Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, December 12, 2012

Lu siapa?

Awak pernah tak berhadapan dengan situasi macam ni?:

"Kalau awak tak pernah baca tulisan Jean-Paul Sartre, jangan panggil diri awak seorang pembaca."

"Kalau lu tak kenal Din Akar, jangan gelar diri lu punk rocker."

"Abul Qasim asy-Syarrath pun ente tak kenal, ente mau cakap pasal agama dengan ana."

Apa reaksi awak? Nak kena tau semua perkara dulu baru boleh berkongsi ke? Apa dia ingat dia hebat sangat?

Wednesday, September 19, 2012

Jangan Tunggu Lama-lama



 Inilah bahananya bila suka bertangguh. Time dah elok ambil kedudukan nak menaip je, dah tak jumpa mana perginya idea yang disimpan haritu. Haritu dah plan baik punya. Siap mengarang dan mengatur ayat dalam kepala otak. Time nak taip je semua hilang. Hampeh betul.

Idea ni pun satu. Ia muncul di saat dan tempat yang tak bertepatan pulak. Time duduk dalam bilik termenung, time memandu, time mandi. Sekelip mata je dia boleh hilang. Susah nak recall pulak tu.Hmmm... nasiblaa..

Friday, September 07, 2012

Motor & Irama

Ini bukan cerita ilmiah. Ini cerita hiburan semata-mata. Cerita kejahilan.

Aku telah di'tag' oleh Alip berkenaan dengan video klip ini. Jadi, ini cerita pasal mereka. Kebetulan semasa aku memainkan video klip yang 'ditag' ini, lagu (yang lain) mereka juga sedang berkumandang di itunes. Mereka ialah Motorama. Asal-usul nama Motorama ni senang ditebak berdasarkan lagu-lagu mereka yang agak cathcy (pada aku. Aku ni buta sikit dalam mengulas muzik); iaitulah motor + irama = Motorama. Motor sebab drumbeat mereka yang tidak meleweh-leweh. Manakala irama kerana lagu mereka masih mellow. Begitulah asal-usul nama band ni kalau mereka ni berasal dari Malaysia. Tapi mereka bukan dari Malaysia. Mereka dari Rusia. Jadi, yang sebenarnya aku tak tahu kenapa mereka memilih nama Motorama tu.

Pertama kali aku dengar lagu mereka ialah dalam kereta Pawi Husin. Aku ingat itu lagu The Smiths. Tapi lain macam soundnya. Vokal macam Morrissey. Tapi sound gitar macam The Cure. Kemudian aku dapat (tanpa meminta) lagu-lagu mereka daripa Alip. Dan aku jatuh cinta dengan mereka.

Berbalik kepada video klip yang dikongsi tadi, best juga. Nampak band member mereka menggila. Maka, dengan masa yang ada untuk dibazirkan, aku mencari aksi mereka live. Ceh, rupanya tak seperti yang digambarkan dalam klip tu. Gitarisnya kaku. Mungkin nak beri tumpuan pada permainannya. Bassist okey jugaklah (Sebab awek). Ada juga melenggokkan bassnya ke kiri dan ke kanan. Taklah nampak kaku sangat. Cuma vox/gitarnya yang aktif. Juga kibordis. Tapi, pentas yang kecil menyelamatkan persembahan mereka. Menyebabkan secara keseluruhannya nampak tak kaku dan bosan sangat. Sebab tu lebih baik bermain dipentas kecil berbanding pentas yang besar (terutama bagi 3 pieces band macam KS dulu). Lepas tu pula, copong (microphone) hanya digunakan untuk menyanyi semata-mata. Dari awal hingga akhir. Tak ada ucapan, tak ada interaksi dengan audien. Hanya ucapan terima kasih diakhir persembahan. Kalau dalam scene punk rock, ini memang mnodal untuk dikutuk.

Hah, aku rasa itu sahajalah yang nak diceritakan pasal mereka. Apa-apa pun, aku masih sukakan mereka. Dan sekali lagi aku nak tekankan, ini adalah pos hiburan semata-mata. Take it as entertainment. Sekian.


Tuesday, September 04, 2012

Mosh interview DRSA


Hari tu Nizang ada interview aku bagi pihak DRSA zine untuk dan telah dimuatkan dalam zinenya Mosh #15. Dia tanya aku kot dalam BI, tapi aku jawab kot dalam BM supaya mudah dan aku senang aku menjawab sesuka hati tanpa membelek kamus atau bimbang salah nahu. Nasiblah. Baik, bacalah kalau aberani (= ada berani. tak, sebenarnya aku tersalah taip dan malas nak delet a tu).

1.       Do introduce yourself to the readers.
Fazri bin Mohd telah dilahirkan lebih 30 tahun yang lalu di Kampung Banggol Limau, sebuah kampung kecil di daerah Kuala Terengganu. Orangnya tidak bercakap banyak kerana terpengaruh dengan album Propagandhi – less talk, more rock. Bermuka bengis kerana terpengaruh dengan satu artwork pada kulit album Carburetor Dung, Songs For Friends, yang ada kata-kata “I’m calm”. Dengan ketinggian sederhana, seiring dengan purata ketinggian rakyat Malaysia, dan berkulit gelap, serta kurus, standard baka keluarga. Sekarang tinggal di Dungun, Terengganu. Bertugas sebagai cikgu kerana ingin menafikan tanggapan ramai bahawa cikgu selalunya bercakap banyak.

Pada penghujung tahun 90-an, memulakan sebuah zine yang diberi nama DRSA sehinggalah ke tahun lepas, 2011. Sempat mengeluarkan 12 isu sahaja (itupun setelah mengelat sedikit). Pada masa yang lebih kurang sama, turut menjalankan Ronin Distro/Record bersama adik, yang kemudiannya dijalankan secara kolektif, untuk kolektif Community Coalition. Pada tahun 2000, menubuhkan band Karut bersama kawan-kawan, tapi tak bertahan lama. Cuma sempat mengeluarkan split tape dengan band seangkatan – Strict Tease. Seterusnya, dengan muka tak malu join band Kasih Sayang. Kemudian dijemput menyertai band Inikah Hidup.

2.       Why do you use the name Dok Rok Skepeng Abuk for your zine. It has a negative meaning, but the zine is good? Shouldn’t we be more positive towards our products/work especially in the DIY scene?
Sebuah zine mesti ada nama. Jadi, DRSA dipilih kerana terpengaruh dengan nama band DPSA. Secara jujurnya, masa tu aku langsung tak terfikir tentang maksud negative atau positif. Yang penting ada nama untuk dipanggil. Itu sahaja. Betul juga kata mung, nama sepatutnya positif, sebab ia semacam doa. Terutamanya nama orang. Nama perniagaan pun sama. Seharusnya membawa maksud yang elok.

