Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, September 02, 2009

K & K di K

Apa bala K & K di K tu? Tuan-puan dapat jumpa K&KdiK di invois-invois (kadang-kadang dieja Inbois. Bahasa Inggerisnya invoice). Biasanya kita akan dapat invois ni bila kita membeli sesuatu barang atau perkhidmatan secara kredit, secara hutang. Dekat bawah invois tu biasanya dia akan tulis K&KdiK ni. Nama penuh K&KdiK ni ialah Kesilapan dan Ketinggalan di Kecualikan. Kalau dalam BI nya... aku lupa la pulak.. sebab dulu aku belajar dalam BM. PPSMI pun belum ada masa tu. Maksudnya sebarang kesilapan catatan yang berlaku dalam invois tersebut, atau ketinggalan item/catatan, adalah tidak disengajakan, minta dikecualikan dan boleh diperbetulkan. itu lebih kurang maksudnya.


Tapi, bukan itu inti cerita ini sebenarnya. Cerita yang sebenarnya begini.... Oleh kerana aku mengajar subjek Prinsip Perakaunan, maka antara item yang selalu sangat dijumpai ialah 'bank'. Nama penuhnya ialah Tunai di Bank. Tapi diringkaskan jadi bank sahaja. Bank di sini bermaksud duit simpanan (aset) sesebuah perniagaan di dalam bank. Masalahnya, bila aku buat soalan atau nota, perkataan bank yang nak ditaip tu akan keluar jadi 'band'. Bukan... ini bukan autocorrect. Kalau bank, daam BI nya juga dieja sebagai bank. Ini jadinya band.


Inilah bahananya kalau selalu sangat dengar muzik. Kata orang, mudah lagho. Dah tu terbiasa menaip artikel dan menemuramah band, review band, band dan band... Sampaikan bank pun dieja jadi band. Terbaru ialah soalan peperiksaan yang aku buat untuk minggu depan ni. Dah siap riso pun. Tadi bila aku nak buat skema jawapan, baca balik, tengok-tengok band jadinya. Hmm... apo nak dikato. Harap maaflah yo.

5 comments:

Paan said...

KasehxSayang? Hahahaha!

FastRi said...

buang pangkah dalam tong sampah

Mince4AM said...

bukan komputer yg autocorrect, mung yang autocorrect.
Aku autocorrect gok dlm sembahyang terawih, start dengan Takbir di tengah-2 sokmo dia gi panjat pokok, dia gi sekoloh, dia gi minum air, dia gi ngaji, dia gi balik rumah..tapi habis tetap dengan salam. Dok cakap nok wat doh, pejam mata, ikut bacaan imam, selawat,tapi dia autocorrect gok, dia gi main internet kat bilik komputer sekolah! ha haha ha

FastRi said...

mince,
barangkali baik gi ngayap sket daripada tido. bantal (baca: batal) terus.

Cursive said...

mung memang cekgu punk ahh fastri!! Selamat Hari Raya!! hehe.. (sila bace dlm nada menjerit)