Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, August 05, 2009

UNDANG-UNDANG - Melindungi atau menyusahkan?

Sabtu lepas bersamaan 1 Ogos 2009 aku ada ladap (latihan dalam perkhidmatan). Bak kata seorang kawan, saje je buat 1 haribulan tu supaya kita tak dapat nak merakyat di jalanan.

Ada satu slot untuk undang-undang. Ye, ye.. undang-undang bertujuan melindungi. Tapi kat sekolah ni undang-undang banyak sangat menyekat. Itu tak boleh, ini boleh kena saman, individual negligence (betul ke aku eja ni?)lah, control and custodylah, capital punishmentlah. Pastu siap diugut. Kata loyar tu.. kalau ada client yang datang nak saman cikgu, memang saya akan buat. Sebab cikgu ada gaji tetap. Boleh potong gaji bla bla.. Habis.. cikgu boleh buat apa? Aku nakje nyanyi lagu The Clash - I Fought the law time tu. Dah nyanyi dah pun. tapi dalam hati lah.

Melindungi ke... menyusahkan ke... aku kata: aku gunakan budi bicara aku.

5 comments:

jiwajasa said...

undang2 manusia adalah dicipta untuk dilanggar dan dipecah!

undang2 tuhan adalah dicipta untuk ditegakkan...

-loyarpokrol-

lipasliterasi said...

Undang2 menda, kalu tindakan ikut interpretasi tok dia je. Undang2 kalu dok ikut perlembagaan baik tohok undang2 tu dalam tong sampoh
"Dasturna fil kitab."
"our constitution is in the book"
fikir2kanlah!

kerk said...

undang2 manusia utk manusia zalim..
undang2 manusia tidak teguh..

Nan @ Nan Tsab said...

walupun dah nyata ada penindasan tapi masih ada lagi yang nak jadi kambing..
udah la menidakkan kenyataan tapi masih nak menegakkan benang yang basah..
Kita masih didalam alam matriks ni perlu bangun dan hidulah tahi di sekeliling kita..

the farouk said...

aku waser fastri maksudkan undang2 disekolah tu...bukan diluar sana...

bg aku fastri...kl ditakdirkan kita di'mamah' oleh undang2 yg mmg menindas kita...(cikgu)..maka kita kena akui bahawa kita sememangnya tiada darjat di dalam profesion kita.