Tapi bagi buku atau majalah atau zine (selepas ini disebut buku sahaja) mungkin boleh diberi sedikit kelonggaran atau pengecualian.Sebab pada aku, yang penting bagi sebuah buku ialah mesej yang hendak disampaikan, cerita yang hendak dikongsikan.Kalau kita nak ceritakan tentang sesuatu yang negative, takkan kita nak letak nama atau tajuk yang indah-indah. Contohnya buku Shit karangan sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Seorang sasterawan Negara dengan selamba menggunakan perkataan ‘tahi’ untuk tajuk bukunya. Sebab dia memang nak menceritakan pasal tahi. Jadi, tak ada masalah. Begitu juga dengan Kohong, nama blog aku (yang buat sekarang ni katanya expired atau kenapa entah tak boleh buka. Ada sesiapa boleh tolong betulkan?). Memang sengaja aku pilih satu perkataan yang sebegitu busuk, yang negatif (walaupun tak semua menceritakan pasal kebusukan). Sebab aku nak beritahu bahawa dalam dunia ni bukannya yang sedap-sedap, yang elok-elok sahaja yang ada. Yang buruk pun banyak. Silap-silap dalam sesetengah hal, yang buruk lebih banyak daripada yang baik. Dan mungkin ini boleh dibuat pengajaran.

Namun, boleh juga tajuk diberi dengan menggunakan pendekatan sarkastik. Orang kampung aku panggil ‘menganjing’. Itu semua bergantung pula dengan tafsiran pembaca. Jadi, anggaplah sahaja DRSA tu satu istilah penganjingan. Haha. Orang tua-tua kita dulu banyak guna sindiran, kan? Teringat aku dengan satu… er… peribahasa ke… ‘pukul anak, sindir menantu’. Menarik.

3.       What/who influenced or motivated you to start your zine? And what influenced and motivated you to keep on publishing until issue 12?
Baik, aku memang terpengaruh dengan Pang Zine #2. Itu zine pertama yang aku baca. Aku lupa aku beli kat mana. Kalau bukan di Kedai Kaset GPJ milik Ghani, ianya mesti dibeli di studio MOM milik Ku Yie. (betulkan ejaan tu kalu saloh). Masa tu, aku tak sangka ada bahan bacaan dalam underground, yang mengangkat isu-isu yang tak banyak atau tidak sama sekali dibicarakan dalam media-media arus perdana. Sexisme, rasisme, fascism – aku yakin kawan-kawan bukan underground tak tahu pasal tu pada masa tu. Banyak benda baru yang aku dapat. Kalau boleh aku katakan ianya membuka mata aku. Kemudian aku baca Suffer Age zine. Seterusnya pula kawan aku, Allayarham Syukrie buat zine Chaos PS. Lalu terdetik dalam hati aku, kalau dia boleh buat zine, aku rasa aku pun boleh buat. Jadi, aku cuba buat. Dan hasilnya… nah, DRSA.

Apa yang memotivasikan aku sehingga lahir isu ke 12? Yang pertamanya ialah minat atau passion. Walaupun ia ada waktu pasang-surut, tapi aku percaya kalau tak ada passion, DRSA takkan bertahan sampai ke tahap tu. Kawan-kawan yang senantiasa menerbitkan isu-isu terbaru zine mereka juga memberi semangat pada aku untuk meneruskan zine ini. Ini termasuklah mung, Nizang dan Mosh. Terima kasih.

4.       You’ve interviewed a lot of bands and individuals in DRSA. Give us the top 5 favorite interviews from DRSA and why you like these interview sessions?
Ah, ini aku kena belek balik semua isu DRSA nih. Sudah tentu aku suka interview yang dijawab dengan panjang lebar dan mendalam. Kita tak kata yang semua jawapan mereka betul atau salah, atau kita setuju atau tidak setuju. Yang penting aku suka baca pendapat mereka, yang kadang-kadang kita tak terfikir. Kalau interview dengan band, aku mengharapkan setiap ahli band dapat jawab sendiri-sendiri. Sebab aku suka pandangan yang pelbagai.

5.       Which issues are your favorite and also the least favorite? And why?
Kalau kena pilih juga satu isu yang paling aku suka, aku rasa aku nak pilih isu ke-7. Walaupun isu ini tak tebal, kulitnya pun pakai kertas A4 biasa je dan tak banyak terjual atau diedar, tapi bagi aku ini isu kebangkitan semula DRSA. Untuk menjawab soalan ni, aku tak bandingkan DRSA mahupun isi perutnya dengan zine lain, sebaliknya dengan isu-isu lain DRSA. Setelah sekian lama menyepi, lebih kurang 4 tahun akhirnya ia hadir lagi. Walaupun sebenarnya aku dah berniat nak matikan DRSA. Jadi, untuk isu ini, kawan-kawan sangat memainkan peranan. Maksud aku, kawan-kawan yang mengeluarkan isu-isu terbaru zine mereka pada masa itu. Aku jadi kembali bersemangat.

Aku rasa aku juga melakukan transformasi untuk isu ini.Yang paling nyata daripada menggunakan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Juga dari segi isi perutnya pun. Tak ada interview. Aku masukkan apa saja ikut suka aku, yang tak pernah aku masukkan sebelum ini. Aku tak nak cerita secara panjang lebar pasal isinya. Aku tinggalkan untuk pembaca mencari apa yang aku maksudkan.

Dan isu yang paling tak best bagi aku ialah isu terakhir, isu ke-12. Sebab tu aku matikan DRSA pada angka ke-12 ini. Bukan tak best dari segi pengisiannya. Tapi, itu perasaan yang aku rasa setelah menyiapkan isu ini. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba passionnya semakin hilang. Rasa semakin tak pandai menulis. Rasa suram je. Entahlah. Biarlah ia kekal misteri.


