Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan
Showing posts with label Warta Berita. Show all posts
Showing posts with label Warta Berita. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Viva la Zine


Ini akan terbit juga. Tapi lambat lagi. Masih memerlukan sumbangan anda sangat-sangat dalam apa jua bentuk pun. Bertindak segera!

Sunday, February 21, 2010

Semakin Dekat

Semenanjung Register Zine
Debut Issue
Saiz A4
Bahasa Melayu
Harga cadangan : RM4ppd
Bilangan mukasurat : tak pasti. rasanya 20.

Zine Semenanjung Register merupakan sebuah zine kolektif. Bermaksud, isi perutnya adalah sumbangan daripada orang ramai. Untuk isu perdana ini terdapat sumbangan penulisan daripada Arip Radikal Review, Matyi DKR, Rahimin Idris, Kudin dan beberapa orang lagi yang menyentuh pelbagai isu. Turut dimuatkan wawancara bersama sebuah kumpulan punk rock laju dan melodik yang tidak asing lagi tika ini iaitu ALWAYS LAST. Juga seperti kebanyakan zine, terdapat sedikit review zine dan muzik. Terkini diberitakan zine ini telah masuk di tempat percetakan. Bermakna tak lama lagi anda yang berminat bolehlah dapatkannya. Untuk isu ini, ia diedit, disusunatur dan direkabentuk oleh Matyi.

Nak dapatkannya di mana?
Boleh dapatkannya dari:
1. Matyi sendiri
2. Fazri
3. Nervhous Distro
4. Convert (yr) Mind Dsitro
5. Pissart Records

Sedikit petikan daripada wawancara bersama Always Last:

Yang aku faham, media massa adalah antara alat/tool yang golongan elit gunakan untuk brainwashed kita iaitu penonton/pendengar. Siapakah golongan elit ini? Mereka adalah iluminati/freemason (anti-christ) yang mana merekalah yang memegang ekonomi dunia ini. Matlamat mereka adalah untuk memastikan kita semua ini 'astray'/tak percaya kepada tuhan tetapi bertuhankan materials (wang, harta dll) yang mana penghujungnya adalah duniawi semata2 (ini adalah target Al Masih Ad-Dajjal). So siapa yang rasa Muslim, please equip yourself!...

Thursday, February 18, 2010

Kematian (Suatu Pembalasan)

1. Bapa kepada Amran aka Bear aka xbearx aka xbearx askar upaham, bekas penjaga Ronin Distro, penulis, kolumnis, artis telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis bersamaan 11 Februari 2010.

2. Bapa kepada Mazri aka Ayie Bullat, Encik Mahussin juga telah kembali ke rahmatullah pada 15 Februari 2010.

Semoga arwah mereka yang telah pergi terdahulu sentiasa dicucuri rahmat. Al-Faatihah

Wednesday, November 18, 2009

Tiada Kejutan, Tiada Amaran + Cobaan

Baru malam tadi tengok cerita Pendekar Bujang Lapok kat tv. Cobaan... berapa banyak cobaan daa..



