Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Saturday, October 01, 2011

Punishment Fits The Crime

Salam sejahtera..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan disoal terhadap pimpinannya...” Bermaksud setiap daripada kita ni ada tanggung jawab masing-masing. Sekurang-kurangnya tanggung jawab terhadap diri sendiri. Tapi saya percaya kita mempunyai tanggung jawab lebih daripada itu. Tanggung jawab terhadap ibu bapa, keluarga, masyarakat sekeliling dan juga alam sekitar. Sebab kita hidup ni bukan sekadar diri kita sahaja. Kita ada keluarga, rakan-rakan dan kita saling bergantung antara satu sama lain, ianya bermata-rantai.


Maka, oleh sebab itu setiap tindakan kita, keputusan yang kita ambil, kata-kata kita secara langsung atau tidak langsung memberi kesan terhadap orang lain. Begitu juga tindakan orang lain – akan memberi kesan kepada kita. Sebab itu ada orang kata “fikir dulu sebelum buat sesuatu”, think before we act. Kita juga kena fikir apa yang kita rasa kalau orang buat tindakan yang serupa terhadap kita. Kalau kita tak suka dengan tindakan itu, bermaksud orang juga tak suka dengan tindakan kita.


Seperkara lagi, setiap perkara yang berlaku adalah bersebab, ada asbabnya, ada puncanya. Sebagai contoh, kenapa cikgu suka marah kita? Sebabnya kita yang buat cikgu marah. Kalau kita tak mahu cikgu marah kita, janganlah buat perkara yang cikgu marah. Cikgu tak akan marah tanpa sebab. Orang gila sahaja yang marah tanpa sebab.


Kita perlu belajar menghargai apa yang kita ada sekarang. Jangan sampai dah tiada baru kita nak menangisi, menyesali dan merindui. Gunakan sepenuhnya, sebaik-baiknya apa yang kita ada. Guna kesempatan milik bersama yang ada sebaik-baiknya.

No comments: