Nama saintifik haiwan ini bagi rakyat Terengganu ialah Bewok. Terdapat 2 jenis bewok yang tersohor di Terengganu – bewok riyang dan juga bewok kabut (tidak termasuk Bewok Distro kerana distro tersebut telahpun dibubarkan). Saya kira gambar dibawah ialah bewok riyang. Saiznya besar. Dah macam anak buaya. Nama pun dah dekat-dekat. Biawak-buaya. Buaya-biawak. Kalau berani cuba sebut “buaya bawa biawak” berulang kali dan cepat-cepat.
Sayang seribu kali sayang kerana spesies ini dah semakin berkurang. Berkata kawan saya, Nazri is the Reason, “Dulu kawasan ini (merujuk kepada KUSTEM yan ditukar nama sekarang menjadi UMT) banyak sekali bewok. Tetapi sayang setelah dibangunkan, tiada lagi bewok bermain-main di sini”. Namun saya cuba mententeramkan dia dengan menyatakan bahawa di sebelah rumah saya masih banyak bewok ini. Selang dua-tiga minggu saya pun mengirimkan gambar di bawah kepadanya untuk membuktikan kata-kata saya. Di sebelah rumah saya terdapat sedikit kawasan semak lebih kurang 20 ke 30 meter persegi. Di sinilah tempat tinggal bewok-bewok ini. Saya namakannya Zoo Bewok. Sesekali bewok-bewok ini berkeliaran sehingga memasuki kawasan rumah saya. Nasib baik saya tidak menternak ayam. Kalau tidak semakin kenyanglah bewok-bewok berkenaan.
Namun, itulah dia… di sebalik kemajuan dan pembangunan yang kita kejarkan, ada pihak atau benda yang terkorban – sama ada spesies haiwan, tumbuhan dan juga warisan. Inilah harga kemajuan!
Ditulis pada 17 Ogos 2008
2 comments:
ada satu lagi spisis bewok iaitu bewok komodo ..
bukan ke bewok ni spisis haiwan di lindungi?
check out wwfmalaysia..
bewok makan ayam ke?
Post a Comment