Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Friday, February 03, 2012

Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.

Jangan beri sedekah kepada pengemis - itu kenyataan seorang menteri. Kononnya untuk membenteras pengemis-pengemis di bandar-bandar, yang katanya mencacatkan pemandangan dan malu kepada pelancong asing. Lebih baik derma kepada badan-badan NGO atau rumah-rumah kebajikan, katanya lagi.

Menteri kat Malaysia ni macam tak ada kualiti. Keluarkan kenyataan seolah-olah tak berfikir. Macam orang sembang kedai kopi. Dia lupa ke dia tu siapa, kapasiti dan tanggungjawab yang dia ada? Kalau setiap masalah kita suruh orang lain yang selesaikan, baik tak payah jadi menteri. Masalah pengemis, suruh orang ramai yang selesaikan. Tak bijaknya.

Aku rasa kalau suruh budak SPM buat karangan bertajuk "Mengatasi Masalah Pengemis", aku rasa idea mereka lebih baik dari menteri tu. Sepatutnya, dia yang ada kuasa tu, boleh bawa dan bantu pengemis-pengemis tu dari segi tempat perlindungan, kerja, pendidikan, kemahiran dan lain-lain. Secara tak langsung boleh membantu membangunkan modal insan, dan seterusnya menggerakkan ekonomi negara. Duit banyak, tapi habis kot lain.

Apa guna ada kerajaan, kalau semua masalah rakyat yang selesaikan sendiri?

2 comments:

Syafinaz said...

Hehehe!Suruh rakyat fikir penyelesaian sbb dia byk lg benda nak fikir.Nak fikir mcm mana lg nak kaut duit sebanyak2nya untuk simpanan 7 keturunan yg akn dtg : )

Anonymous said...

menangani isu ini bukan peranan kerajaan semata2, tetapi juga peranan masyarakat sekitar. memberi sedekah sangat digalakkan dalam agama, tetapi adakah kita mahu menyumbang melahirkan masyarakat malaysia yang terus menjadi pengemis dan meminta-minta. membantu ada banyak cara, kata orang jangan hanya beri ikan lebih baik beri pancing agar ianya dapat lebih banyak ikan...