Fazru (bukan nama sebenar) sedang berkursus di sebuah kem pada malam hari jadi isterinya Aziah (juga bukan nama sebenar). Kursus itu memang meletihkan. Dari pagi membawa ke malam. Jadi, memang mudah untuk Fazru tidur pada malam itu walaupun di tempat asing. Walaupun ramai ahli kursus yang menjangkakan mereka akan berperang dengan pesawat tempur Jepun (baca: nyamuk) pada malam itu, namun si Fazru tidak pasti sama ada pesawat tempur Jepun itu datang menyerang atau tidak. Letih sangatlah tu. Malam itu dia bermimpi yang isterinya telah membuat ujian kehamilan. Dan keputusannya adalah positif. Wah, gembira bukan kepalang mereka. Masa itu jugak Fazru terjaga dan sudah subuh rupanya.
Masa bersarapan Fazru terfikir, pelik juga mimpi malam tadi. Tidak pernah dia termimpi perkara-perkara sebegitu. Namun, seingatnya tidak pernah mimpinya menjadi kenyataan. Jadi sebaliknya tu adalah. Dia pun menghantar sms kepada Aziah, bercerita tentang mimpinya dan berharap ia menjadi kenyataan. Tiada balasan segera diperolehi. Nak jadi ke cerita, Fazru tertinggal pula telefonnya di dalam kereta. Selepas rehat 10 minit baru dia mengambil telefonnya dan didapati ada 4 panggilan tak berjawab. Ah, semuanya dari isterinya. Tak sempat dia nak membalas panggilan tersebut, ketua kursus dah menjerit supaya masuk baris. Tengah-tengah berbaris, tiba-tiba isterinya menelefon lagi. Dia beranikan diri untuk menjawab panggilan tersebut walaupun dalam baris, sekadar untuk memberitahu dia masih di dalam baris.
Selesai sesi pagi, dia terus menelefon isterinya. Tapi isterinya dah merajuk kerana tidak menjawab panggilan-panggilannya. Hmm.. ini yang susah. Dia bukannya pandai sangat memujuk. Selepas beberapa ketika cuba memujuk, barulah dia tahu rupa-rupanya isterinya nak beritahu yang mimpi dia semalam memang menjadi kenyataan. Dan itulah hadiah hari jadi yang paling berharga padanya.
……………………………………
Si Aziah, kalau dah mengandung memang teruk alahannya. Asal bau makanannya nak muntah. Nak makan pun jadi susah. Dan dia memang mudah merajuk ketika ini. (Dok buleh selih sikit). Rasanya ini normal bagi ibu mengandung. Nasib baiklah mereka dah ada pengalaman begini semasa mengandungkan anak pertama dulu. Jadi, tak adalah rasa susah sangat.
Suatu malam si isteri sakit perut. Macam tercirit. Macam sembelit pun ada. Sakit sangat. Macam ada sesuatu nak terkeluar tapi tak terkeluar. Sampai berdarah. Si Fazru ingatkan sakit perut biasa. Tapi bila dah Nampak si isteri tak berdaya, maka dia menyarankan agar pergi ke klinik pada pagi esoknya. Aziah mengambil keputusan untuk terus ke klinik ibu, untuk dapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung. Sampai di sana, setelah menceritakan keadaannya, misi bertugas terus marah-marah padanya. Kata misi itu, kalau yang sakit itu orang kampung, yang tak berpelajaran, dia tidak kisah sangat. Ini cikgu! Dah tau sakit, tapi tak terus pergi klinik. Dia kata, ini kes serius. Silap-silap boleh ditahan di wad. Mereka (Fazru dan Aziah) manalah tahu. Ingatkan sakit perut biasa. Manalah mereka ada pengalaman macam ni. Apa misi tu ingat kalau dah cikgu, kena tahu segala macam hal ke? Apa pun, sebenarnya kes ini memang serius. Doktor bagitau yang Aziah terdedah kepada risiko keguguran dan menasihatkan supaya banyakkan berehat.