6.       Do your family members (parents, wife, kids) know about your zine publishing and hardcore punk activities and what are their reactions towards it?
Dulu masa aku tinggal dengan orang tua, mereka tahu aku minat muzik bising. Aku rasa mereka Cuma labelkan itu sebagai muzik rock. Mulanya mereka memang bising juga bila aku asyik dengar muzik yang membingitkan telinga. Tapi lama-lama mungkin mereka sendiri dah lali. Aku rasa mereka tak tahu pasal aku buat zine. Begitu juga dengan aktiviti hardcore punk. Aku rasa mereka meletakkan kepercayaan kepada anak-anak mereka. Tapi mereka serta kakak-kakak aku memang tahu pasal aktiviti free food serta pembahagian pakaian kepada keluarga yang memerlukan. Sudah tentu mereka tidak menghalang, malah memberi sokongan setakat termampu. Tapi kalau mereka tahu aku organize gig, aku rasa mereka tak bersetuju.

Food Not Bomb Kuala Lumpur telah menyatukan aku dan isteriku. Aku pertama kali terpandang isteriku di tepi longkang, tepi jalan berhampiran Muzium Bukit Nenas, KL semasa serving FNB. Tapi, sekadar pandang je la. Arghh… takkan aku nak cerita kisah selanjutnya. Baik, jadi bila dia sendiri (sebelum kenal aku) pernah terlibat dengan FNB, secara tak langsung dia tahu serba sedikit latar belakang ‘orang-orang macam kita’, muzik yang kita minati, arah perjuangan, serta aktiviti-aktiviti yang lainnya. Jadi, aku rasa she’s okay with it. Sebab tu dia sudi berkawan dengan aku dan akhirnya menerima aku sebagai suami. Dan selepas berkahwin pun tak ada tanda-tanda dia menghalang apa yang aku buat. Aku rasa dia hormati apa yang aku buat sebagaimana aku kena hormati apa yang dia minat (dengan keutamaan yang perlu kami dahuluilah). Aku pernah memberikan zine kepadanya sebelum aku kahwin. Jadi, pada asasnya memang dia dah tahu segala-galanya pasal aktiviti aku sebelum kahwin. Jadi, aku rasa tak ada masalah. Malah kami sekeluarga (isteri dan anak) pernah bersama-sama menyertai aktiviti kolektif Human First semasa pembahagian pakaian percuma dan dia turut memberikan tuisyen free kepada anak-anak kampung semasa serving berkenaan.

Anak-anak pula masih kecil. Mereka tidak memahaminya lagi. Maaf kerana terlalu banyak ‘aku rasa’ dalam soalan ni. Aku memang macam tu kot. Lebih selesa dengan ‘go with the flow’. Kena pandai ikut situasilah kot.

7.       Do any of your students know about your zine or have any of them read it? If yes, what are their reactions towards this activity and yourself? Do you want them to know and read your zine?
8.       Do your students know about you playing in hardcore punk bands and what are their reactions towards it?
Aku rasa aku gabungkanlah soalan 7 dan 8 untuk memudahkan aku menjawab. J. Memang ada pelajar yang tahu tentang aktiviti punk aku. Seawal tahun 2004 – iaitu tahun pertama aku bertugas, dah ada yang tau aku ada band. Ada yang bawak kaset Kasih Sayang dan zine DRSA ke sekolah (dan kantoi dengan aku). Bangga apa dapat bawak kaset dan zine cikgu ke sekolah. Kawan-kawan lain tak ada pun. Mungkin itu perasaan mereka. Mungkin sebab masa tu aku selalu lepak dekat sebuah studio di situ – Moshpit Studio. Dan kaset serta zine tadi ada dijual di situ.

Tapi kemuncaknya dua tahun lepas, yakni batch SPM 2011. Kali ini mungkin akibat ledakan internet. Klip video KS masa main dekat Cherating ada dekat youtube. Siap focus muka aku masa beri penerangan tentang lagu yang hendak dimainkan. Ah, persis dalam kelas. Malu betul menontonnya. Haha. Jadi, ada puak-puak yang tahu tentang aku. Dan ada yang mencarigali untuk mengetahui lebih lagi tentang aku. Cuma tak ada yang berani Tanya secara bersemuka. Mungkin sebab muka aku ni macam pembunuh upahan. Lebih teruk, siap ada yang menyabitkan (atau mensabitkan?) nama aku kepada bapanya. Sehingga bapa tersebut datang berjumpa dengan aku di sekolah. Ah, semua ini menjadi sejarah dan kenangan dalam hidup aku. Sekarang ini, mereka semua dah jadi sebahagian daripada kawan-kawan aku. Selalu beraktiviti bersama.

Aku ada hadiahkan cd dan newsletter kepada pelajar. Ada satu tahun tu, aku janji kepada pelajar, kalau dapat mencapai target aku dalam peperiksaan, aku akan hadiahkan cd. Alhamdulillah mereka Berjaya. Aku hadiahkan mereka cd Bollok Wok vol 3 dan cd Inikah Hidup. Haha. Aku pernah juga suakan newsletter Ronin Communique kalau tak silap. Sebab kebetulan itu je yang ada pada masa tu. Masa tu DRSA dalam tidur yang panjang. Selain itu, aku pernah tayang kan  filem pendek 10 Tahun Sebelum Merdeka. Ini pada tahun 2007. Manakala pada tahun 2010, aku tayangkan filem itu kepada kelas semasa subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (satu subjek yang aku tak suka ngajo. Haha)

Adakah aku nak pelajar-pelajar aku tahu dan baca zine DRSA? Dalam penyebaran atau penyampaian dakyah/propaganda/dakwah, ada cara terang-terangan dan juga tertutup bergantung kepada keadaan, masa dan kelompok, seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Para pelajar, seperti mana juga sebahagian besar masyarakat skeptical terhadap perkataan punk yang biasa terkandung dalam zine-zine. Jadi, aku tak rasa nak syarah pasal punk dalam kelas. Malah, nak tunjuk, ini zine, dalam kelas pun aku rasa tak sesuai. Lebih baik aku tunjukkan attitude aku, cara aku menangani sesuatu, walaupun tak semuanya betul. Bagi pelajar yang minat muzik bising, atau yang sememangnya minat muzik punk/hardcore, mereka lebih terbuka untuk menerima zine. Tapi yang tak minat muzik pun ada potensi juga untuk disogokkan dengan zine. Terutamanya yang kita kenal agak rapat. Sebab kita boleh agak yang mana terbuka, yang mana tak. Ada seorang pelajar perempuan yang memang aku sogok beberapa isu DRSA. Malah buku Punk Rock pun aku hadiahkan pada dia. Dia taklah menunjukkan minat dalam erti kata ‘nak jadi punk’. Tapi cukup dengan dia tahu apa itu punk, apa yang aku buat.  Sekurang-kurangnya dia dapat maklumat yang sebenar. Dia nak terima atau tidak, itu terpulang.

