Tuesday, September 04, 2012
Mosh interview DRSA
Monday, January 04, 2010
Set Jiwe Luka
Hi Encik Izhan. Terima kasih. Kehidupan ok. Tetapi 2-3 hari ni agak menyebalkan kerana aku ada program yang terpaksa tinggalkan keluarga di waktu anak dikhabarkan sedang demam. Dari segi emosi, kehidupan kami selepas mendapat orang baru semakin bertambah baik, bertambah rapat, malah akrab. Banyak perkara yang kita rasa macam tak sabar nak tengok dari anak kita, macamana dia membesar dan sebagainya. Cuma dari segi kewangan agak parah kerana aku terpaksa berulang alik Dungun-Kemaman. Banyak duit habis diperuntukkan untuk petrol. Untuk pengetahuan, aku berulang-alik tiap-tiap hari pada hari kerja kecuali Isnin dan Rabu aku bermalam di Dungun. DRSA isu ke-lapan akan terbit bersama Roots 8, Cronically Donut, dan juga Mosh dalam satu zine. Mengikut perancangan akan terbit pada bulan 8, 2008. Sekarang aku cuma menunggu. Dan aku berharap aku dapat menerbitkan DRSA isu ke-sembilan dalam masa terdekat. Tetapi nampak gayanya 3,4 bulan lagi baru siap kot. Sepertimana yang aku nyatakan dalam keluaran yang lepas, zine ini akan keluar bila semuanya sudah sedia dan tidak ada kerangka masa. Tetapi aku sedang bekerja ke arah itu. Sedikit demi sedikit. Macam sipu babi berjalan.
For quite sometime you've edited DRSA zine, play in Kasih Sayang (Mince core), play in Inikah Hidup (Post Hard Core) and running (now defunct) Ronin Distro. So how's marriage and now becoming a father have affect you in seeing all these things you believed? Will you one day teach your son how to strum any of the Dead Kennedy's tunes?
Sebenarnya aku berhenti menjalankan Ronin Distro sudah lama. Alasannya cukup mudah. Malas. Aku malas nak menguruskannya. Tambahan pula aku rasa matlamatnya telah tercapai – ingin berkongsi stuff-stuff baru dengan rakan setempat khususnya – dengan lahirnya 2-3 distro di Terengganu ini yang lebih baik daripada Ronin. Manakala aktiviti-aktiviti band yang agak perlahan lewat ini adalah dek kerana kesibukan ahli-ahlinya, kesukaran untuk berkumpul bersama dan berlatih. Jadi rasanya perkahwinan dan menjadi bapa bukanlah penghalang untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Buktinya, DRSA yang telah sekian lama menyepi sebelum aku berkahwin telah lahir isu baharu dalam tempoh perkahwinan kami. Dan jika ada peluang aku masih keluar jamming dengan kawan-kawan. Aku tak fikir aku akan mengajar anak aku lagu-lagu tersebut. Kalau dia berminat biarlah dia mencarinya sendiri. Setakat hari ini, aku tak fikir untuk menghalang atau menyuruh atau mengajarnya.
Is "growing up" is a thing to be scared of? Does marriages & becoming a father really means you have to take bow to the system? How we gonna cope such responbilities without sacrificing all the principles we believe in? Do you change the baby's diapers? huhu.
