Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Monday, July 27, 2009

Bencana

Sebuah lagu dari lagenda rock Malaysia:

Silau mata batin ku menyaksikan
Hujan dosa menikam di umbut kota
Oh...oh...oh... Dan pasrah pun terpendam
Tak berkesan...oh...
Sepi di langit bertukar Jadi irama suram
Laut tenang berpusar menelan
Karang yang tajam Oh...oh...oh...
Bencana pastikan datang
Satu persatu Ke sayap dunia
Sewaktu Aku ketakutan
Melihat (menunggu) Bencana yang datang
Panaskan terasa Menyapu di muka
Rupanya diriku (ku ini)
Sedang bermimpi
Ngeri datang menggigit hati
Andai terjadi nanti
Pasti penghuninya Serangga yang liar
Itu kerana kita Telah pun di telan Dunia...
Bahan-bahan untuk kelas malam ini telah ada. Tinggal nak fotostat je. Ingat nak fotostat sebelum ke kelas malam nanti. Kemudian, 1 sms masuk. "Assalamualaikum cikgu. Sekolah KAKA tutup start hari ni sampai 4hb ni. Jadi malam ni dan isnin minggu depan takde kelas la. Saya wakil semua pelajar minta maaf sekali lagi. Wassalam." Selang beberapa minit, 1 sms masuk lagi berbunyi "Salam. Cikgu ada kelas ngan budak SMKAKA malam ni? SMKAKA ditutup 1 minggu start hari ni. H1N1. Buka hari selasa minggu depan. Jadi, semua pelajar balik rumah." Itu dari guru yang menjemput aku untuk mengajar di sana. Untuk makluman, semua pelajar KAKA tinggal di asrama. Kemudian masuk lagi 1 sms. "Salam cikgu. Saya Raja, wakil kepada kelas tingkatan 5 SMKAKA nak inform kat cikgu, kelas malam ni terpaksa ditangguhkan sebab sekolah cuti start hari ni serta merta. Semua pelajar wajib balik. So, kelas akaun malam ni tak dapat dilaksanakan. Minta maaf cikgu. Tq." Tak kisahlah. Kena sangatla minggu lepas aku cakap tak nak datang kelas minggu ni.
Bila wabak selesema babi masuk ke Malaysia, aku tak rasa apa-apa sangat. Rasa macam jauh je. Bila sekolah di KL ditutup kerana wabak ini, pun aku tak rasa terkesan. Bahkan bila sekolah di Kuala Terengganu ditutup pun aku rasa macam wabak ni masih jauh. Minggu lepas, UiTM seluruh negara mengambil keputusan untuk cepatkan cuti semester dek kerana wabak ini. Dan berita yang sampai ke telinga, pelajar UiTM Dungun juga ada yang dijangkiti. Awal minggu ni, Politeknik Dungun pula ditutup. Barulah perasaan bimbang mula melanda. Takut nak pergi ke tempat-tempat. Nak keluar makan dengan famili pun rasa bimbang. Sebab daya tahan badan kanak-kanak sangat lemah. Semalam, Sekolah Sains Dungun ditutup. Dan hari ini giliran SMKAKA. Esok giliran sapa? Tambah bimbang dengan berita terkini menyatakan negara mencatat kematian kedua akibat penyakit ini. Tadi pun ramai pelajar tak datang ke sekolah kerana demam.
Di masjid berdekatan, jemaahnya mengambil inisiatif menunaikan solat hajat selepas solat jumaat, memohon agar kita semua dilindungiNya. Dan bagi muslim, kena percaya bahawa ini semua adalah bala dari Allah, untuk mengingatkan tentang kekuasaanNya, untuk mengingatkan yang lupa.
Untuk semua, jagalah diri dan keluarga masing-masing dengan baik. Jaga kesihatan. Elakkan dari ke tempat awam (kalau boleh). Semoga kita semua dilindungi.
Bencana pastikan datang... satu persatu
ke sayap dunia.

4 comments:

Mince4AM said...

Tutup!

Rifhan Rozi said...

salam fazri! lamenye dok dgr citer..

rs mcm berjuta juta tahun dok jupe. family seme sehat ke? ngajor mane lening

FastRi said...

Mince,
Hari ni sorg lagi meninggal.

Rifhan,
salam. sesuatu yang nadir (rare) ni.mmg lama dok jupe. nak bertanya khabar pun susoh. nak bls sms pun dokdang ork. dakpelah, sibuk. Kerja kena utamakan. Tp jgn smpi jd hamba hehe.. jd hamba DIA je. Doh ni ada kesmpatan ni blhla bersua di sini. atau di mana2 saja yg ada kesempatan dan diizinNya. Family sume sht. Masih di Dungun. Ada masa jemput ke rumah.

Cursive said...

khutbah Jumaat minggu lepas ade cerita pasal ni, Rasulullah S.A.W ade bersabda, akhir zaman ni memang akan banyak peperangan dan penyakit2 baru