Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, May 27, 2009

Kasihan Chin Peng, nak balik kampung tapi orang tak benarkan. Kasihan Chin Peng, nak menghabiskan sisa-sisa hidup di kampung, tapi orang masih lagi takut pengaruhnya. Kasihan Chin Peng, dah tua dia, tapi orang masih sangat benci kepadanya.
Katanya tak boleh dimaafkan. Katanya pengkhianat negara. Katanya kerananya telah beribu-ribu orang terkorban. Katanya kalau dia balik, luka lama akan berdarah kembali. Begitu berdendam, padahal tak pernah kenal muka. Katanya kalau dia balik, ramai orang akan menganggap dia sebagai wira. Kasihan Chin Peng.
Kawan-kawan kita ni masih ada ke yang membenarkan bahawa PKM adalah pengkhianat negara? Kalau masih ada, mungkin kena baca lagi sejarah yang ditulis rakyat. Atau sekurang-kurangnya tengok cerita bergerak 10 tahun sebelum merdeka. Lebih berkesan kalau dapat tengok 'Revolusi 48'.
Apa cerita Revolusi 48 ye? Lama menyepi. Kata nak menjelajah ke seluruh negara. Atau sesuatu telah berlaku?
Apa-apa pun, kasihan Chin Peng. Memang tak boleh dimaafkan ke? Kita sering mendengar 'sedangkan nabi ampunkan ummah'. Oh, lupa, Chin Peng tu orang Cina (yang nakkan Tanah Melayu merdeka, betapa ironinya)

3 comments:

Cursive said...

guane gig? upload ah gambo.. hohoho..

Dhani said...

agak-agaknya kalau PR memerintah, dapat tak chin peng balik?

honey-honey said...

jgn la kita jd terlampau extremist...tp sbenarnya kita ni extremist dgn komunis ke chin peng?mmhhh wondering ;P