Semenanjung Register Zine
Debut Issue
Saiz A4
Bahasa Melayu
Harga cadangan : RM4ppd
Bilangan mukasurat : tak pasti. rasanya 20.
Zine Semenanjung Register merupakan sebuah zine kolektif. Bermaksud, isi perutnya adalah sumbangan daripada orang ramai. Untuk isu perdana ini terdapat sumbangan penulisan daripada Arip Radikal Review, Matyi DKR, Rahimin Idris, Kudin dan beberapa orang lagi yang menyentuh pelbagai isu. Turut dimuatkan wawancara bersama sebuah kumpulan punk rock laju dan melodik yang tidak asing lagi tika ini iaitu ALWAYS LAST. Juga seperti kebanyakan zine, terdapat sedikit review zine dan muzik. Terkini diberitakan zine ini telah masuk di tempat percetakan. Bermakna tak lama lagi anda yang berminat bolehlah dapatkannya. Untuk isu ini, ia diedit, disusunatur dan direkabentuk oleh Matyi.
Nak dapatkannya di mana?
Boleh dapatkannya dari:
1. Matyi sendiri
2. Fazri
3. Nervhous Distro
4. Convert (yr) Mind Dsitro
5. Pissart Records
Sedikit petikan daripada wawancara bersama Always Last:
Yang aku faham, media massa adalah antara alat/tool yang golongan elit gunakan untuk brainwashed kita iaitu penonton/pendengar. Siapakah golongan elit ini? Mereka adalah iluminati/freemason (anti-christ) yang mana merekalah yang memegang ekonomi dunia ini. Matlamat mereka adalah untuk memastikan kita semua ini 'astray'/tak percaya kepada tuhan tetapi bertuhankan materials (wang, harta dll) yang mana penghujungnya adalah duniawi semata2 (ini adalah target Al Masih Ad-Dajjal). So siapa yang rasa Muslim, please equip yourself!...
7 comments:
wow!
Semakin dekat, baru ingat nak buat iklan!
mu buat yi flyer comel sket.
juna: hantar la penulisan untuk next issue
Ah. Juna tu tu wow wow wow ke. berapa kali dah dah aku pom, bukan nak jalan juga. nak kena penendang agaknya.
convert! (yr mind) lah bos. hehe
kadang.pah puah bc doh artikel psl idealogi yang ditulis oleh kuden.mcm ade bende dok betul jer..ermm..dok tahu la..ermmm..
kuden tulis OK, dari sudut Islam barangkali. dan semestinya ditengok macam tak kena bila dibaca oleh bdk punk islam yang ambil ideology punk lebih serius dari ajaran islam.
itu aku rasa...
:)
Post a Comment