Walau bagaimanapun, batch SPM 2011 memang terbaik setakat ni. Anda tahu siapa anda. Ada satu kelas tu, hampir semua tahu tentang aku. Tak kira lelaki atau perempuan. Dan mereka memang cool. Dekat di hati. Ada yang buat band. Ada yang berminat nak menulis. Kalau ada di kalangan mereka yang membaca interview ni, teruskanlah dengan apa yang anda percaya.

  9.       Please share with us 5 of the local zines and bands that you find inspiring/interesting/unique and the reasons you like them.
Ahh, ini soalan yang paling aku tak suka. Takut ada yang kecik hati. Maklumlah, manusia ni ingatannya terbatas. Selalu lupa. Tapi, aku cuba jugalah untuk tidak menghampakan Nizang. Yang tak tersenarai tu jangan kecil hati. Aku lupa lah tu. Haha.

Baik, ini secara personal ye. Pang/Pangcore kerana ini zine yang mula-mula aku baca dan memberi inspirasi untuk aku turut menghasilkan zine. Masked Reader kerana peningkatan demi peningkatan untuk setiap isu. Semakin best dari segi persembahan dan penyampaian penulisan. Mosh kerana banyak memberi input tentang band-band terkini dan aktiviti-aktiviti yang aku tak terikuti, Conscious kerana penulisan dan penceritaan Bend yang sangat menarik. Dan tidak ketinggalan Roots kerana keberaniannnya menceritakan apa sahaja yang terlintas di mindanya, tak kira apa. Cukup 5 sebagai contoh.

  
10.   Future plan and anything to add? Thank you.
Aku tak berniat nak terus berhenti menulis walaupun aku rasa aku semakin tak pandai menulis. Namun, tak ada perancangan khusus juga. Oh, ada satu. Aku nak hasilkan kalau boleh aku katakan buku (macam poyo pula) tentang band Kasih Sayang. Dah bertahun-tahun jugak kami rancang. Sampaikan ada di kalangan kami yang dah jaded. Mula-mulanya kami rancang nak buat booklet je, tapi lebih tebal daripada album Spoon-feeding the Nation. Tapi aku tengok-tengok macam ada banyak benda yang boleh dimasukkan. Tapi progresnya sangat slow. Tak tahulah bila boleh siap. Kemudian, geng-geng Dungun Today nak buat versi cetak. Harap menjadi kenyataan. Selain daripada itu, tak ada perancangan yang khusus. Angan-angan tu ada lah. Tapi malu nak bagitau orang. Takut jadi macam Mat Jenin.

Seterusnya sama-samalah kita cuba perbaiki diri kita sedikit demi sedikit. Nasihat-menasihati, tegur-menegur. Bukan nak tunggu diri kita sempurna baru kita nak tegur orang. Pada aku, bila kita tegur orang, secara tak langsung kita juga tegur dan mengingatkan diri kita. Jalani apa yang kita percaya. Tak perlu nak ikut orang secara buta-tuli.

Semoga Mosh dan apa sahaja yang mung buat ni berterusan. Selamat maju jaya.  Maaf kerana aku jawab kot BM sebab terus terang, aku tak pandai sangat BI. Kalau aku jawab kot BI mungkin aku tak mampu nak elaborate jawapan aku sebegini atau mengambil masa yang lama untuk aku menyiapkan interview ini. Dan terima kasih kerana sudi interview. Bagi sesiapa yang nak berkomunikasi dengan apa sahaja tujuan, bolehlah emel ke drsa@rocketmail.com. Sekian. 

Sunday, August 26, 2012

Datang dan Pergi



 Hari raya setahun sekali. Ia datang dan pergi. Bukan raya saja, semua kejadian di bumi ini datang dan pergi. Semua sekali. Setiap kali hari raya, mesti berkumandang lagu di atas. Rasa aku, lagu ni adalah lagu raya yang paling popular. Dan setiap kali mendengar lagu ni, aku teringat kepada seorang kawan. Arwah Syukree.

 Aku kenal arwah tahun 96 atau 97 kot. Masa tu dia baru habis sekolah. Kami saling berkongsi stuff. Dalam banyak-banyak kaset dia yang aku pinjam, ada 1 kaset c-60 (aku lupa kaset apa - yang selalunya kosong di hujungnya) yang dhujungnya dia atau kawan dia rekod intro lagu raya ni la, guna gitar tong. Sebab tu setiap kali raya, aku ingat ke dia. Kemudian arwah buat zine. Chaos PS. Chaos Pulau Serai katanya. Pulau Serai tu kampung dia. Terpengaruh dengan Chaos KP The Bollocks.

Arwah ni seorang yang berterus-terang. Apa yang dia pikir, dia akan cakap. Dek kerana sikapnya yang ini juga, dia sering dihambat kontroversi - oleh orang-orang yang tak setuju dengan cara atau pemikirannya. Apa pun, kewujudan Chaos PS ni antara punca aku buat Zine DRSA.

 Kemudian, arwah sambung mengaji di Penang. Sambil-sambil aktif dengan FNBPP, beliau ada buat newsletter bertajuk Practice Subversive (masih mengekalkan PS-nya itu). Masa ni aku dah jarang kontek dia. Lepas belajar, dia kerja kat KL. Sejak itu memang lama aku tak jumpa dia.

 Tiba-tiba arwah balik kampung dan ajak jumpa. Kemudian seminggu lepas tu arwah balik lagi. Kami jumpa lagi. Dia tumpang aku ke satu majlis perkahwinan sahabat di KT. Akhirnya, lebih kurang seminggu lepas tu aku dapat berita dia dah tak ada. Hebat betul perancangan Allah.

 Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya tenang di sana.

Thursday, August 16, 2012

Batik

Sekarang ni pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan sibuk buat kerja kursus (yang sebenornya sibuk nak raya dah ni). Tahun ni mereka kena buka kedai pakaian. Salah satunya kena buka kedai pakaian batik dan songket. Kesian juga sebab ada antara mereka yang tidak biasa dengan batik dan songket ni. Tambah-tambah lagi pelajar Cina. Tapi, itulah maksud belajar, kan? Tak tahu, belajar sama-sama, bertanya sama-sama. Carigali ilmu tersebut. Dah tahu, kongsi sama orang lain.


