Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Friday, October 14, 2011

Bapa borek anak rintik

Ini peribahasa orang dulu-dulu. Aku bukan nak bercerita pasal aku, atau sesiapa sahaja. Aku cuma kurius dari mana datang peribahasa ni. Mungkin sesetengah peribahasa kita boleh agak maksudnya kerana kita tahu makna perkataan yang digunakan. Mungkin juga kita tahu maksudnya kerana ia sering digunakan, dan faham akan situasi tersebut walaupun ada beberapa perkataan yang digunakan yang kita sendiri tak tau maksudnya.

Ada beberapa peribahasa yang aku tak tahu maksud perkataan tetapi faham makna peribahasa tersebut. Sebab tu aku rasa nak tahu sangat, nak cari maksudnya, tetapi seringkali juga niat itu terbengkalai. Entah semangat apa yang masuk dalam tubuh aku pagi ini, membuatkan aku mencari maksud perkataan borek dan rintik.

Borek bermaksud bintik-bintik putih yang sering didapati pada ayam atau kuda. Begitu juga dengan rintik yang maksudnya titik-titik pada dasar yang lain warnanya. Jadi maknanya, kalau bapa kuda (contohnya) badannya berborek, berbintik-bintik, maka anaknya biasanya akan ada rintik atau titik-titik pada dasarnya. Itu pengamatan orang dulu-dulu. Aku rasa dari situ timbulnya peribahasa ni.

Ada dua-tiga lagi peribahasa yang aku tak tahu maksud perkataan yang digunakan. Insyaallah akan dikongsi pada masa akan datang.

3 comments:

kerk said...

best2...
x sabar nk tggu...
blh dh tukor bidang dr ajor akaun ke cikgu bahasa melayu...
huhuhuhu....

Izzudin said...

Trbaikkk.. Huhu. Skrg bru fham. Tq2

Unknown said...

Oo