Kadang-kadang ada juga terasa begitu. Bukan apa, bila terfikirkan tanggungjawab yang amat berat di bahu kita. Bagaimana hendak membesar dan mendidik anak dalam keadaan dunia hari ini, dengan segala kebejatan yang berlaku, agak bimbang bila memikirkannya. Tetapi inilah yang kita mesti hadapi. Tidak ada gunanya kita melarikan diri dari hal-hal sebegini, hal-hal yang terpaksa kita tempuhi suatu hari nanti. Bersedia dan bersemuka. Itu lebih baik. Sekali lagi aku tidak merasakan perkahwinan dan menjadi ayah itu menyebabkan kita terpaksa tunduk kepada sistem. Setakat ini aku tidak merasakan macam itu. Aku rasa aku masih seperti dulu sebelum berkahwin. Cumanya sekarang ini aku lebih banyak menumpukan masa kepada keluarga. Rasanya itu bukan satu masalah. Itu sesuatu yang kita rasa senang atau selesa. Mungkin ada yang perasan kita sukar untuk keluar bersama rakan-rakan. Itu pun kerana kita tinggal berjauhan. Bukannya atas sebab perkahwinan. Setakat ini aku tidak rasa ada sesuatu yang bertentangan dengan prinsip aku. Pada aku, perkahwinan tidak mengorbankan prinsip-prinsip yang kita percayai. Kalau ada orang yang belum berkahwin mengatakan bahawa perkahwinan akan mengorbankan prinsip yang dipegang, pada aku itu cuma satu tanggapan. Berkahwin. Jalani kehidupan macam biasa. Ajak anak isteri sertai aktiviti kita. Pasti seronok! (kalau dapat isteri yang memahamilah, tapi takkan nak kahwin dengan orang yang tak memahami kita kan). Kalau masa isteri dalam pantang memang aku yang menukar lampin, mandikan dan pakaikan baju anak. Kesian isteri bersusah payah melahirkan anak. Bagi masa dia berehat. Sekarang ini pun kami sama-sama atau bergilir menukar lampin anak. Kalau buat kerja sama-sama mesti seronok. Macam lagu Marjinal “belajar sama-sama, bekerja sama-sama…”. Dalam situasi aku yang berulang-alik Dungun-Kemaman ni, ada orang kata seolah-olah tak perlu aku berulang-alik setiap hari. Cukup sekadar hujung minggu kerana bukan si suami yang kena mandikan, tukarkan lampin anak. Itu pandangan serong ‘orang lama’. Aku tak setuju sebab kerja sama-sama dapat meringankan beban dan mengurangkan tekanan emosi.
You edited the DRSA zine. So how was the latest issue been accepted by the so called scenester? Do they really nowadays don't really bother to read anymore? Do you agree that zine-culture are slowly going out of the picture?
Sebenarnya DRSA#8 lebih kepada untuk edaran kawan-kawan. Sebab dengan keadaan jualan zine yang tidak menentu sekarang ini, tambahan pula… ya.. DRSA bukanlah sebuah zine yang bagus serba-serbi (kandungan, susun atur dan kualiti cetakan), dan mungkin ramai kini yang tidak mengenali DRSA kerana telah lama tidak mengeluarkan isu baharu, aku tidak rasa aku mampu menjualnya dengan banyak. Tetapi, pada awal tempoh DRSA#8 ‘berada di pasaran’, terutama setelah Nizang iklankan di Ricecooker, aku mendapat beberapa pesanan belian, dan ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan aku. Terima kasih Nizang. Selebihnya aku serahkan senaskhah master copy kepada Nizang dan Aniq untuk dijual melalui distro mereka. Sambutannya, aku tak tahu. Huhu..
Saturday, September 05, 2009
Yang Kusam (bahagian kedua)
Pada pertengahan tahun 1948 Kerajaan British mengisytiharkan Undang-undang Darurat. PKMM, API, AWAS dan Hizbul Muslimun, beserta dengan PKM telah diharamkan. Lebih 12 000 orang anggota dan pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan telah ditangkap. Di antaranya Ishak Hj. Muhammad dan Ahmad Boestaman. Dr. Burhanuddin sempat melarikan diri. Ramai juga yang masuk hutan. Dalam keadaan kekosongan politik ini, British telah memupuk UMNO untuk berkembang. Golongan bangsawan dan pegawai-pegawai tinggi Melayu digalakkan oleh British untuk memimpin UMNO. Mula-mula pemimpinnya Dato’ Onn kemudian digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Dalam perjungan menuntut kemerdekaan ini kita melihat dua tradisi. Pertama, tradisi menentang penjajahan habis-habisan yang dilambangkan oleh PKMM. Kedua, tradisi bekerjasama dengan penjajah British sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO. Tradisi pertama ini telah dapat dipatahkan oleh British. Akhirnya kemerdekaan politik diserahkan kepada UMNO. Di bawah pimpinan UMNO diteruskan banyak dasar yang telah diasaskan oleh British dan dilanjutkan susunan masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh unsur-unsur feudal.