Bercerita pasal batik ni, teringat pada satu pengalaman atau lebih tepatnya insiden masa aku belajar dulu. Masa aku belajar dulu, yang memaksa aku menginap di kolej, aku biasa memakai kain batik pada waktu malam, atau lebih tepatnya time nak tidur. Ya, kain batik yang orang perempuan pakai tu, yang mak-mak kita biasa pakai. Tak tahulah perempuan sekarang pakai kain atik ke tak.

Ada satu malam tu felo buat spot check. Aku yang amat yakin tidak melakukan sebarang kesalahan (kalau ada nak kena syarah sikit pun mungkin sebab banyak kaset muzik bising), tak adalah nak gabra sangat. Alih-alih aku kena syarah sebab pakai kain batik. Apa dia ingat aku ni pondan ke apa? Aku pakai masa nak tidur je pun. Bukannya turun ke kafe ke. Apatah lagi nak pergi ke Mall atau kelas.

Mungkin inilah jadinya bila kita tidak cuba memahami budaya orang. Masyarakat Terengganu memang gemar memakai kain batik. Tak kira lelaki atau perempuan. Dululah. Orang lelaki biasa pakai kain batik masa nak buat kerja kampung - pergi ke padang, tambat lembu, main wau, ke baruh, ke laut. Aku pun cubalah amalkan warisan tu.

Sebenarnya sedap juga pakai kain batik ni. Terutama masa nak tidurlah. Lawas (selesa) yang amat sangat. Sistem pengudaraan yang sangat baik. Ekonomik pula tu. Lebih murah berbanding seluar trek Cheetah atau Forest. Kecuali kau beli seluar trek bundle.

Salam Idul Fitri. Maaf zahir dan batin.

Sunday, July 29, 2012

Right Hand Give



 Sehari sebelum puasa, aku berpeluang menjadi tetamu di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Untuk menunaikan Solat Jumaat. Seperti selalu, masjid ni sesak menjelang Solat Jumaat. Sebaik melangkahi pagar masjid, kelihatan orang berkerumun di bawah satu kanopi. Terdetik di hati, entah apa yang dijual atau dipamer. Aku merapati kelompok manusia tersebut. 

Ini memang satu senario yang hebat. Rupa-rupanya mereka berebut-rebut untuk menderma - Wakaf al-Quran. Tua muda sama naik. Seolah-olah mereka berebut-rebut untuk mendapatkan pahala. Subhanallah. Semoga keadaan begini bertebaran di merata tempat, di kampung-kampung.

Saturday, June 16, 2012

D.I.Y #1

Dulu masa kecik-kecik, emak selalu juga menjahit. Baju raya anak-anak dijahitnya sendiri. Aku tak pasti sama ada itu sekadar hobi atau satu keperluan hidup pada masa itu. Minat menjahit turun kepada kakak yang sulung. Rasanya dia juga pernah buat baju raya untuk adik-adik. Jadi, dalam persekitaran tu, sedikit sebanyak timbul rasa nak mencuba dalam diri aku. Kalau tak silap, pernah juga berlaku kerosakan kecil pada mesin jahit angkara aku.

Ini (gambar di bawah) adalah hasil jahitan aku sendiri. Tapi, ini bukan yang pertama. Dulu masa aku bersekolah menengah, aku pernah buat beg cerut yang biasanya ada gambar-gambar band rock zaman awal 90-an. Tapi, beg ni aku buat pada tahun 1999. Dah 13 tahun usia beg ni. Kalau orang, dah masuk darjah satu. Jahitannya taklah kemas sangat. Semua material adalah bahan recycle. Oh, kecuali zip kot.




Kain utama (aku tak tau nak panggil apa part ni) aku guna semacam 'bunting' iklan kasut kalau tak silap. Kainnya agak tebal. Sangat Sesuai. Lepas tu aku sapu dye hitam. Poket depan, belakang tu aku ambil daripada seluar 'ko-k' sape entah masa belajar di IPT dulu. Entah seluar sape aku tengok macam tuan dia tak nak je. Stripe aku ambil daripada beg yang rosak.

Lepas tu aku hias dengan patches. Pada stripe (gambar atas) aku tempek patch 'rohock crew' yang ditulis tangan oleh Apihrawk. Patches Carburetor Dung dan eco-blood aku beli dari Lee (Carburetor Dung masa tu) dekat gig di Lips Boom Boom, Kuantan, kalau tak silap. Patch Boycot aku dapat dari Pam Runtah. Manakala Dislord aku dapat dari Ryuji Asada Battle of Disarm. Button RATM aku jumpa tepi jalan di KL (aku dah lupa nama tempat tu. dekat rumah sewa Ibrahim Ganyang dan Piesay tahun 2001). Zip dah terkoyak sekali. lepas tu aku jahit tangan je. sebab malas.

Itu dulu. Sekarang ni, nak jahit seluar koyak atau butang tercabut pun suruh isteri. Mim alif lam sin punya pasal.

Saturday, May 19, 2012

Jalan kaki - Berziarah - Memori - Sihat

Dua bulan lepas, tahap kesihatan aku sedikit kurang memuaskan. Perkara yang sebelum ini tidak pernah aku rasa dan alami, berlaku ke atas diri aku. Sedikit merisaukan aku. Tambah-tambah, ia berterusan. Mungkin ini yang menyebabkan tekanan darah aku sedikit melepasi tahap normal.

Aku cuba berkongsi hal ini dengan teman-teman. Dalam banyak-banyak maklumbalas, aku nak kongsikan pula satu maklum balas tersebut (maklumbalas ni sebenarnya 1 perkataan ke dua perkataan?). Seorang teman kata aku kurang bersenam. Itu punca kesihatan terganggu. Aku setuju. Memang aku kurang bersenam dalam ertikata bersukan atau joging sekalipun. Tapi, aku katakan padanya aku banyak berjalan kaki. Pada aku, berjalan kaki pun bersenam juga. Namun, aku mendapat maklumbalas yang sinis daripadanya. Seolah-olah dia menafikan yang berjalan itu satu senaman.

Sebenarnya aku memang pernah terbaca yang berjalan kaki itu juga sejenis senaman. Tapi, oleh kerana pembacaan aku itu dah lama dan aku tidak pegang kemas-keming, aku jadi tidak yakin untuk meyakinkannya. Aku perlu membuat rujukan balik. Hasilnya, memang banyak artikel yang kata berjalan laju, sederhana, hatta perlahan pun boleh menyihatkan badan. Nah, ia mengembalikan keyakinan aku.

