Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Saturday, September 05, 2009

Yang Kusam (bahagian kedua)

Pada pertengahan tahun 1948 Kerajaan British mengisytiharkan Undang-undang Darurat. PKMM, API, AWAS dan Hizbul Muslimun, beserta dengan PKM telah diharamkan. Lebih 12 000 orang anggota dan pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan telah ditangkap. Di antaranya Ishak Hj. Muhammad dan Ahmad Boestaman. Dr. Burhanuddin sempat melarikan diri. Ramai juga yang masuk hutan. Dalam keadaan kekosongan politik ini, British telah memupuk UMNO untuk berkembang. Golongan bangsawan dan pegawai-pegawai tinggi Melayu digalakkan oleh British untuk memimpin UMNO. Mula-mula pemimpinnya Dato’ Onn kemudian digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

Dalam perjungan menuntut kemerdekaan ini kita melihat dua tradisi. Pertama, tradisi menentang penjajahan habis-habisan yang dilambangkan oleh PKMM. Kedua, tradisi bekerjasama dengan penjajah British sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO. Tradisi pertama ini telah dapat dipatahkan oleh British. Akhirnya kemerdekaan politik diserahkan kepada UMNO. Di bawah pimpinan UMNO diteruskan banyak dasar yang telah diasaskan oleh British dan dilanjutkan susunan masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh unsur-unsur feudal.

Tidak lama sebelum merdeka, ramai tahanan politik termasuk Ishak Hj. Muhammad dan Ahmad Boestaman dibebaskan. Boestaman bersama Burhanuddin dan Ishak telah menubuhkan Parti Rakyat Malaya pada 11 November 1955 di Kuala Lumpur. Ahmad Boestaman dipilih menjadi ketua PRM. Dr. Burhanuddin dan Ishak tidak menyertai PRM, bahkan tidak lama kemudian Ishak dipilih sebagai ketua Parti Buruh Malaya (PBM) dan Dr. Burhanuddin pula mengambil alih jawatan ketua Parti Islam Se-Malaya (PAS). Ketiga-tiga nasionalis ini mengharapkan dengan memimpin parti-parti tersebut, mereka akan dapat menggembleng tenaganya. Pada tahun 1957 Parti Rakyat telah bergabung dengan Parti Buruh dan membentuk Fron Sosialis Rakyat Malaya FSRM)

Di Bawah Boestaman, PRM dianggotai kebanyakannya oleh orang Melayu kelas bawahan dan menengah rendah; ia berasaskan fahaman Marhaenisme ataupun sosio-nasional-demokrasi. PBM mulanya dianggotai oleh golongan menengah dan menganut fahaman Fabian Socialism. Tetapi di bawah pimpinan Ishak, ramai pekerja-pekerja Cina telah menganggotainya. FSRM mengasaskan pendirian politiknya kepada fahaman sosialis. FSRM telah bertanding dalam pilihanraya umum dan telah memenangi lapan kerusi Parlimen. Selain daripada itu, beberapa Majlis Bandaran seperti Pulau Pinang, Melaka dan Seremban dan Majlis Tempatan seperti Jinjang, Serdang dan Labis telah dikuasai oleh FSRM.


Kerajaan Perikatan masa itu berasa takut akan pengaruh FSRM yang kian berkembang. Mereka telah mengambil tiga langkah untuk menyekat perkembangan ini. Pertama, dengan menangkap beramai-ramai pemimpin dan kader parti-parti pembangkang (antaranya Boestaman, Ishak hj. Muhammad, Dr. Burhanuddin, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar, Kampo Radjo, Dr. Rajakumar, Tan Kai Hee, Tan Hock Kin, C.C. Yong dan beratus-ratus yang lain) di bawah ISA. Peluang ini dapat mereka gunakan semasa Konfrontasi Indonesia bermula pada tahun 1962. Bahkan berkali-kali selepas itu penangkapan dilakukan ke atas ramai anggota dan pemimpin yang terlibat dengan kedua-dua parti. Kedua, dengan menghapuskan majlis bandaran dan tempatan yang dipilih oleh rakyat dan menggantikan dengan majlis-majlis yang anggotanya dilantik oleh kerajaan. Ketiga, mengharamkan cawangan-cawangan PRM dan PBM. Begitu banyak cawangan PBM yang diharamkan sehingga parti itu mengambil langkah untuk “menutup jendela”.

Tekanan-tekanan oleh pemerintah ini telah melemahkan FSRM. Banyak anasir buruk telah meresap ke dalam parti. Pemimpin-pemimpin di dalam tahanan dan juga di luar akhirnya sependapat bahawa jalan sebaik-baiknya ialah untuk memisahkan kedua-dua parti dan akhirnya menutup FSRM. PBM terus berkubur selepas itu. Manakala PRM terus bergerak, tetapi dalam keadaan yang sangat lemah. Dalam tahun 1965, semasa Boestaman masih dalam tahanan, beberapa orang dari golongan intelek muda telah dipilih memimpin PRM. Apabila Boestaman dibebaskan, beliau kembali menjadi ketua. Tetapi beberapa perbezaan telah timbul di antara beliau dengan pemimpin-pemimpin muda ini. Akhirnya Boestaman berundur dari PRM untuk menubuhkan Parti Marhein dan Kassim Ahmad** mengambil alih kedudukannya sebagai ketua PRM.

Kassim telah membawa perubahan radikal kepada PRM. Beliau dapat mempengaruhi parti untuk menukar nama parti kepada Partai Sosialis Rakyat Malaya dan menerima Sosialisme Saintifik sebagai ideologinya. Pertukaran ini memudahkan para pemimpin pemerintah dan juga pihak polis melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap parti. Kononnya PSRM mirip komunis dan semua pemimpinnya tidak mempercayai agama. Atas tuduhan-tuduhan yang palsu, ramai pemimpin (termasuk Kassim Ahmad) dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan ISA. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak sekali dimomok-momokkan. Hingga kini, ISA berjaya melemahkan golongan politik berhaluan kiri.

* Biografi Khatijah Sidek – menceritakan perjuangan beliau di dalam UMNO tetapi perjuangan beliau seolah-olah tidak dihargai. Kenapa?

** Universiti Kedua (Kassim Ahmad) – menceritakan sebelum dan semasa penahanan beliau di bawah ISA

5 comments:

korawk said...

Ni lah org kata lembu punyer susu sapi buleh nama... golongan bangsat2 yg berjuang tp sapa lening bangsawan yg dijulang...nok wat guaner...harap 1 Malaysia tau doh...

lipasliterasi said...

Ahmad Boestaman bukan nama sebenardapat nama tu dok silap aku diambil kerana dia admire pejuang india, Chanra Bose, hence 'boestaman'. Nama sebenarnya ialah Abdullah Thani bin Raja Kechil. Dia ada lagi satu nama panggilan, Ruhil Hayat, kalau pernoh dengor sajak dengan nama pena ni, tulah dia. (Banyak sajak yang ditulis dalm tahanan dan dan diseludup dan diterbitkan.
Arwah Rustam Sani yang menulis dalam Harakah dulu tu anak dialah. Rasa tau doh dok? Saja tambah.

lipasliterasi said...

Kassim Ahmad? I'm not a fan.

FastRi said...

hampir lupa nama sebenor ye tu. wasenya buku sejarah zaman aku dulu masih ada nama tu. belum di'roba' lagi

Feisal Azmi said...

"Di atas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatu padulah seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka"

(Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi pada Disember 1946 dalam kongres PKMM yang Kedua di Melaka)