Di Bawah Boestaman, PRM dianggotai kebanyakannya oleh orang Melayu kelas bawahan dan menengah rendah; ia berasaskan fahaman Marhaenisme ataupun sosio-nasional-demokrasi. PBM mulanya dianggotai oleh golongan menengah dan menganut fahaman Fabian Socialism. Tetapi di bawah pimpinan Ishak, ramai pekerja-pekerja Cina telah menganggotainya. FSRM mengasaskan pendirian politiknya kepada fahaman sosialis. FSRM telah bertanding dalam pilihanraya umum dan telah memenangi lapan kerusi Parlimen. Selain daripada itu, beberapa Majlis Bandaran seperti Pulau Pinang, Melaka dan Seremban dan Majlis Tempatan seperti Jinjang, Serdang dan Labis telah dikuasai oleh FSRM.

Kerajaan Perikatan masa itu berasa takut akan pengaruh FSRM yang kian berkembang. Mereka telah mengambil tiga langkah untuk menyekat perkembangan ini. Pertama, dengan menangkap beramai-ramai pemimpin dan kader parti-parti pembangkang (antaranya Boestaman, Ishak hj. Muhammad, Dr. Burhanuddin, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar, Kampo Radjo, Dr. Rajakumar, Tan Kai Hee, Tan Hock Kin, C.C. Yong dan beratus-ratus yang lain) di bawah ISA. Peluang ini dapat mereka gunakan semasa Konfrontasi Indonesia bermula pada tahun 1962. Bahkan berkali-kali selepas itu penangkapan dilakukan ke atas ramai anggota dan pemimpin yang terlibat dengan kedua-dua parti. Kedua, dengan menghapuskan majlis bandaran dan tempatan yang dipilih oleh rakyat dan menggantikan dengan majlis-majlis yang anggotanya dilantik oleh kerajaan. Ketiga, mengharamkan cawangan-cawangan PRM dan PBM. Begitu banyak cawangan PBM yang diharamkan sehingga parti itu mengambil langkah untuk “menutup jendela”.
Tekanan-tekanan oleh pemerintah ini telah melemahkan FSRM. Banyak anasir buruk telah meresap ke dalam parti. Pemimpin-pemimpin di dalam tahanan dan juga di luar akhirnya sependapat bahawa jalan sebaik-baiknya ialah untuk memisahkan kedua-dua parti dan akhirnya menutup FSRM. PBM terus berkubur selepas itu. Manakala PRM terus bergerak, tetapi dalam keadaan yang sangat lemah. Dalam tahun 1965, semasa Boestaman masih dalam tahanan, beberapa orang dari golongan intelek muda telah dipilih memimpin PRM. Apabila Boestaman dibebaskan, beliau kembali menjadi ketua. Tetapi beberapa perbezaan telah timbul di antara beliau dengan pemimpin-pemimpin muda ini. Akhirnya Boestaman berundur dari PRM untuk menubuhkan Parti Marhein dan Kassim Ahmad** mengambil alih kedudukannya sebagai ketua PRM.
Kassim telah membawa perubahan radikal kepada PRM. Beliau dapat mempengaruhi parti untuk menukar nama parti kepada Partai Sosialis Rakyat Malaya dan menerima Sosialisme Saintifik sebagai ideologinya. Pertukaran ini memudahkan para pemimpin pemerintah dan juga pihak polis melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap parti. Kononnya PSRM mirip komunis dan semua pemimpinnya tidak mempercayai agama. Atas tuduhan-tuduhan yang palsu, ramai pemimpin (termasuk Kassim Ahmad) dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan ISA. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak sekali dimomok-momokkan. Hingga kini, ISA berjaya melemahkan golongan politik berhaluan kiri.
* Biografi Khatijah Sidek – menceritakan perjuangan beliau di dalam UMNO tetapi perjuangan beliau seolah-olah tidak dihargai. Kenapa?
** Universiti Kedua (Kassim Ahmad) – menceritakan sebelum dan semasa penahanan beliau di bawah ISA
Sunday, August 30, 2009
Yang Kusam (bahagian 1)
(bagi yang belum membaca DRSA #7)
Satu-satunya sumber paling mudah untuk rakyat mengetahui sejarah negara ini ialah melalui buku-buku teks yang diajar di sekolah. Sumber-sumber lain agak sukar di cari. Namun, apa yang menyedihkan, buku teks Sejarah yang dulunya agak tebal, mengandungi banyak maklumat mengenai perkembangan negara Malaysia semenjak zaman Melaka kini semakin menipis. Banyak sejarah-sejarah yang telah dipadamkan daripada pengetahuan rakyat. Dan sejarah ini seolah-olah ditapis. Sejarah yang ‘tidak menguntungkan’ atau yang boleh menggugatkan sesetengah pihak dibuang. Sejarah adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Apakah kesannya sekiranya kebenaran dibuang atau dipadamkan? Mungkinkah benang yang basah cuba ditegakkan?
