Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, September 07, 2008

Cerita Cuti 3 hari

29 & 30 Ogos = Jumaat & Sabtu -> memang cuti hujung minggu di Terengganu. 31 Ogos = cuti hari merdeka. Aku mengambil kesempatan cuti 3 hari ini untuk mengadakan sedikit kenduri naik rumah. Apa orang putih kata…. House warming? Bermakna ini adalah pertama kali aku menjadi tuan rumah untuk kenduri di rumah sendiri. Selalunya kalau kenduri di rumah orang tua aku, aku cuma jadi jurukaka atau orang Jawa kata kendarat (aku lupa istilah BM standard untuk ini buat masa ini). Kenduri ini dibuat pada sabtu malam, selepas Isyak. Masuk Maghrib je aku dah mula berdebar-debar. Aku rasa macam aku pernah lalui perasaan berdebar-debar macam ni. Yaa.. sama debarnya masa aku jadi organizer gig dulu-dulu.
Aku jemput orang lebih kurang 50 orang. Aku rasa makanan yang ditempah memang mencukupi. Cuma bimbang orang ambik banyak sangat je. Maklumlah makan cara buffet. Tapi aku lebih bimbang tak ramai orang yang akan datang. Kalau buat gig dulu bimbang jugak orang tak ramai. Lugi…. Talak untung woo..! Dan tak meriah. Dah lepas Isyak 15 minit masih tak ada orang. Aku bertambah risau. 5 minit lepas tu baru 3,4 orang datang. Kata mereka dekat hujung kampung pun ada majlis jugak. Dekat bandar pulak (tak jauh) ada tumbangkan lembu 15 ekor. Tambahan pula malam ni malam merdeka. Jadi, ahli qaryah tadi membahagi-bahagi siapa pergi rumah aku dan siapa pergi ke hujung kampung. Kemudian kawan-kawan sekerja pun beransur-ansur sampai. Baru lega sikit. Jadi majlis malam tu mula lambat sikit. Memang tak ubah macam organize gig. Kalau dekat KL kekadang satu hari 2-3 gig. Jadi crowd pun tak ramai. Dan macam biasa jugak gig start lambat. Tetamu aku malam tu hampir 30 orang je. Alhamdulillah. Kira berjaya juga lah majlis tu.

4 comments:

syik s. said...

tahniah!

jiwajasa said...

hohoh...

mana buleh samakan gig dengan kenduri..

perkara la'roo takkan sama dengan amal jariah..

apa pung, moga bsyukur skurang2nya dapat belajar dari hari2 muda lalu.

p/s;ehem..ehem.. dok jemput aku pung!

jiwajasa said...

ouh cik syik.. apa kabar?
selamat puasa!

FastRi said...

don't get me wrong bro.. bukan samakan dari segi tujuan, niat dan matlamat. sama dari segi feeling. perasaan berdebar2 dan cemas.Astaghfirullah.takut jugok aku kalu mu kata gitu.bukan tak nak ajak.sebab buat kecik2,panggil jiran je.kalu buat besar mesti jemput, insyaAllah. sori bro