Sebenarnya, minggu lepas, untuk menyedapkan hati atau sebagai langkah pencegahan awal, aku ada pergi membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh yang dikendalikan oleh Pathlab. Hasilnya, alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Bahkan, selepas darah diambil untuk ujian tersebut, aku rasa 'sedap tubuh' sikit. Mungkin lepas ni aku kena amalkan derma darah atau berbekam. Dan bila aku tanya kenapa aku rasa sakit-sakit yang tak pernah aku rasa sebelum ni, dia jawab mungkin sakit urat.

Orang Eropah ada buat kajian pasal jalan kaki. Kajian menunjukkan bahawa didalam otak terdapat satu bahagian yang berfungsi sebagai penyimpan memori yang akan membesar apabila latihan berjalan kaki itu dilakukan. Kita pula dari dulu lagi digalakkan berziarah. Ziarah orang dulu-dulu dengan berjalan kaki. Tapi kita jarang ambil iktibar. Jarang buat kajian. Lebih suka ambil hasil kajian orang Barat.

Wednesday, May 09, 2012

Seperti Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Salah satu peribahasa orang tua-tua kita. Ibu ketam yang jalannya ke tepi tetapi ada hati cuba mengajar anaknya berjalan dengan betul. Inilah yang dipertikaikan. Ada yang kata si ibu perlu memperbetulkan jalannya terlebih dahulu sebelum ia membetulkan jalan anaknya.


Perlukah kita menunggu sehingga diri kita sempurna, kemudian barulah kita boleh menegur, menasihati atau mengajar orang lain? Kalau begitu, haru-birulah dunia ini. Bagaimana pula dengan ibu bapa? Semua ibu bapa mahukan kehidupan anak mereka lebih baik daripada kehidupan mereka. Kalau begitu, nak tunggu mereka sempurna baru mereka boleh mendidik anak-anak mereka? Mana ada manusia yang sempurna sekarang ini. Nak tunggu kiamat?


Memang betul, seboleh-bolehnya, secantik-cantiknya kita memperbetulkan diri kita dahulu sebelum menegur orang lain. Itu yang sebaik-baiknya. Pun begitu, tak salah kalau kita nak menegur orang  walaupun diri kita tak berapa betul. Proses pengajaran dan pembelajaran itu luas dan pelbagai. Kita tak betul, seboleh-bolehnya kita tidak mahu orang lain ikut jejak langkah kita yang tak betul. Tidak buat kesilapan yang sama. Ambil iktibar. Pada aku, peribahasa ini sedikit menghalang orang buat baik.


*Dipetik daripada  DRSA#7, Ogos 2006

Saturday, March 17, 2012

Adegan Yang Ingin Kita Lihat #1


Buka peti, niat nak minum susu 'segar'. Bila tuang ke dalam cawan, dapat 'patak' je. Dia hampa. Menangis sekejap. Lepas tu buka peti lagi, ambil susu pekat, buat air susu sendiri.

Monday, March 12, 2012

le savoir est une Arm

"Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu itu akan menjagamu, sedangkan harta, engkaulah yang menjaganya."

Friday, February 03, 2012

Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.

Jangan beri sedekah kepada pengemis - itu kenyataan seorang menteri. Kononnya untuk membenteras pengemis-pengemis di bandar-bandar, yang katanya mencacatkan pemandangan dan malu kepada pelancong asing. Lebih baik derma kepada badan-badan NGO atau rumah-rumah kebajikan, katanya lagi.

Menteri kat Malaysia ni macam tak ada kualiti. Keluarkan kenyataan seolah-olah tak berfikir. Macam orang sembang kedai kopi. Dia lupa ke dia tu siapa, kapasiti dan tanggungjawab yang dia ada? Kalau setiap masalah kita suruh orang lain yang selesaikan, baik tak payah jadi menteri. Masalah pengemis, suruh orang ramai yang selesaikan. Tak bijaknya.

Aku rasa kalau suruh budak SPM buat karangan bertajuk "Mengatasi Masalah Pengemis", aku rasa idea mereka lebih baik dari menteri tu. Sepatutnya, dia yang ada kuasa tu, boleh bawa dan bantu pengemis-pengemis tu dari segi tempat perlindungan, kerja, pendidikan, kemahiran dan lain-lain. Secara tak langsung boleh membantu membangunkan modal insan, dan seterusnya menggerakkan ekonomi negara. Duit banyak, tapi habis kot lain.

Apa guna ada kerajaan, kalau semua masalah rakyat yang selesaikan sendiri?

Thursday, January 12, 2012

Ini Dia


Buku setebal 136 muka surat yang menampilkan tulisan mengenai PUNK ROCK dari 10 orang punk rocker -  Nor Hafeez (Abstained Agogo), Zach Van Alley (A Dream) Fazri Mohd (DRSA), Mat Yie (Semenanjung Register), Francis Wolf (Spunky Funggy), Ahmad Nizamuddin (Mosh), Dhani Ahmad (Sebutir Bintang Merah), Azaruddin Paiman (Roots),Sabri  (Narrator) & Iznan Rafa(Lorsa); SUDAH SIAP untuk anda miliki. Cuma perlu bayar RM20 (harga termasuk kos penghantaran) untuk sebuah buku. 

Cara memesan buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
Hntarkan emel ke: drsa@rocketmail.com

Saturday, January 07, 2012

Adegan Yang Tak Ingin Kita Lihat #1

Pelakon Lagak Ngeri : Nur Irish Irdina bt Fazri
Lokasi : R&R Machap
Tarikh : Hujung November Rain 2011

Sunday, January 01, 2012

Today Your Love, Tomorrow The World



 Malam tadi terima satu sms daripada seorang pelajar tingkatan 5 2011, berbunyi:


"Geng, hari ni, hari terakhir 2011. Besok dah nak masuk 2012. Wa akan ingat seribu kenangan bersama lu orang semua pada tahun ni. Tahun 2011 memberi sejuta erti bagi gua. Selamanya akan gua ingat. Sebarkan sebanyak yang mungkin pada insan yang terkancip sebelum pukul 11.59 malam ni. Supaya 2011 kita  masih ingati"

Aku sedikit rasa terharu. Aku seorang daripada insan yang diingati di kalangan kawan-kawan dia, walaupun aku yakin, aku bukan yang terbaik bagi dia (atau dia tersalah hantar? kahkahkah). Aku tau, kadang kala aku buat dia tertekan dan membara dalam hati. Dan dia hampir-hampir quit dari kelas aku.