Pagi tadi tengah syok kemas meja yang tak nampak dasar (kemas ni pun sebab dah nak cuti hujung tahun), dapat berita bapa kepada seorang pelajar aku meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihirooji'un. Kesian dia.. dahla esok nak periksa SPM. Berat aku rasa dugaan ni. Kita yang tak ada kena-mengena ni dengan senangnya boleh berkata "tabahkan hati, Tuhan lebih sayangkan dia, esok nak exam, jangan fikir sangat." Tapi tuan punya badan yang menanggung, Tuhan saja yang tahu.
Balik sekolah dalam pukul 2.30 dapat berita yang sepupu (sabit) yang paling rapat dengan keluarga kami pula meninggal dunia di tepi jalan dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Bukan kemalangan. Tapi arwah berhentikan kereta di tepi jalan kerana batuk. Batuk berdarah! Penduduk setempat melaporkannya kepada polis. Maka polis yang menghantar arwah yang disahkan meninggal di tempat kejadian ke hospital Dungun. Bila melibatkan polis, panjanglah ceritanya. Bila meninggal di luar rumah, bukan di hospital, maka panjanglah ceritanya. Terpaksa ditahan untuk bedah siasat. oleh kerana jenazah sampai di hospital dah pukul +/- 4, tok teh, tok tek, tak sempat buat apa-apa. Esok juga baru boleh dibuat bedah siasat. Doktor di hospital tu masa tu sorang je. Malaysia memang kekurangan doktor di premis kesihatan kerajaan.
Tapi aku salut anak arwah yang mewakili keluarganya di hospital. Ye lah, baru berusia 20 tahun. Bak kata oc polis di situ, 20 tahun ke bawah tak boleh buat apa-apa, tak boleh buat keputusan. Dia nampak tenang walaupun dalam diri berkecamuk. Abang-abang, kakak-kakak bekerja di luar negeri (terengganu). Tapi yang paling kuat dugaan, aku rasa anaknya yang akan menduduki SPM esok. Paling cepat pun aku rasa dalam tengahari baru jenazah boleh sampai di rumah. Esok periksa pagi petang. Bahasa Melayu 1, Sejarah 1 (kot) dan Bahasa Melayu 2. Kalau tak ambik BM tak dapatlah sijil SPM. Ini betul-betul dugaan yang maha berat.
Al-Faatehah buat kedua-dua arwah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Selamat menduduki SPM kepada semua calon SPM 2009. Semoga dibuka pintu hati, dilapangkan dada dan dapat menjawab dengan baik. Semoga kejayaan milik anda, Insya-Allah. Ameen.

Sunday, August 16, 2009

Pesanan dari Pokcik Kadir

Ini ada pesanan dari Pokcik Kadir. Katanya dateline bagi sebarang sumbangan untuk Semenanjung Registar isu pertama adalah pada akhir bulan Ogos ini. Jadi, bagi sesiapa yang nak sumbangkan sesuatu bolehlah berbuat demikian dan hantar emel ke pokcikkadir@yahoo.com

Kalau terlewat skit pun takdok hal. Hantor je. Paling tidak pun akan dimasukkan ke isu seterusnya. Sekian , terima kasih.

Friday, August 07, 2009

Si Merak - Terbang tak kembali

Wahyu Sulaiman Rendra (WS Rendra) telah meninggal dunia pada 6 Ogos 2009 akibat sakit jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Berikut ialah sebuah karya beliau yang dinyanyikan oleh sahabatnya Iwan Fals:
Paman Doblang
Paman Doblang paman Doblang
Mereka masukkan kamu kedalam sel yang gelap
Tanpa lampu tanpa lubang cahaya
Oh pengap
Ada hawa tak ada angkasa ( terkucil )
Temanmu beratus ratus nyamuk semata ( terkunci )
Tak tahu kapan pintu akan terbuka
Kamu tak tahu dimana berada
Paman Doblang paman Doblang
Apa katamu?
( ...Ketika haus aku minum air dari kaleng karatan
Sambil bersila aku mengarungi waktu
Lepas dari jam, hari dan bulan Aku dipeluk oleh wibawa... )
Tidak berbentuk, tidak berupa, tidak bernama
Aku istirahat disini
Tenaga gaib memupuk jiwaku
Paman Doblang paman Doblang
Di setiap jalan menghadang mastodon dan srigala
Kamu terkurung dalam lingkaran
Para pangeran meludahi kamu dari kereta kencana
Kaki kamu dirantai kebatang karang
Kamu dikutuk dan disalahkan tanpa pengadilan
Paman Doblang paman Doblang
Bubur di piring timah didorong dengan kaki kedepanmu
Paman Doblang paman Doblang
Apa katamu?
Kesadaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakrawala
Dan perjuangan
Adalah pelaksanaan kata kata
Kesadaran adalah matahari
Paman Doblang paman Doblang
Apa katamu?
*Aku dedikasikan puisi ini buat tahanan tanpa bicara, di mana jua, di pelosok dunia.