Izinkan saya menulis kembali sebahagian daripada sejarah yang cuba dipadamkan itu. Sejarah mengenai perjuangan kemerdekaan negara kita. Mungkin ada di kalangan kita yang telah mengetahuinya. Namun saya percaya bagi para pelajar yang masih berada di bangku sekolah tidak pernah mendengar nama-nama tokoh di bawah ini nanti kerana nama-nama tersebut tidak lagi tercatat dalam sejarah Malaysia.
Benih nasionalisme di Tanah Melayu yang menentang penjajahan dan mahu menegakkan kemerdekaan tersemai sebelum Perang Dunia II. Pada ketika itu gerakan menuntut kemerdekaan dan perubahan politik mula bergelora di seluruh Asia termasuk Asia Barat. Banyak Negara yang dijajah oleh British mula bergerak menyuarakan tentangan mereka terhadap penjajahan British. Gerakan ini ada kesannya ke atas rakyat Tanah Melayu pada waktu itu.
Sebahagian orang Cina di sini tertarik kepada gerakan Komunis dan Kuomintang di Tanah Besar China. Sesetengah orang India terpengaruh oleh gerakan menuntut kemerdekaan di India yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi dan Parti Kongres. Ada orang Melayu yang dipengaruhi oleh semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Indonesia. Di kalangan orang Melayu ini telah tumbuh sebuah badan politik yang pertama iaitu Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakub dan dianggotai antara lainnya oleh Ishak Haji Muhammad dan Dr. Burhanuddin Helmy.
Pemerintahan Jepun membawa unsur pengaruh yang baru pula. Sikap Jepun terhadap kaum-kaum yang terbesar di negeri ini berlainan. Mereka memusuhi Cina lanjutan daripada peperangan di antara negeri China dengan Jepun dan sentiasa membantu golongan gerila Komunis dari orang Cina. Mereka membantu sayap Tentera Nasional India (TNI) di Malaya sebab TNI dipimpin oleh seorang pemimpin nasionalis India, Chandra Bose, yang bekerjasama dengan Jepun untuk menyerang penjajah British. Terhadap orang Melayu pula mereka cuba bekerjasama dan membantu golongan nasionalis Melayu yang menetang penjajah British di negeri ini.
Walau banyak akibat buruk pemerintahan tentera Jepun ke atas negeri ini, namun Jepun memberikan semangat percaya kepada kebolehan orang Asia untuk menandingi Barat. Ini menguatkan keyakinan yang diperlukan untuk menentang penjajah British. Selepas Perang Dunia II, gerakan menuntut kemerdekaan semakin hebat. Beberapa pertubuhan politik dan kesatuan pekerja timbul. Gerakan pekerja banyak dipengaruhi oleh parti politik radikal (termasuk PKM). Di kalangan orang Melayu telah wujud sejak penghujung tahun 40-an Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). PKMM yang dipimpin antara lain oleh Ishak Hj. Muhammad dan Dr. Burhanuddin Helmy, mempunyai sayap wanita – Angkatan Wanita Sedar (AWAS) di bawah pimpinan Shamsiah Fakeh dan sayap pemuda – Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestaman. PKMM serta AWAS dan API merupakan parti nasionalis yang revolusioner dan mereka mahu memperjuangkan kemerdekaan penuh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pada mulanya, parti ini bekerjasama dengan UMNO dalam satu Kongres, tetapi kemudiannya mereka berpisah kerana perbezaan dasar. Perbezaan ini nyata dari segi slogan yang mereka pilih: PKMM memilih “Merdeka” manakala UMNO memilih “Hidup Melayu” (Sebenarnya orang kuat UMNO sendiri pada masa itu, Khadijah Sidek* menentang slogan Hidup Melayu ini yang padanya mempunyai kepincangan)
Thursday, May 21, 2009
DRSA 8 & 10

Sunday, March 15, 2009
DRSA baru
Ada seorang rakan menulis dalam zinenya bernama Masked Reader bahawa buat zine ni lebih seronok bila kita buat kerana minat, bukan kerana nak memenuhi tuntutan pembaca - itu dah jadi tanggungjawab. Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Malangnya antara orang yang terawal bertanya bila DRSA baru nak keluar ialah rakan aku yang seorang ni lah. Maka, apabila ramai sangat yang bertanya soalan macam ni, jawapan selamat aku ialah 'akan datang'. Akan datang tu bila? Akan datang tu.. akan datang la. Habis cerita.
