Oleh kerana raksasa telah muncul (pada entri yang lepas), maka muncullah pula adiwira-adiwira yang sanggup berkorban untuk menentang raksasa-raksasa jahat tersebut. Salah satu adiwira yang digemari oleh Faiq ialah manusia cahaya ni - Ultraman.
Ultraman ni dah lama wujud.. sejak tahun 66 lagi. Sudah terlalu banyak evolusi yang dilakukan terhadap ultraman dan pasukan menghapuskan raksasa ni. Masa aku kanak-kanak dulu, pasukan yang menentang raksasa ni namanya MAT, dan anggotanya yang mendapat kuasa ultraman ni namanya Hayata.
Masa cuti sekolah bulan 5 haritu kami sekeluarga balik ke Pontian. Dan kalau ke bandar Pontian, kami akan cari masa untuk singgah di kedai menjual pelbagai vcd/dvd asli dan cetak rompak. Semestinya aku pilih yang cetak rompak sebab reganya murah. Dalam pada duk belek-belek tu, Faiq ternampak dvd ultraman dan mulalah melakukan pelbagai helah untuk mendapatkan dvd tersebut. Maka terpaksalah ibunya membelikannya. Aku ingatkan sekeping sahaja... tapi rupa-rupanya 3 keping - dvd. Fuh! dah macam diskografi ultraman pulak. Siap ada cerita sejarah kemunculan raksasa, kemudian barulah muncul ultraman. Dari ultraman zaman dulu hingga ke ultraman zaman kini, keluarga ultraman, mak ayah, datuk ultraman semua ada.
Faiq ni pun satu jugak.. nak tengok tapi takut-takut. Yelah.. raksasanya memang ganas-ganas dengan bunyi yang menakutkan. Kalau dia nak tengok terpaksalah ibu/ayah temankan dia.
Jadi, di sini aku nak uji minda pembaca sekelian: Cuba senaraikan nama-nama ultraman zaman kanak-kanak anda dan juga apa sahaja ultraman yang anda tahu. Yang paling banyak tahu akan dapat hadiah.
9 comments:
raksase, otromen, pahni mende pulok? jetman barangkali?
yang aku hayata. lepas tu go. hahaha
tapi aku lebih suka ninja. sasuka hero dia. heroin dia yin. crook dia ban chang. hehehe
aaaa...ultraman,ace,taro,seven,leo,80 ...tu je yg ingat masa bebudak..
skang zuriat dah berkembang banyak sgt cabang nasab dia.
belum kira genre Kaiju,SuperSentai,Iron Enforcer dan konco2 robot lagi..
kalau ibu jawap mesti ibu menang sbb ibu hmpir tiap2 ari teman faiq tgk ultraman tu jd ibu dah naik arif ttg sejarah ultraman ni. Tp bg peluang org lain jwp dulu la ayah. kuikuikui. Ibu nak gak hadiah yg ayah janjikan tu.
hahahha...
dlu x layan mane atromen...
sbb mcm x logik mane..
dlu tgok kamen rider ngn pwer rangers je...
"television always shows us lies,
even the ultraman looks more relistic" -remote-off, jellybelly
buleh tahan gok nan.
nizang: bukan superman ke versi asal?
gulp! aku tgk miss comet je..
hagemaru lah.;D
Post a Comment