Tuesday, July 21, 2009

Pokcik Kadir - Semenanjung Registar

Aku terima email dari orang gila ni. Dia paksa aku suruh siarkan iklan dia, so aku siarkanlah.

Hi, apa kabor. Tengah buat benda tu. Korek idung ke? Ni Pokcik Kadir kau bercakap ni. Ni, nak kabor ke deme semua, Sila bagi perhatian.

Pokcik sekarang tengah nak buat satu makalah fanzine yang baru. Fanzine ni dalam BM. Nama dia Semenanjung Registar. Deme dengor dok ni? Maka, pokcik nak mintak contribution dari deme-deme semua untuk menjayakan Fanzine ni. Apa saja yang deme nok tulih, maroh kat bos, maroh kat idup, maroh kat pak cik jual air tebu depan rumoh atau tentang apa saja, sila antor kat Pokcik. kalau deme ni fanzine editor dan ada interview lebih, yang tak tersior, sila bagi kat pakcik. Setiap contribution akan dibayar sebanyak lima juta sorang. (Pasal duit takyah risau-Pokcik baru rompak sebuah bank kat mongolia semalam). So hantorkan coretan anda ke.
pokcikkadir@yahoo.com

Monday, March 30, 2009

Kematian

Sungguh suatu kebetulan.Post sebelum ini berkenaan dengan kelahiran.Kali ini berkenaan dengan kematian.Begitulah hidup kita yang cuma dipinjamkan sementara.Hidup lawannya mati.

Seorang sahabat, Suraya telah kembali ke rahmatullah pada 15 Mac yang lalu akibat kemalangan jalanraya.Aku cuma tahu beberapa hari yang lepas. Itu sahaja berita yang aku dapat. Tiada berita/maklumat lanjut. Mungkin tidak ramai yang mengenalinya. Gambarnya pun aku tiada. Cuba cari di internet pun tak dapat.

Suraya - Aku mula mengenalinya apabila mula mengutuskan surat kepadaku sebagai editor DRSA pada akhir 90-an. Pada tahun 2001 buat pertama kali aku berjumpa dengannya bersama Abira, Ibrahim Ganyang dan Piesay (kalau tak silap) di Shah Alam. 2002 dia ikut aku pergi gig di Teratak Dangdut. Akhir tahun 2004 sebelum aku kahwin aku jumpa dia juga di Shah Alam. Dan terakhir pada tahun lepas aku dan famili berjumpa dengan dia di Johor Bahru. Itu sahaja. 4 kali pertemuan sepanjang perkenalan lebih kurang sepuluh tahun.

Suraya - seorang sahabat yang baik. Aku hormat cara dia. Dia pernah beberapa kali menyumbang sesuatu untuk DRSA. Dan sumbangan terakhir beliau akan aku masukkan dalam DRSA terbaru, InyaAllah April/Mei ini.

Suraya - berjanji untuk terus bersahabat hingga akhir hayat walaupun aku dah berkeluarga dan jika dia dah berkeluarga. Janji tersebut tertunai kini. Cuma dia belum sempat berkeluarga.

Aku kehilangan seorang lagi sahabat. Yang tinggal cuma kenangan. Itu pun kalau kukuh tersemat di ingatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Faatiah.

Tuesday, March 24, 2009

Kelahiran

warta berita ini disampaikan oleh K @ Kamarul, gitaris 50k Promises:

"Alhamdulillah... Elli telah selamat melahirkan puteri kami; Iman Rania pada pukul 5.50 ptg, 23 Mac 2009"

Semoga semuanya selamat dan sihat selalu. Nanti boleh sambut besday skalu ngan Raja Ezra.