Menghampiri penghujung tahun, hari Ahad baru ni, seorang lagi budak (baca: pelajar) menitiskan air mata (baca: menangis) dalam kelas gua. Menjadikannya yang kedua untuk tahun ini. Yang pertama pada bulan tiga kalau tak silap.
Gua bukan menyampaikan khabar gembira masa tu. Jauh sekali nak bercerita sedih. Gua tengah syok (sendiri) mengajar. Tiba-tiba dia baru nak masuk kelas. Gua tanya, dari mana? Dia jawab, dari kantin. Gua tanya lagi, kenapa lambat? Dia jawab, makan, sebab rehat lambat. Gua sambung tanya, sekarang dah pukul berapa? Dengan gugupnya dia jawab 11.50. Gua tanya lagi, dah berapa minit lewat? Semakin gugup dia menjawab, 20 minit. Gua baru niat nak ajar dia dengan menyuruh dia berdiri di sisi mejanya, dengan harapan lain kali dia tak lewat lagi. Rupa-rupanya dia dah pun menitiskan air mata.
Sambil dia tersedu-sedan, gua suruh dia masuk. Tak jadi gua nak suruh dia berdiri. Serentak dengan itu, gua dihantui rasa bersalah. Tapi gua sedapkan hati gua, gua cuma tanya je, tak lebih dari itu. Mungkin dia nampak muka gua masa tu dah bertukar jadi Raksasa Zetton macam dalam cerita Ultraman.
Gua punya vokal memang monotonous. Bila gua cakap dengan sedikit kuat atau lantang, memang kedengarannya seperti orang tengah marah bercakap. Dan kalau gua turunkan volume vokal gua, memang jd sangat perlahan, sampai kadang-kadang orang tak dengar. Dan di luar kelas memang gua cakap perlahan. Itu yang buat gua nampak inferior (bagi orang yang rasa dia superior). Gua tak kesah semua tu. Gua anggap semua tu sebagai anugerah yang tidak terdapat pada semua orang, Seperti muka bekeng gua ni.
Kebekengan muka gua ni menyebabkan kebanyakan budak tak berani pun nak pandang muka gua. Nampak kelibat gua je dah terkocoh-kocoh macam tikus nampak kucing. Gua pelik juga, apa yang diorang takut sangat kalau tak buat salah (samalah macam orang yang kononnya takut sangat dengan hudud. Kalau lu tak buat salah, lu nak takut apasal). Nasib baik ada anak murid gua yang cakap hanya pelajar cikgu sahaja yang tahu cikgu bukanlah bekeng all the time. Itu memang sudah cukup untuk menyedapkan hati gua.
Gua rasa, di samping rupa fizikal yang semula jadi bekeng (kata Lempu, muka bersungguh-sungguh), sejarah hidup gua sedikit sebanyak mempengaruhi personaliti gua hari ini. Itu sangat panjang kalau nak dicerita. Kebetulan pula gua baru selesai tengok filem Aku tak bodoh (walaupun gua dah tengok I not stupid 2-3 tahun lepas). Antara kata-kata yang gua ingat, kata si Namron, tak ada anak yang tak boleh diajar. Buang sekolah tak menyelesaikan masalah. Cuma kadang-kadang ibu bapa memang tak pandai nak ajar anak. Ada ibu bapa yang tak pandai nak tunjukkan kasih sayang mereka. Lebih kurang begitulah bunyinya.
Gua taklah setuju 100% dengan kata-kata tu. Cuma gua rasa keluarga gua masa gua kecik-kecik dulu memang 'agak kasar'. Maksud gua... macam mana nak cakap eh.. kasih-sayang tu tak nampak ditunjukkan sangat (sebab tu gua buat band kasih sayang. kah kah kah... tipu je). Ayah gua memang garang masa tu. Mak gua pun. Sebab apa? Sebab gua buat salahlah. Mungkin kecik-kecik dulu gua nakal. Secara tak langsung, sikap sebegitu turun pada gua kot. Gua sendiri pun sekarang ni tak reti sangat nak tunjukkan kasih sayang.
Adakah sekarang gua dah lari tajuk? Baik gua berhenti dulu.
p/s: Lu tengok gambar kat atas. Itu bukan bekeng. Itu tenang!
3 comments:
Ni masalahnya dah lari dari tajuk ni. Nak kira macam mana ni?
ahaha..cikgu2..spa g2 hor..kcian budop..nseb bek lah xdop ag bdop kaka nangis..ahaha
haha.. klako chekgu.. mmg chekgu garang pun..sampai skrg sy dop brani ngan chekgu..hahaha
Post a Comment