Awal pagi tadi aku dikejutkan dengan berita kematian dua orang pelajar sekolah aku. Seorang atlit sekolah/daerah, M dan seorang lagi memang aku mengajar, S - dua watak berbeza di dalam sekolah. M seorang yang berpengaruh dan kadangkala menimbulkan masalah pada sekolah, manakala rata-rata guru memujin sikap S, seorang yang low profile. Berita ini memang mengejutkan sekolah.
Kejadian : (cerita ini tidak dapat disahihkan kerana mereka cuma berdua dan kedua-duanya meninggal.) Menurut cerita dari mulut ke mulut, S mengajak M ke Kuala Terengganu untuk menerima bantuan kewangan melanjut pelajaran bagi pihak abangnya. Mereke pergi dengan 2 buah motorsikal. Kejadian berlaku dalam perjalanan pulang di Kuala Abang kurang lebih pukul 10.30 malam. Sebuah kereta melanggar mereka dari belakang yang seterusnya terbabas dan melanggar tiang elektrik. Tiada berita tentang pemandu kereta.
Di sebalik watak yang berbeza di sekolah, yang seolah-olah mereka bukan dari kawanan yang sama, rupa-rupanya mereka memang akrab di luar. Sering kelihatan bersama ke mana-mana.
Paginya, aku pergi menziarahi M. Tiada sebarang kecederaan di muka. Nampak tenang. Orang datang berziarah tidak putus-putus. Kemudian aku ke rumah nenek S, di mana mayat S diuruskan. S seorang anak yatim, baru kehilangan ayah pada awal tahun. Anak kedua dalam keluarga. Juga tiada kecederaan di muka. Namun di bahu kelihatan cedera. Menurut cerita rakannya, dia cedera agak teruk, tulang lutut (kata budak tu) terkeluar. Aku berasa sebak melihat persekitaran di situ. Bagai langit dan bumi berbanding dengan di rumah M. memang begitu agaknya resam dunia. Melihat pada rumah, memang boleh dikategorikan sebagai miskin. Begitu juga dengan beberapa buah rumah di sekitarnya. Orang-orang yang datang berziarah pun tidak ramai seperti di rumah M. Tapi semangat keluarga dia kuat. Tidak nampak yang menangis atau baru lepas menangis ke. Moga Allah terus memberi kekuatan kepada mereka.
S sebenarnya pelajar harapan aku. Rajin belajar. Pulang dari berziarah, bila masuk ke bilik guru, aku lihat ada surat untuk aku. Surat memaklumkan tarikh pertandingan kuiz perakaunan peringkat negeri pada 8hb Ogos ni, lagi seminggu. Dan S sepatutnya salah sorang peserta. S telah melakukan yang terbaik di peringkat daerah. Dia yang menaikkan semangat peserta lain walaupun dia bukan calon terbaik aku.
Tengah hari semalam ada majlis temu mesra dengan ibu bapa pelajar dan penyampaian rekod kemajuan pelajar. Kebetulannya aku ditugaskan di kelas S. Tapi S tiada. Aku bertanya kepada kawan-kawannya ke mana S pergi. Kata mereka S dah balik. Dia nak ke Kuala Terengganu. Ada urusan, kata mereka.
Malam ini S dan rakan-rakan sepatutnya ke rumah aku untuk belajar. Sebenarnya aku cuma ajak beberapa orang pelajar yang masih belum lulus. Tetapi dia berkeras untuk datang, takkan aku nak halang. Minggu lepas dia tertinggal pembaris di rumah aku. Aku sengaja tak bawa ke sekolah sebab aku ingat aku akan jumpa dia lagi malam ini.
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kedua-dua arwah. Al-Faatihah.
13 comments:
Al-fatihah untuk kedua2 arwah..
Al fatihah.
Fastri, jemputle ke ruang ambe http://setjiweluke.blogspot.com
setiap yang hidup pasti kembali kepada penciptanya
takziah..Alfatihah. semoga roh kedua-duanya di cucuri Rahmat
Al-Fatihah..
Sedihnye aku bace mun tulis ni fastri..
fazri, semenanjung registar tu ape?
la.. mu dok paham ke? bahasa melayu doh guna tu. straight forward dokek atah pale. tadok selindung huhu
ye la..
faham dh...
tp ape mksud mg "Din, aku wase ni boleh masuk dalam semenanjung registar"?
masuk nape tuh?
dok paham la tu org kabo hahaha... nnt aku jelaskan semula
ahahhaha...
ok2...
g x gig kat paka?
bleh diskusi...
aku baru sedar aku kena hantor budok ke UMT pada hari yg sama. melepaslah jwbnye
salam.
takziah buat keluarga mereka.
semoge mereka ditempatkan dlm golongan org2 yg soleh.
kite yg hidup mesti teruskn perjlnn,pejlnn dlm perjuangan.
setiap yg bernyawa pasti mati !
" hadis riwayat al-hakim dan abu na'im :
hiduplah kamu sebagaimana yg engkau kehendaki,tetapi ingt kamu akan mati "
_____sekian_______
sedih je baca. huhu
Post a Comment