Aku memang banyak kenangan dengan dia. Aku mula mengajar dia masa dia form 1. Kemudian, aku masih mengikuti perkembangan dia walaupun aku dah tak mengajar dia selepas tu. Dia sedikit nakal. Biasalah, budak-budak melangkah ke alam remaja. Dia tingkatan 4, kami bertemu kembali di dalam kelas. Sedikit rebel pada awalnya. Tapi dia pelajar baik. Amat ketara perubahannya menjelang pertengahan tahun lepas. Aku percaya, dia akan berjaya suatu hari nanti.

Malam tadi juga, aku ada add seorang bekas pelajar tahun 2010 di fb. Aku tegur (baca: menyapa, bukan memberi teguran) dia.  Dia balas:

"ngeee ~ cg egt g sayee ? haha . egtkan cg egt sep2 hop xpert akaun je . ;p . thnxs cg ! :)"

Aku tak bezakan pelajar mengikut kepandaian mereka. Aku cuba layan mereka semua sama, terutama dalam kelas. Yang paling ditakuti dan nak sangat elakkan ialah ada pelajar rasa aku pilih kasih. Mintak dijauhkan.

Semoga semua mereka, dan kita semua berjaya dalam hidup. Selamat tahun baru.

Monday, December 19, 2011

Kema (Kecik) Bercakap Pasal Scene Dungun

Inilah dia Kema. Di Dungun ni ada 2 orang yang dipanggail Kema. Seorang lagi Kema lebih besar dari Kema ini. Jadi, Kema ini digelar Kema Kecik. Kita Suruh dia cerita dengan lebih lanjut tentang diri dia (*amaran: jawapan banyak guna tatabahasa Terengganu. Aku malas nak edit).
hahaha, orait. saye kalu ikut name ic la, Mohamad Iqmal Hafeez bin Mohammad. duk dungun dkt skoloh IZ. ade awek doh. HAAHAHAHA! kalu ikutkan lepas abis sekoloh menengoh, ambe gi plkn 3 bulan dinung. lepas habis tu, ambe start krije dkt cc ADNET, sblum masuk blajar UiTM Machang selama 3 tahun + 1 sem. Hahahahahaha. Pah pade abis blajar (sekarang) kerje dkt warung mok ambe (saya). Warung pagi tepi asrama skoloh IZ jual nasi lemok. Sapa lah sekarang ni. kemungkinan sambung blajar tahun depan. Insyaallah. 


Sambil2 tu saye bergiat dalam sukan papan luncur kalu org putih panggil skateboard. aktif pon slps habis blajar UiTM aritu, sblum2 tu dok sungguh pon (tak serius). kalu nok ikutkan, mmg hok mende sy brahi (suka) la ni, Skateboard. termasuk jgk band, gig, musik ni. kalu membace tu, atas mood saye lah nok bace ke x. Kalu rase sangat2 nok bace, sy bace. tapi leni banyok dlm internet contoh dlm blog2 ah. kalu napok menarik, sy bace. kalu hok cm zine ni, cnth trdekat sy rase menarik mata, DRSA lah (ni saje jek a.k.a bodek je ni - ed). hehehe.. selain tu, sy leni sdg cube nok start bisness clothing saye dgn member2 skate saye. cubaan jugok wak design baju2 hok menarik org2 mude zmn skarang lah. dok panda mane, kadang cube untuk berdesign. Ia dipanggil DGNClothing. singkatan DGN tu adalah Dungun, ramai org ingat DGN tu beri maksud lain. mcm hok company luar mcm DGK = Dirty Ghetto Kid. tapi DGN = Dungun. Hehehehe. cuba untuk wak kluor name Dungun ni ke mata dunia. kalu jadi, jadi lah. hehehe. Bab minat tang musik pulok. banyok genre sy dengor doh. kebanyokkannya hok org putih lah. kurang sy layan band malaysia. ade hok certain2 jer sy dengor. mcm Carburetor Dung, CockSayCockDung, The Vok, KOMPLOT, Skunkfix, onyourside dan ade ag ahh.. hahaha.. pah (seterusnya) sy brahi jugok gi jamming, dengor, bukang dengor lagu saje lah. try tuk main lagu2 hok sy dengor tu dgn member2 rapat dekat2. terbitlah band sy hok (yang) mule2. Seliparjpunk sy main dram. asalnya sy hanyelah tukang manage jer. tapi disebabkan TORK xleh main dram lagu yg saye buat, sy terpakse la main dram untuk band tu. Lps sy acak (kerap) jamming, sy jumpe dgn kawan sy sorg ag tuk keluarkan satu lg band Darkness Emissary main stail Deathcore mcm Carnifex, Whitechapel. Start pd tu, sy serious main dram sbb sy mule mencari skill2 tuk main dram secomelnyer. hahahaha. then mari pulok Kemabesor ajok buat band D-beat dgn dia. name band tu dok tetap sokmo. hok terbaru ni name ye OverCharge. Hahahaha !! sekarang pon sy jadi sessionist untuk 2 band. Remorse From the Cursed (drummer) dgn On Your Side (bassist). panjang salam kenalan.. 


sebab apa mu byk dengar band luar berbanding local band? Apa local band itu tidak bermutu dan tidak best?
Darkness Emisary
sy banyok ambik influence band luar untuk buat lagu. sbb tu sy banyak dngar lagu band luar banding dgn local. sbb nk dptkan perbezaan dari band2 local kite. kalau sy dengar band local banyak, then influence pon ramai local, mmg org xkn lyn la musik sy. sbb sy akan dikatekan meniru style mrk. tu sy banyak ambik lagu2 luar tuk didengar. nok diri same tinggi dgn band2 lain, kene bwk mende lain dari mrk. kalu kite ikut mrk, kite duk bowoh die lah. dok g mane.

ade hok bermutu dan best, dan ade jgk hok dok bermutu dan dok best. atas masing2 ah cikgu. hahahaha!! stakat ni, bg saye, band2 local panda mikir doh. kalu de nok market, kene la bwk kelainan dlm scene. mrk start nk mikirkan sound dan style mrk sndiri. koho beh ah leni.

