dunia sekarang ni dah nyanyuk. Yelah, salah satu sebabnya tengah-tengah tahun macam ni cuaca selalu hujan pulak seminggu dua ni di Terengganu. Biasa sekarang ni musim panas. Kalau dah hujan susahlah nak pergi candat sotong. Sotong pun tak nak timbul. Tapi pada aku best jugak hujan ni. Dapat meredakan sikit cuaca yang panas melampau sekarang ni. Cuma yang tak bestnya kereta memang kotor. Aku ni pulak jenis yang malas nak basuh kereta. Tapi.. ye ke dunia ni dah nyanyuk? Pada aku, itu adalah perumpamaan cuma.

Sekarang ni fenomena hujan ni pelik sikit. Kalau dulu hujan sangat sinonim pada hujung tahun membawa ke awal tahun. Tapi sekarang ni sepanjang masa asyik hujan je. Tambah-tambah lagi kat radio, tv, show-show, asyik-asyik muka Hujan je. Melimpah-ruah betul rezeki diorang. Apabila dah ramai sangat berbicara mengenai Hujan, sampaikan pelajar-pelajar aku pun ramai yang duk nyanyi lagu Hujan, aku jadi teringin nak dengar lagu mereka. Pada aku mereka ni kreatif. Vokal, sekali dengar memang tak best. tapi akhirnya aku menilainya sebagai unik kerana mereka mampu mencipta lagu yang sesuai dengan kemampuan vokalnya. satu lagi bahagian yang aku suka ialah bahagian liriknya - juga kreatif. Memang ada lagu cintan-cintun, tapi banyak juga yang aku tangkap berbaur kritikan sosial. Antara yang disebut ialah "halal dimamah teknologi". Pada aku, ini membawa pengertian yang amat mendalam. Dan sekarang ini, memang itulah yang terjadi.

Terkemudian pula ada kawan memberitahu Hujan di 'ban' di Annexe. Aku tanya kenapa. Katanya kerana mereka homophobic. Selang dua tiga minggu ada lagi yang bercerita bagaimana mereka ni digelar homophobic. Kerana katanya... (aku tak ingat macamana ayat mamat tu, tapi maksudnya aku rasa macam ni) diorang tak setuju dengan satu band yang 'kissing' sesama lelaki. Walaupun mereka tak setuju dengan band itu, tetapi mereka masih lagi berkongsi pentas yang sama. Itu versi yang aku dengar. kalau boleh aku nak tahu lebih lanjutla kedudukan sebenar pasal hal ini. Dan boleh tak sesiapa terangkan pada aku apa maksud homophobic tu? Aku cari jugak dalam kamus dewan tapi tak jumpa. Dalam kamus orang putih ada la. Tapi aku tak reti sangat bahasa orang putih. Jadi aku masih tak faham. Can anyone define it for me, please!

1 comment:

zeezam said...

apa sebenarnya yg dikatakan sebagai homophobia tu? ramai sebenarnya yang masih tak paham dan ramai yang terus salah paham. aku bukanlah seorang yang bijak pandai dalam hal ni tapi ada la jugak sedikit pengetahuan tentang hal ni. jadi, tak salah rasanya kalau aku berkongsi pendapat dengan orang lain dan tak salah jugak kalau orang lain nak berkongsi pendapat dengan aku juga. ok, menurut apa yang terkandung dalam leaflet yg di keluarkan oleh rakan rakan Kudeta Kolektif, perkataan 'homo' diambil daripada bahasa Yunani yang bermaksud 'sama' manakala perkataan 'phobic' pula membawa maksud 'mentakuti sesuatu atau seseorang' tetapi dalam Bahasa Inggeris ianya telah membawa maksud 'kebencian'. namun maksud 'homofobia' itu kini telah menjadi satu istilah bagi :

- prejudis terhadap homoseksual
- kebencian terhadap kumpulan gay atau homoseksual ataupun cara hidup atau budaya mereka
- perilaku atau tindakan berdasarkan kebencian ini
- perasaan benci terhadap homoseksualiti dan homoseksual

sebenarnya ada byk lagi contoh psl ni dan pasal Hujan pun bukan setakat yg kau tulis tu aje. :)