Dua minggu kemudian, Aziah keluar darah lagi. Tak banyak. Macam waktu hujung-hujung haid. Rakan sekerja menyarankan supaya terus pergi ke hospital. Tapi tak boleh pergi sendiri. Takut tak larat nak pandu kereta. Kena panggil suami datang. Nak dijadikan cerita lagi, telefon si Fazru pula mati kehabisan bateri. Dah habis kerja, sampai di rumah, setelah caj telefon barulah dapat tahu keadaan sebenar. Lalu dia bergegas ke tempat kerja Aziah dan membawanya ke hospital. Sesampai di hospital mereka terus masuk ke bilik kecemasan. Setelah diimbas kandungan, doctor tidak berani member kata putus, lalu kami dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Sampai pun dah lewat, dah maghrib. Maka, Aziah terus dimasukkan ke wad. Wadnya penuh macam sardine (kelas 3), sehingga katil Aziah diletakkan di tepi jalan laluan dalam wad tersebut. Berlalu 1 hari yang masih tiada kepastian. Esok paginya kandungan Aziah diimbas lagi. Doktor kata keadaan rahim ok, ‘sarangnya’ ok, semuanya ok, Cuma kandungan tak membesar (walaupun perut dah kelihatan mcm mengandung 4 bulan). Doktor pasti bahawa isi kandungan dah tiada dan mencadangkan supaya proses d&c dilakukan (proses pembersihan rahimlah tu). Setelah selesai semuanya, keesokan harinya Aziah dibenarkan balik dan diberi cuti 2 minggu. Sempat Aziah berbisik ke telinga Fazru. Patutlah malam sebelum kejadian Aziah bermimpi dia keguguran tapi tak berani memberitahu suaminya takut ia menjadi kenyataan. Namun, ia tetap menjadi kenyataan.
Kecelaruan timbul di fikiran pasangan suami isteri tersebut. Berbagai persoalan bermain di fikiran mereka. Fazru bermimpi Aziah mengandung dan ia menjadi kenyataan. Aziah bermimpi dia keguguran dan itu juga menjadi kenyataan. Seolah-olah telah diberi alamat. Mungkinkah bayi mereka diambil makhluk halus. Mungkin makhluk halus menumpang tubuh Aziah. Mereka beristighfar. Nau’dzubillah, mintak dijauhkan Tuhan.
Jadi, macamana? Ini percubaan pertama aku dalam penulisan genre begini. Dibuat khusus untuk majalah Mastika. Agak2 diterima tak? Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada pasangan Izhan+Rafidah dan juga rakan sekerja Bob+Suriani yang mengalami nasib yang sama dengan kami. Kena redha dan percaya ini semua perancangan Allah dan insya-Allah ada rezeki di lain masa. Harap-harap dalam masa terdekat ni, Ameen!
17 comments:
salam cikgu.takziah diiucapkan..mungkin takdok rezeki lagi..ade hikmah disebalik ape yg terjadi tu..harap byk bersabar..
sehari sebelum saya mengalami pendarahan saya juge bermimpi.. Mimpi yg sgt indah gitu.. Mimpi melahirkan bayi lelaki yg sgt cumil, gemuks,tembam dan sehat.. tp org2 tua kate kalo mimpi ni alamtnye bende yg realiti jadiks adelah terbalik.. Tibe2 besoknye, terus gugur.. betullah tadop rezeki.. dakpe mungkin ade hikmah..
Salam fazri.Takziah diucapkan.Saya pun pernah keguguran dulu.Tahun lepaS.2 months.Sekarang dah ada isi lagi.Sebulan.Doakan saya semoga semua selamat.
Salam takziah Fazri, aku dok tahu pon, aku mitok maaf sangat2 sebab dok dang jumpe mun, kim salam ke isteri mun etek ehh.. panjang umo kite jumpe lagi Fazri..
wahh syafinaz.. jage baby tu elok2 neh..
subhanallah.. bwk bsabar ye.. semua ujian Allah.. semuge ko menghadapinya dengan tenang.. Allah Maha Adil.. dont worry, okay.. Ada rezeki tu nanti.. berusaha!!
Terima kasih semua. Baiklah, saya akan berusaha lagi. Emm (sambil mengangguk).
Berusaha Fazri!! BERUSAHAAA!!
