Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, November 18, 2009

Tiada Kejutan, Tiada Amaran + Cobaan

Baru malam tadi tengok cerita Pendekar Bujang Lapok kat tv. Cobaan... berapa banyak cobaan daa..



Pagi tadi tengah syok kemas meja yang tak nampak dasar (kemas ni pun sebab dah nak cuti hujung tahun), dapat berita bapa kepada seorang pelajar aku meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihirooji'un. Kesian dia.. dahla esok nak periksa SPM. Berat aku rasa dugaan ni. Kita yang tak ada kena-mengena ni dengan senangnya boleh berkata "tabahkan hati, Tuhan lebih sayangkan dia, esok nak exam, jangan fikir sangat." Tapi tuan punya badan yang menanggung, Tuhan saja yang tahu.
Balik sekolah dalam pukul 2.30 dapat berita yang sepupu (sabit) yang paling rapat dengan keluarga kami pula meninggal dunia di tepi jalan dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Bukan kemalangan. Tapi arwah berhentikan kereta di tepi jalan kerana batuk. Batuk berdarah! Penduduk setempat melaporkannya kepada polis. Maka polis yang menghantar arwah yang disahkan meninggal di tempat kejadian ke hospital Dungun. Bila melibatkan polis, panjanglah ceritanya. Bila meninggal di luar rumah, bukan di hospital, maka panjanglah ceritanya. Terpaksa ditahan untuk bedah siasat. oleh kerana jenazah sampai di hospital dah pukul +/- 4, tok teh, tok tek, tak sempat buat apa-apa. Esok juga baru boleh dibuat bedah siasat. Doktor di hospital tu masa tu sorang je. Malaysia memang kekurangan doktor di premis kesihatan kerajaan.
Tapi aku salut anak arwah yang mewakili keluarganya di hospital. Ye lah, baru berusia 20 tahun. Bak kata oc polis di situ, 20 tahun ke bawah tak boleh buat apa-apa, tak boleh buat keputusan. Dia nampak tenang walaupun dalam diri berkecamuk. Abang-abang, kakak-kakak bekerja di luar negeri (terengganu). Tapi yang paling kuat dugaan, aku rasa anaknya yang akan menduduki SPM esok. Paling cepat pun aku rasa dalam tengahari baru jenazah boleh sampai di rumah. Esok periksa pagi petang. Bahasa Melayu 1, Sejarah 1 (kot) dan Bahasa Melayu 2. Kalau tak ambik BM tak dapatlah sijil SPM. Ini betul-betul dugaan yang maha berat.
Al-Faatehah buat kedua-dua arwah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Selamat menduduki SPM kepada semua calon SPM 2009. Semoga dibuka pintu hati, dilapangkan dada dan dapat menjawab dengan baik. Semoga kejayaan milik anda, Insya-Allah. Ameen.

3 comments:

Cursive said...

semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan dicucuri rahmat.. al-fatihah

mYpRecious said...

Al-Fatihah..

Mince4AM said...

terkilan jugok skit x dang nk semayang mayat abang him..semoga 2-2 almarhum diampunkan dosa dan dicucuri rahmat. Semoga kedua2 anak pun beroleh kejayaan..