Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, September 27, 2009

Cuba teka [Dikemaskini I]

Kuala Terengganu --> Pontian --> Dungun ==> 80 km/j = ?
Macam-macam jawapan yang diberikan. Bukannya salah. Tapi kebanyakannya fokus kepada pemandu - letih, bosan, ngantuk dan macam-macam. Letih tu memang la letih sikit-sikit. Tapi tak menjadi masalah sangat. Bosan tak kot. Ngantuk... itu lah masalahnya. Tapi pemanduan baru-baru ni taklah mengantuk (sikit je. boleh kawal lagi). Aku guna taktik Ujay. Ngantuk je kunyah Twisties, minum livita.
80 km/j! Itu isu yang aku cuba ketengahkan sebenarnya. Had laju bagi jalan persekutuan. Aku rasa tak praktikal had laju ni. kalau untuk perjalanan dekat tu tak apalah. Kalau untuk perjalanan jauh tu mau 12 jam. Hari tu perjalanan aku dari Kuala Terengganu ke Pontian dah ambil masa 12 jam. Itu pukul ratanya aku bawak 100 km/j dari KT ke Muadzam Shah sebab jalan tak jem lagi. Dari Keratong ke Pontian pukul ratanya 60 km/j sebab hujan dan jalan sesak (kecuali masa kat highway). Kalau aku menjadi seorang yang lurus bendul dan bawak kereta 80 km/j agaknya 20jam baru sampai ke destinasi. Di musim perayaan ni kat tempat-tempat tertentu, tak payah buat had laju pun memang kena bawak 50 - 60 km/j.
Katanya had laju dibuat untuk mengurangkan kadar kemalangan. Bagi aku pulak, kalau jalan tu tak banyak kenderaan dan terpaksa bawak slow (i.e 80 km/j) memang boleh mengundang rasa mengantuk yang akhirnya boleh mengakibatkan kemalangan. Naudzubillah. Kalau ikut statistik, kadar kemalangan di jalan persekutuan yang had lajunya 80 km/j adalah 60%. Di lebuhraya yang had lajunya 110 km/j kurang pulak kemalangan. Kalau dah begitu, kalau ikutkan idea bodoh-bodoh alang, lebarkanlah jalan persekutuan biar sama macam lebuhraya. Haa... praktikal tak?
Ada pulak orang kata... orang yang dah melawat negara-negara orang putih la... katanya jalan kat negara orang putih tu tak elok, tak macam kat negara kita ni. Negara kita kan hebat, takkan nak buat jalanraya tak elok. Apa kelas. Dan kata orang tu, disebabkan jalan yang tak elok tu, maka kuranglah kadar kemalangan. Betul ke? Jadi kena rosakkan sikit kot jalanraya kat Malaysia ni supaya jadi macam kat negara orang putih nun. Nanti tak payahlah buat Ops Sikap lagi. Kesian pak-pak polisi tak dapat cuti raya.
Sekali-sekala terfikir; 80 km/j = bodoh
Anda rasa macamana? Ada buah fikiran?

17 comments:

setjiweluke said...

6 hari.. gi raye kedue.. balik raye ke 6.. eheh

nafiri said...

= abis pitih.

mohd kazziman said...

biar slow asal selamat

Mince4AM said...

ngatuk mata, bosan gile!

AzUraAa said...

kebas kaki...

Cursive said...

kuala terengganu --> segamat --> kulai --> kuala lumpur = 18 jam

syik s. said...

weh fazri..balik raya aituh aku bawak 70km/j dari arau sampai sabak bernam sebelum memecut dengan kelajuan maksimum ke seremban akibat hujan yang amat lebat sampai berpinar-pinar mata aku nak kasi sampai! kol 2 pagi baru sampai...not bad ler kan?

mohd kazziman said...

takkan jalan kosong pun nak bawak slow kan? jalan dah kosong tu bedal la laju skit tapi jangan la over speeding pulok.

ops sikap ni macam meminta kematian je.
tiap2 tahun makin bertambah je jumlah kematian. betol dop?

kerk said...

kelajuan itu membunuh..
itu kata org...
tp bg aku, kalu pndai seting, laju stare mane pom, x blanggor...
bg aku, pemandu kite ni laju x bertempat...
kt selekoh pom nk laju, kt jln smpit pom nk laju. mcm la xdok ari esok...
mcm fazri kabo, jln highway krang kemalangan, sbb jln luas. nk cilok pom snang...
ni jln smpit, nk cilok x pndai..
mula r jadi mayat...
pastu nyusohkan org laen...

prebet sapu said...

Aku cadangkan mu lalu dari kuantan terus ikut Jalan Pekan- Rompin- Mersing- Kota Tinggi- Kulai (kat Kulai heading g Tol Plus Kulai - ada simpang kiri G Gunung Pulai betul2 200m sebelum dari Tol)- masuk Pekan Nanas- pergilah Pontian (kalau nak shotkat dari pekan Nanas ke Pontian/ Benut / australia/ Parit German/ Kukup) gua boleh bagi map.
Memang aku elakkan lalu Segamat kalau balik Pontian - jalan teruk.

FastRi said...

Terima kasih prebet sapu atas cadangan. aku mmg pernah beberapa kali lalu jln tu. jlnnya best jugok.. tenang.. tapi bila masuk mersing - kulai ... agak bosan sbb jln dlm kebun kelapa sawit tu mcm tak berkesudahan = bosan skit.
tapi aku tak pernah lalu masa musim perayaan. kalau tak jem, boleh cuba la tahun depan

prebet sapu said...

So taun depan leh la singgah kampung sawah, pekena burasak.

mohd kazziman said...

burasak tu apakah ia? sejenis makanan?

prebet sapu said...

sejenis makanan org bugis. bungkus mcm lepat (daun pisang yang gulung2 hijau je/ pucuk). isinya beras+ santan (mcm nasi lemak) dimasak 6-7 jam (cam ketupat. kalau ko gugel mesti jumpanyer!

FastRi said...

laa... kg sawah. jiran la kita. ambe batu 30 je. jemput la ke rumah raya tahun depan

kg sawah ada org bugis ke?

prebet sapu said...

macam2 ada. majmuk. jawa, banjar, bugis, boyan, singapore, bangla, vietnam, kemboja, pakistan, mat saleh celup.
err.. kg bt 30 dulu ada satu2nya kedai burasak kat situ. terbaik!
skg aku igt da x de kot.

ujay said...

aik..name aku pn ade?haha!aku kunyah twisties..tp dok plok aku minum livita..100 plus ade ah..aku dok pnh minum livita..haha!