Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, June 15, 2008

Teori Domino

Kalau sebut pasal domino aku akan teringat pada lagu Wings - Teori Domino (yang menceritakan kejatuhan Soviet Union, mungkin juga ada maksud tersirat, wallahua'lam) dan juga lagu Ozma (Domino Effect). Budak kampung macam aku tak berpeluang main game domino, dan aku tak heran pun.
Aku nak ulas jugak pasal kenaikan melampau harga minyak. Banyak benda berebut-rebut nak keluar dari kepala aku ni, susah nak susun betul2. Bak kata Ramones "I got A lot to say, I can't remember now".
1. Dari segi ekonomi, aku rasa diperbodohkan. Aku belajar ekonomi dari sekolah menengah sampai kat U. Bukan nak kata aku pandai ekonomi, tapi apa yang diwar-warkan sangat bertentangan dengan teori ekonomi yang dibuat oleh "ahlinya" (baca: pakar). Kita pengeluar minyak berkualiti tinggi. Kenaikan harga minyak dunia membolehkan Petronas turut untung berbeliung2. Petrol/diesel yang kita gunakan adalah lebih rendah kualiti berbanding minyak keluaran Petronas. Jadi, sudah tentu kadar kenaikan harga minyak keluaran Petronas lebih tinggi berbanding minyak petrol yang kita guna. Jadi, macam mana mereka kata tidak dapat menampung subsidi minyak kita. Sifir sebegini Pak Abu dari Felda Chalok, Setiu yang tak belajar ekonomi pun boleh fikir. Maka jelaslah mereka memperbodohkan rakyat. Yang penting tembolok mereka sekeluarga kenyang.
2. Game domino. Aku pernah tengok orang main game ni. Tak selalu mereka dapat menjatuhkan semua benda alah tu. Realitinya juga begitu. Kalau orang lain naikkan harga minyak kerana terpaksa, itu lain cerita. Kita yang mampu menampung dan mengelakkan kenaikan mengapa perlu ikut orang. Apa mereka semua tu kerbau yang dicucuk hidung ke apa?
3. Mereka kata ubah cara hidup! Aku rasa nak bakar je mereka yang berkata sedemikian. Kalaulah membakar orang itu 'halal', aku rela membeli petrol dengan harga RM50 seliter demi nak membakar mereka. Aku berulang ke tempat kerja sejauh 150km sehari. ISteri aku 30km sehari (arah berlainan). Nak ubah apa? Tak payah makan? Nak suruh anak aku kebulur? Teringat aku pada lagu Iwan Fals - Galang Rambu Anarki (pasal kenaikan harga bahan bakar). Aku mintak tukar tempat kerja supaya kami suami isteri dapat kerja berhampiran dengan rumah mereka tidak luluskan. Nak ubah cara hidup apa? Ya Allah, aku tidak halalkan setiap sen yang aku terpaksa belanja (padahal mereka boleh elakkan).Semoga mereka cepat2 menerima balasan. Ameen! Aku bankrup!
4. Dari segi politik. Aku mendoakan lagi 2 bulan akan berlaku perubahan dalam politik Malaysia. Pakatan Rakyat yakin mereka dapat memerintah negara apabila mereka menguasai Parlimen dengan penyertaan lebih ramai ahli parlimen dari BN. Antara perkara pertama mereka akan buat ialah menurunkan kembali harga minyak. Dan berkemungkinan juga pilihanraya akan diadakan sekali lagi pada hujung tahun ini. Jika anda mahukan perubahan, anda yang kena buat perubahan dulu. bukannya duk bising-bising, tak buat apa2 dan mengharapkan perubahan berlaku. Tak mungkin! Jadi, lakukanlah sesuatu yang sepatutnya kita lakukan. Harap anda fahamlah ye. Titik!

2 comments:

honey-honey said...

nana tau pasal teori domino ni.nana belajar dlm safety management,one of the subjects that i took last two sems.all those theories still stick well in my head.haha.sies.brahi subject tu.carrymark 2n highest doh dlm kelas tp overwhelmed masa jwb final.haha padan muka.b+ je la jwbnya.tuhan potong markah la tu.hehe.syukur doh,amin.
sefhm nana ngan teori ni,lebey kurang maksud dia,'buangkan suatu yg telah menjadi punca masalahnya'.utk subjek safety,buangkan punca accident di tempat kerja.utk permainan domino plak,obvious la buangkan aje blok yg bakal jatuh plg awal,di mana punca kejatuhan semua blok2 yg lain.nahhh...
bila dah dikaitkan dgn ekonomi,rasa mcm lari doh sket kena ngena teori tu ngan minyok.brase gov handle pasal minyok tu spt ada udang di sebalik mangkuk.haha.masing2 hok baca blog fazri ni pun leh agok doh rasanya.gov bukan angkat dan buang punca masalah yg mcm nana kabo kat atas nuh,malahan menambah balik masalah2 lain pd rakyat.mashaallah.terbalik kok skali doh.ishk ishk...mana pergi org cerdik pandai di negara kita ni ya.main tenusuk eh.
nok kabo se je ni,nana student, dan ramai lagi student di luar sana.kami tadop duittt...hehe.padahal mcm la org hok keja doh tu,ada duit>>dok ke gitu fazri?hehe.we are even actually ;) kalo minyak naik,automatik brg2 lain naik sbb pengangkutan semua guna minyak.huwaaaa...celik la wahai mata!sedar la,ada udang lobster di sebalik mangkuk!
nukilan,
farhana.mnor

Nan @ Nan Tsab said...

baguslah kau dah menulis kembali aku cuma mampu merapu dalam blog je..nak buat zine ni kalau tak de kaki memang malas.Zax memang rajin tapi sekarang memang sibuk sebab sambung belajar..(dulu blajar main2,hutang ptptn pun tak abis bayar..:))dan si alid dah berkeluarga tak boleh merambu macam dulu lagi..
Anyway ..
aku dapat tahu yg ko masih aktif bila baca zine Din roots isu 6 , kebetulan baca blog si kumprinx ada url blog kau...

Aku akan sentiasa lawat blog kau untuk perkembangan terbaru okay..

Dok Rok Abuk Skepeng!! baru aku tau heheh tima kasih..