Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, August 30, 2009

Yang Kusam (bahagian 1)

(bagi yang belum membaca DRSA #7)


Sejarah merupakan sesuatu yang penting kepada sesebuah negara bangsa. Kerana itu sejarah ditekankan di dalam sistem pendidikan. Dahulunya di bumi Malaysia ini, Sejarah merupakan satu mata pelajaran pilihan di samping Geografi. Namun, kerana sedar akan kepentingannya Sejarah menjadi mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar terutamanya di sekolah menengah.

Satu-satunya sumber paling mudah untuk rakyat mengetahui sejarah negara ini ialah melalui buku-buku teks yang diajar di sekolah. Sumber-sumber lain agak sukar di cari. Namun, apa yang menyedihkan, buku teks Sejarah yang dulunya agak tebal, mengandungi banyak maklumat mengenai perkembangan negara Malaysia semenjak zaman Melaka kini semakin menipis. Banyak sejarah-sejarah yang telah dipadamkan daripada pengetahuan rakyat. Dan sejarah ini seolah-olah ditapis. Sejarah yang ‘tidak menguntungkan’ atau yang boleh menggugatkan sesetengah pihak dibuang. Sejarah adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Apakah kesannya sekiranya kebenaran dibuang atau dipadamkan? Mungkinkah benang yang basah cuba ditegakkan?


Izinkan saya menulis kembali sebahagian daripada sejarah yang cuba dipadamkan itu. Sejarah mengenai perjuangan kemerdekaan negara kita. Mungkin ada di kalangan kita yang telah mengetahuinya. Namun saya percaya bagi para pelajar yang masih berada di bangku sekolah tidak pernah mendengar nama-nama tokoh di bawah ini nanti kerana nama-nama tersebut tidak lagi tercatat dalam sejarah Malaysia.


Benih nasionalisme di Tanah Melayu yang menentang penjajahan dan mahu menegakkan kemerdekaan tersemai sebelum Perang Dunia II. Pada ketika itu gerakan menuntut kemerdekaan dan perubahan politik mula bergelora di seluruh Asia termasuk Asia Barat. Banyak Negara yang dijajah oleh British mula bergerak menyuarakan tentangan mereka terhadap penjajahan British. Gerakan ini ada kesannya ke atas rakyat Tanah Melayu pada waktu itu.


Sebahagian orang Cina di sini tertarik kepada gerakan Komunis dan Kuomintang di Tanah Besar China. Sesetengah orang India terpengaruh oleh gerakan menuntut kemerdekaan di India yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi dan Parti Kongres. Ada orang Melayu yang dipengaruhi oleh semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Indonesia. Di kalangan orang Melayu ini telah tumbuh sebuah badan politik yang pertama iaitu Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakub dan dianggotai antara lainnya oleh Ishak Haji Muhammad dan Dr. Burhanuddin Helmy.


Pemerintahan Jepun membawa unsur pengaruh yang baru pula. Sikap Jepun terhadap kaum-kaum yang terbesar di negeri ini berlainan. Mereka memusuhi Cina lanjutan daripada peperangan di antara negeri China dengan Jepun dan sentiasa membantu golongan gerila Komunis dari orang Cina. Mereka membantu sayap Tentera Nasional India (TNI) di Malaya sebab TNI dipimpin oleh seorang pemimpin nasionalis India, Chandra Bose, yang bekerjasama dengan Jepun untuk menyerang penjajah British. Terhadap orang Melayu pula mereka cuba bekerjasama dan membantu golongan nasionalis Melayu yang menetang penjajah British di negeri ini.


Walau banyak akibat buruk pemerintahan tentera Jepun ke atas negeri ini, namun Jepun memberikan semangat percaya kepada kebolehan orang Asia untuk menandingi Barat. Ini menguatkan keyakinan yang diperlukan untuk menentang penjajah British. Selepas Perang Dunia II, gerakan menuntut kemerdekaan semakin hebat. Beberapa pertubuhan politik dan kesatuan pekerja timbul. Gerakan pekerja banyak dipengaruhi oleh parti politik radikal (termasuk PKM). Di kalangan orang Melayu telah wujud sejak penghujung tahun 40-an Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). PKMM yang dipimpin antara lain oleh Ishak Hj. Muhammad dan Dr. Burhanuddin Helmy, mempunyai sayap wanita – Angkatan Wanita Sedar (AWAS) di bawah pimpinan Shamsiah Fakeh dan sayap pemuda – Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestaman. PKMM serta AWAS dan API merupakan parti nasionalis yang revolusioner dan mereka mahu memperjuangkan kemerdekaan penuh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pada mulanya, parti ini bekerjasama dengan UMNO dalam satu Kongres, tetapi kemudiannya mereka berpisah kerana perbezaan dasar. Perbezaan ini nyata dari segi slogan yang mereka pilih: PKMM memilih “Merdeka” manakala UMNO memilih “Hidup Melayu” (Sebenarnya orang kuat UMNO sendiri pada masa itu, Khadijah Sidek* menentang slogan Hidup Melayu ini yang padanya mempunyai kepincangan)

6 comments:

the farouk said...

Fastri:
aku nok sutir DRSA nim...buleh bayor on9 dok ke mung...xpung mu wat la promosi bulan posa..buleh pos dok?
sebab org kata sedak ngak baca..sampai tido...org la kata bukan aku..aku kabo je

FastRi said...

haha... ganah ngak. kira aku berniaga melalui internetla ni? kira advance doh ni. Aku ada akaun bank islam je. buleh ke?

sebenornya hok ada artikel ni isu ke 7. sekarang ni isu ke 10 doh. jadi mu nok hok ane se? ambik blake ah ork.. aku wi spesel prise. ke guane?

the farouk said...

lagu nim aku balik raya la amik...buleh deal harga..sebab aku takut bajet lari..mu tahu je la...senaskah rm400...kl ada 10...400x10= 4juta ork...? ke aku saloh darab...betul doh tu...

hor la..zaman it nim..order pakai internet pom buless..

mu xdok cop baju ke...maring napok ade budok kedah pakai AJINOMOTOs ...aku tanya baju ni design mari maner..yer kate zine hok budok2 malaysia buat kt jepun...aku igt kena lebong doh...
mu wat la etek baju...aku nok beli ansurans selai...

lipasliterasi said...

Pak Sako, ingat baca tulisan dia dalam Gila2 dulu. Lepas dia meninggal dunia, A. Samad Ismail pulok tulis.
Farouk, mu tayang kheta je panda, nok beli zine kawang2 pok berkira. (hahahahahahah! ketawa kutukan yang jahat!!!!!!!)

FastRi said...

lempu,
aku ada wak baju: semua bersaudara.. mu aku ah chong, ramasamy dan kawan2.
raya ni blm tentu blh jupe. aku ada raya petama je trg. pahtu blk jhr

Lipas,
a. samad ismail pun dah pergi. tapi akan wujud ramai lagi pak sako dan a. samad ismail yang lain. [hek hek! ketawa (tekawa kata anoksdare aku) kontrol]

the farouk said...

fastri
mu tinggal ke shab..aku nok amik raya nim..kl buleh baju tu hok ade carik2 beloh tepi

mat yie
aku bukan kira..tp mengira..hahahahahaha...minyak naik...zine naik harga gok ker?