1st aku dengar citer keguguran semasa awal mengandung ni ialah kes isteri pok samad (bukan nama sebanar).. Dia kata anak dia kena makan bendda..jadi hilang... Lebih kurang setahun lebih lepas tu..Alhamdulillah dia dpt anak.. emosi dia masa tu sgt celaru apatah lagi emosi si isteri..sudahlah mereka tinggal berjauhan..seorg di semenanjung dan seorang di pantai timur malaysia..x berapa boleh tegur, apa lagi bercakap-cakap pasal benda ni..dan yang paling parah mereka bercerai buat beberapa bulan tetapi Alhamdulillah rujuk semula...
Jadi sebab tu la aku x berapa tanya sangat pasal kejadian ni..bukan x prihatin, tapi takut soalan-soalan ni (pd masa tu) blh membuatkan mung rungsing. Dan ada jugok org tanya aku.. tapi aku suruh tanya sendiri mung..
Dan sebab tu la jugok aku tanya sokmo emosi Pn Rafidah pd Izhan..sbb aku tahu emosi mereka yang mengalami situasi begini agak non stabil..tapi Alhamdulillah kata Izhan, mereka boleh terima, apa lagi aku rasa mung menjadi contoh kepada mereka..maknanya bukan mereka je mengalami nasib begini..
Apa pun aku ucapkan kpd semualah yang mengalami nasib ni dengan ucapan "selamat berusaha, yang lepas tidak akan kembali, tujulah untuk masa hadapan"
takziah fazri.
berusaha lagi kerana usaha itu tangga kejayaan :D
takziah fazri...
aku harap kowang berdua tabah menghadapinya.
a'kum..
betul tuh! mmg perancangan tuhan paling baik..
sesungguhnya ada pasangan kawin lama pun blom dapat anak. kawin bukan syarat utk dapat anak,kan..
ada orang tak kawin pun dapat anak!
nauzubillah...
sesungguhnya janin anak halal yang telah ditiup roh akan bangkit di alam akhirat nanti dan mencari ibu ayah untuk dibawa kedalam syurga..
maka, jika ada air mata yang telah mengalir.. jadikan sebagai air mata syukur..
hidup ini mmg cantik, maka bersenyumlah wahai fazru + aziah / izhan+rafidah / bob+suriani / semua blake manusia..
-pwok rwoul-
encik kohong, pelik genre penulisan awak kali ni. tak pasti adakan dapat diterima untuk majalah mustika tu...
cubaan pertama ni agak kabur genre nih.. jadi macam emo-tak-emo, kisah benar macam tak benar, fazru tak fazeri gitu aa..
moga buat lagi cubaan ke-2.. lebih elok kalu masukkan watak pok rol skali. yey!
-pwok rwoul lagi-
p/s: ada ke majalah mustika? lagu mustika adala.. hohoho!
menyebut kisah kemengandungan ini, doa-doa la kesejahteraan mwok rwoul yang sedang mengandung nun..
dijangka 1.12.09 boh..
segala doa baik didahului dengan ucapan 'terima kasih'..
encik kohong, semoga berjaya dalam keusahaan itu. nak baby laki ke ppuan?
saya ada teori yang diberikan oleh seorang yang punya anak selang-seli laki ppuan. mmg bijok!
caranya adalah... *menjeling kat syik* ops, ada orang bujang la kat sini.. tak leh cite. semula la kita sembang! byuy..byuy..
-lagi2 pwok rwoul-
p/s: kim salam kat orang johor ye.. dengan ucapan " kalu balik johor, tak lalu kuantan ke?" heheh.. :p
terima kasih lagi semuanya. Dah namanya pun 1st time mmg agak pelik. tapi rasanya takdok masalah masuk mustika, sebab majalah mustika tu aku yang akan buat, sebagai saingan yg sihat kepada mastika.
rasanya takdok masalah kalu ilmu tu dikongsi di sini supaya lebih ramai yg dpt ilmu. kalo yg dapat ilmu tu praktik dan sebarkan lagi, lagi byk pahala pok rol. Yg bujang, insyaallah akan kawin satu hari nanti dan ini blh jd ilmu berguna. jdi... silakanlah berkongsi.
kami blk jhr lalu kot manek urai, tok lalu kuantan, lalu kelantan.
Takziah amber ucapkan. Nok wat guaner tadok rezekilah tu (ayat biasa), semoga berusaha lagi
-korawk...
usaha lg fazru..kocak kuat2 gitu.
Post a Comment