Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, February 24, 2011

Cooperation not competition


sila dengar sambil baca

Beberapa hari yang lepas aku bertanya kepada seorang kadet polis wanita.
Aku: Kadet polis pun terlibat dengan perbarisan perasmian olahraga daerah, kan?
Dia: Ye ah, (kami ni) pesaing. [ sebab PKBM di bawah aku turut terlibat]
Aku: Cooperation, not competition.
Lagi pun perbarisan tu memang bukan pertandingan. Sekadar memenatkan diri untuk memuaskan hati orang lain. Sebenarnya beberapa hari lagi sebelum hari tu mereka (kadet polis) telah tewas di tangan PKBM dalam perbarisan olahraga sekolah.
Keesokannya aku ada kelas dengan kadet polis tersebut. Dan dia telah menangis di dalam kelas kerana gurauan aku yang melampau. Aku rasa ini semua kebetulan yang sudah ditakdirkan. Tak ada kena mengena dengan perbarisan.

Aku baru habis seminar berkenaan dengan koperasi di Awana Kijal (dalam brochure hotel di tulis "first ever 5 star hotel in Terengganu). 2 hari 1 malam. Sesampai di sana, dengan udara yang nyaman, berangin, aku nampak pekerja sedang menyelenggara gelanggang tenis. Nampak macam happy je kerja. Kadang-kadang aku terasa nak kerja 'kasar' macam tu. Tak serabut kepala (walaupun aku percaya setiap kerja ada masalahnya tersendiri). Seronok tengok orang kerja di hotel. Dulu ada drama pasal hotel. Drama Korea ke Jepun ntah. Layan jugaklah. Untuk rekod, aku pernah kerja di hotel, bahagian banquet selama 1 hari. kah kah kah.

Bercerita pasal seminar, hari pertama agak membosankan. Penceramah macam tak berapa ahli pasal apa yang diceramahkan. Hari kedua barulah menarik sikit. Malangnya ada segelintir geng2 berumur yang duduk belakang buat bising. duduk bersembang. Ada sorang yang aku cam tu YDP PIBG sekolah mana entah. Ye lah, nak tegur pun dah tua bangka. Kang kata nak mengajar orang tua pulak. Tak paham aku. Dia nak orang hormat dia. Tapi dia tak hormat orang. Tak hormat penceramah kat depan. Aku memang pantang kalau ada orang bersembang atau buat hal lain dalam kelas. Bukan bermaksud aku nak orang hormat aku. Aku nak mereka fokus. Kalau tak fokus macamana nak dapat ilmu. Orang-orang tua ni pun satu hal. Kalau anak2 pandai pulak suruh hormat guru, fokus dalam kelas, jaga adab. Tapi mereka tak pulak buat macam yang mereka 'nasihatkan' itu. Macam manalah anak-anak nak ikut cakap orang tua.

Dalam siri-siri ceramah itu, ada sorang penceramah tu bercerita pasal attitude koperasi2 ni. sesetengahnya lah. bukan semua. Ada koperasi masa mula nak naik, mintak tolong itu ini dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Tapi bila dah maju, bila koperasi lain mintak tolong mereka, tak nak pulak. Takut. Sebab mereka anggap koperasi lain tu pesaing. Jadi, dah hilang makna koperasi tu sendiri. Sedangkan perkataan koperasi tu sendiri datang dari perkataa kerjasama (cooperation).

Sebab tu DEP kata - Cooperation not competition

5 comments:

Mince4AM said...

macam ketam...
kadang kita sendiri tak perasan yang kita juga dalam sesetengah hal secara sedar atau tak pun pernah jadi ketam...kan?

FastRi said...

benor

Eezmo said...

eheheh.. nice one..

Anonymous said...

bleh bg lirik lagu dep y ni?

Mrs.fayfa said...

hahah, lpas ni dlm klas kena btol2 fokus la? kalu tak . ada yg kena mrah!. kah. kah . kah ,