Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Tuesday, December 01, 2009

Lepas Gerah

Hari ni lepas tanggungjawab aku dgn budak untuk tahun ni. Selebihnya tawakkal je walaupun dah boleh agak macamana nanti :(.

Semalam telefon aku tak berhenti-henti terima sms, sampai merah bateri aku. Untung budak2 jaman sekarang ni. Ada masalah tak paham ke apa boleh sms je cikgu. Yang tak pernah-pernah berkomunikasi 2 hala (baca: pemalu/pendiam/pe'tidaktajin') pun tiba-tiba ada mesej. Tapi aku tak kisah semua tu. Ini untungnya teknologi. Cuma yang tak berubahnya manusia tu sendiri. Last minute barulah nak tanya cikgu. Itu tak paham, ini tak boleh buat. Tapi, itupun ok lagi, lebih baik daripada buat tak tahu langsung.

Gambar ni bukan pelajar aku yang rasmi. Tapi mereka suruh aku letakkan kat sini. Nak copy katanya. Hebat budak-budak jaman sekarang ni. Ada yang dah ada blog sendiri pun. Dalam gambar ni juga ada yang adiberi gelaran gergasi. Mungkin anda boleh teka yang masa satu. Ada yang suga bergaya ala-ala oi. Tapi suara memang sedap. Ahli nasyid sekolah. Ada yang dipanggil Mek Cek. Padahal takdela kecik sangat pun. Ada juga yang muka macam rakan sekelas aku dulu. Tapi rakan aku tu lelaki, budak ni perempuan.

Bercakap pasal gelaran ni, aku dari dulu sampai sekarang Alhamdulillah tak diberi gelaran. Masa sekolah rendah dulu kawan2 panggil pajeri je pasal org kampung aku susah nak sebut F dan J dengan sempurna. Masa kat sekolah menengah ada sorang tu panggil aku Ganu. Dekat U pun ada sorang panggil aku Ganu. Tapi tak menjadi. Tak mendapat sambutan. Jadi, orang panggil aku Fazri. Nak panjang sikit Fazri Mohd (bin Mohd). Bukan Mohd Fazri atau lain-lainnya.

Baiklah, apa-apa pun selamat maju jaya kepada semua orang dalam dunia ni dalam apa yang dihajati.

7 comments:

Mince4AM said...

/pe'tidaktajin')
haha!

aku seorang pe'tidaktajin'..

mohd kazziman said...

hok depan pakai spek tu lawo gop. ade nombor telipon dop? hehe

kerk said...

cuti ni lepak mane? raye haji baru2 ni blk johor ke?

Anonymous said...

fazri mohd bin mohd?
fazri bin mohd?

Jack said...

aku pulok dari dulu xdok gelaran..sehinggalah aku terjebak dengan dunia studio..

terus dpt nama lempu....nasib P..kl B...mmg aku rodok peruk nge rebe...

kadet44 said...

heh, gasi, mek cek.....hahah. dasyat gok awok2 sp ek.....

drsa said...

itik pun ada gok. siap blh senyum je bila org panggil dia itik.