Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan
Showing posts with label Faiq. Show all posts
Showing posts with label Faiq. Show all posts
Saturday, March 17, 2012
Adegan Yang Ingin Kita Lihat #1
Buka peti, niat nak minum susu 'segar'. Bila tuang ke dalam cawan, dapat 'patak' je. Dia hampa. Menangis sekejap. Lepas tu buka peti lagi, ambil susu pekat, buat air susu sendiri.
Friday, October 30, 2009
Pengetahuan Am
Oleh kerana raksasa telah muncul (pada entri yang lepas), maka muncullah pula adiwira-adiwira yang sanggup berkorban untuk menentang raksasa-raksasa jahat tersebut. Salah satu adiwira yang digemari oleh Faiq ialah manusia cahaya ni - Ultraman.
Ultraman ni dah lama wujud.. sejak tahun 66 lagi. Sudah terlalu banyak evolusi yang dilakukan terhadap ultraman dan pasukan menghapuskan raksasa ni. Masa aku kanak-kanak dulu, pasukan yang menentang raksasa ni namanya MAT, dan anggotanya yang mendapat kuasa ultraman ni namanya Hayata.
Masa cuti sekolah bulan 5 haritu kami sekeluarga balik ke Pontian. Dan kalau ke bandar Pontian, kami akan cari masa untuk singgah di kedai menjual pelbagai vcd/dvd asli dan cetak rompak. Semestinya aku pilih yang cetak rompak sebab reganya murah. Dalam pada duk belek-belek tu, Faiq ternampak dvd ultraman dan mulalah melakukan pelbagai helah untuk mendapatkan dvd tersebut. Maka terpaksalah ibunya membelikannya. Aku ingatkan sekeping sahaja... tapi rupa-rupanya 3 keping - dvd. Fuh! dah macam diskografi ultraman pulak. Siap ada cerita sejarah kemunculan raksasa, kemudian barulah muncul ultraman. Dari ultraman zaman dulu hingga ke ultraman zaman kini, keluarga ultraman, mak ayah, datuk ultraman semua ada.
Faiq ni pun satu jugak.. nak tengok tapi takut-takut. Yelah.. raksasanya memang ganas-ganas dengan bunyi yang menakutkan. Kalau dia nak tengok terpaksalah ibu/ayah temankan dia.
Jadi, di sini aku nak uji minda pembaca sekelian: Cuba senaraikan nama-nama ultraman zaman kanak-kanak anda dan juga apa sahaja ultraman yang anda tahu. Yang paling banyak tahu akan dapat hadiah.
Monday, October 12, 2009
Saturday, July 18, 2009
Potty Training
Tiba-tiba Faiq datang pada aku dan memberitahu dalam bahasa dia, "nak berak". Dan tiba-tiba aku teringat apa yang ditulis oleh seorang sahabat. Segera aku bawa faiq ke tandas dan suruh dia berak dalam mangkuk tandas. Bagus Faiq. Macam nilah anak ayah.
Sebelum ni ada sahabat yang tulis bagaimana dia mengajar anak dia buang air di tandas. Dan aku rasa sudah sampai waktunya Faiq mengikuti jejak langkah kawannya itu.
Harap-harap begitulah. Anak ayah dah besar.
Sebelum ni ada sahabat yang tulis bagaimana dia mengajar anak dia buang air di tandas. Dan aku rasa sudah sampai waktunya Faiq mengikuti jejak langkah kawannya itu.
Harap-harap begitulah. Anak ayah dah besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