Sebenarnya aku bukan tak ada kerangka masa untuk mengeluarkan DRSA baru. Ada. Tapi biarlah DRSA #9 habis terjual dahulu. Dan sekarang dah tinggal beberapa naskhah lagi. Bermakna, akan datang tu dah semakin hampir. Jadi, tuan/puan bolehlah jangka DRSA#10 akan keluar dalam bulan April/Mei. INsyaAllah. Sama-amalah kita berdoa ini akan jadi kenyataan. Ameen.
Sunday, January 11, 2009
DRSA #9

Saturday, November 01, 2008
Si Mulia Yang Tak Mulia
Orang memanggilku Cikgu Karim
Karim itu ertinya mulia
Tapi aku tidak mulia
Semua kesalahan aku punya
Semua kebaikan orang lain punya
Nasib...… nasib…
Nama itu menggambarkan tuan punya
Tapi aku?
Nasib……...… nasib
Apa guna ilmu kalau tak diguna
Tapi ilmu di buku, bukan di dada
Belek saja bila nak guna
Apa susah, buku dimana-mana pun ada
Aku diajar A, B, C
Bukannya C, B, A
Semua itu songsang kata mereka
Buat begini, bukan begitu
Tapi mereka masih buat begitu
Manusia pun ikut resmi ketam
Kuman di seberang diteropong
Gajah di depan mata puas menari
Tak nampak juga
Aku juga sebahagian dari mereka barangkali
Apa nak buat, manusia itu asalnya lupa
Yang salah aku juga…
Falsafah dijunjung, etika digendong
Neck tie di leher terikat kemas
Betapalah lambang diri diikat
Tapi aku manusia, bukannya kerbau
Yang dicucuk hidungnya, diikat lehernya
“Kamu semua jumud, lesu minda,
Taklid membuta tuli, takut pula membuat bid’'ah
Ortodoks!”
Ya… yang jumud itu aku
Yang taklid itu aku
Semuanya aku
Memang betul KBKK diajar
Tapi no critis, no critics
Ah… sudah!
“Selamat datang cikgu
Kami mengalu-alukan kedatangan cikgu
Besar tapak tangan nyiru kami tadahkan
Bilik koperasi, pusat sumber,
Bendahari PIBG, semuanya masih kosong
Kami sediakan khas untuk cikgu”
Begitulah, betapa aku disambut dengan meriah
Setahun,… dua tahun berlalu
Ilmu masih dibuku, bukan di dadaku
Berat mata memandang, berat lagi bahuku memikul
Bahu kiri tinggi, bahu kanan rendah
Masakan tidak, semua kredit milik
Pengetua dan sekolah
Guru-guru punca masalah
Memang berat sebelah
Tidak sedar yang kita berpenat lelah
Ibu tua datang, "“Anakku tidak pernah tidak lulus
Kini ke sekolahpun tidak mahu
Apa yang sudah berlaku?
Tidakkah ini salah guru?"
Ibu muda dating, "“Anakku dulunya baik
Tak mungkin dia membuat aib
Aku ini orang bisnes, saham turun naik
Buat kerja sampai overnight
You yang harus menjaga anakku baik-baik"
Masalah itu hidup
Cabaran itu makanan untuk hidup
Telankan saja cabaran-cabaran itu
Muntahkan dalam bentuk idea baru
Tuhan itu adil
Ada susah, pasti ada senang
Asal saja ikhlas
Pasti hidup aman tenteram
Namaku Karim
Cikgu besar Karim
Karim itu mulia
Masyarakat pun menyanjungku
Tapi aku tidak mulia
Aku cuma hamba Yang Maha Mulia
Abdul Karim.
** KBKK = Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis
***Pernah disiarkan dalam DRSA 7. Sesiapa yang telah membacanya sila abaikan.