Apa yang aku nampok, scene dungun ni bagai terbelah dua. Metal/hardcore dengan punk. Mu nampak guane? Ke perasaan aku je?
terbelah dua? tak mungkin berbelah dua sbb metal/hardcore dgn punk tu sejenis genre musik shj. mungkin dari segi pemakaian, attitude yang menampakkan dua genre ni terbelah dua. pd asalnya, xde pecah belah. contoh, kalu seliparjpunk or the goodnitegoodies buat show, dorang akan support dan same jgk mcm mad monster's attack, wlaupn xlepak satu meja, dorang akan headbang jgk. tunjuk support dorang ke band2 yg ad kat dungun ni. bg saye la. tu bukan perasaan cikgu, mmg betul nampak mcm terbelah dua. tapi itu dari lifestyle masing2. ade yg boleh tegur ramai org, ade yg style malu2, ade yg tunggu ditegur baru berkawan. tapi, kalu dlm gig/jam session, dorang unite. mungkin time lepak, nampak terbelah la sikit xbnyk ponnng, kalu tegur sapa, kene topic, kedai tutup pon lepak agi. hahaha!!

Betul jugok tu. Aku sendiri pun segan nok tegur. Boleh ke orang dok kenal, ye kata aku sombong. Pemalu = sombong? Aku teringin nok tengok kita ada sebuah keluarga besor, yang erat dan mesra. Buat aktiviti sama2, lepak sama2, tolong menolong satu sama lain. Mampu ke ni jadi kenyataan? Bila agok? Hari ini, atau tidak sama sekali? haha
boleh. atas diri masing2 la cikgu, ade org kate gitu stail org tu sbnrny malu nk bertegur, tapi biase lah, mulut org mmg akan ngate la ke org hok dok tegor tu "sombong sangat jong ni" padahal dia tu pemalu. hok jenis reti bahase dia akan pikir dulu dgn moleknyer. baru la buat keputusan. kate org tu pemalu or GONG (sombong). pemalu xsame skali dgn sombong. pah pemalu ni ade banyok jenis pemalunye. malu2 wak keras (wak2 mcm xdok mende) & pemalu yg nusuk bowoh (menyorok bawah) kain (hokni mmg pure pemalu ni). sombong pulok, bile kite tegor, layanan tu boleh kate 10% jer dia bagi. kalu sombong yg amat, bukan snyum, angkat kening pon xmboh (tak mau), sentuh kulit pon kesat (sapu) smula. mcm org kate Halo Effect (first eye sight on a person) dokleh nok kate betul gok, kadang tu, masa mule2 kenal nampok dia gong, padahal dia dok gong. gitu lah keadaannya. hahaha. boleh3. mende tu boleh jadi kenyataan cikgu, sbb. pd asalnye, sek2 (awak-awak) sliparjpunk pon xkawang mane gok nge sek2 metal/hardcore. nok kire, baru ngat lagi kawang ni, kire skarang ni, hok napok la.. baru nok start merapat kan hubungan dgn hok alik beloh punk ni. boleh sangat2 lahhh. agok2 sy la, dlm mase yg terdekat ni, mungkin dop, nampok mcm relationship ni baru sapa tahap pengenalan, mungkin lps2 ni, bleh jadi big family yg kumpul scene2 kat dungun ni. mende gini, ambik mase gok cikgu..

OverCharged & kwn2
mungkin satu hari mu blh jadi moderator atau org tgh utk menyatukan semua. buat satu aktiviti ke. ada cadangan?
Hahahaha, hok tu beban yg besor tu. bg sy la. stakat nk ajok lepak buleh la tapi nk buat satu aktiviti, susoh siket, kene mikir bnyk. hahaha!! i don't hv pure leader blood. hahaha!! kalau nk bg cadangan boleh jgk. macam 9hb 12 lepas. buat jamming session. nampak org saling bergaul, yg xkenal jadi kenal. yg kenal jadi makin rapat.

aku ada gok lalu kot skate park. tp tak rajin lagi tgk ada org main. aku ingatkan dah pupus? bila nak buat skate comp ke, demo ke?
bakpe x doknyer cikgu, lalu pukul brape tu? org paling awal pergi pon pukul 4petang. kalu lalu pagi or tengah hari, xde org main lagi lah. takut hangus. sy pon g kul 4stngh lebih lepas2 asar. ikutkan everyday la ade. kecuali hari hujan. xpupus lagi, makin bertambah org, dan makin dok (tak) muat skatepark sbb ramai sngat main. pasal skate comp, haritu, ezzie(MMA) ade ckp nak buat SkateJam, sambil2 skate comp, band main kat tepi. agak2nya bulan 1 tahun depan gok la. sining, napok lah aktiviti siket scene dungun. sambil2 tu buleh nok jual baju, air ke, makanan. hahaha!! tp tu kne tanye ezzie dulu la. SkateJam ni brlangsung 3 tempat, Skatepark Dungun, Skatepark Batu Buruk dgn Skatepark Kemaman. tp tu baru sketch shj. dok susung comel ag. dapat kelulusan, mmg wak jalan ah. mase skatecomp tu, demo pon turut ade jugok skali. Insyaallah jadi sume ni, pakat kupul blake awok2 bg sokongan.

pernah dgr pasal occupy? tau dok kite pernah buat #occupy Dungun?
xpernah tapi lepas haritu yg #occupy Dungun tu, baru tahu ape mksud occupy and how it works. wlaupon xtahu sepenuhny maksudnye. tp tahu la sedikit xbnyk. hahaha! tahu pernah buat, tapi x gi haritu, ade masalah sikit. Hahahahaha. brase nk g, tp xleh tinggal umh. hahaha!!

Cadangan dan pandangan anda untuk memantapkan lagi scene Dungun?
Cadangan ehh, xtahu la, sy napok skarang comel doh. xperlu mcm2 sangat ah.. nanti org kate, bosan pulok. pah buat, pahtu buat pulok pah buat, buat lagi. cam gig, xleh acak2 (kerap) sangat, nanti org bosan. scene Dungun ni dah kira okay, xkn bagi mati ahh. xpun ditelan oleh sek2 mat rempit dan sekutuny. HAHAHAHA!!

Ada nak tambah apa2 lagi? berkenaan dgn apa2 sahaja yang rasa boleh di kongsi?
Xde doh rasenyer... cume, nok beringat lah ke kawan2, kalu naik doh atas, jangan tinggal saing2 hok bowoh. ingat lah sokmo, xdok saing2 ni dok naik mu pah ke atas. mu hok naik atas tu, boleh tolong org naik skali mcm panjat bukit ah. aku tlg mu naik dulu, nanti mu tlg aku naik etek (sama). pahtu, insyaallah kalu jadi skatecomp nanti, mari la rama2 support event ni. scene dungun dok akan pecoh2. kekalkan mcm gini sedak doh.

Terima kasih di atas masa dan kerjesama yang diberikan. more power to you. selamat maju jaya.
Hahaha!! same2. kalu cikgu ade nok wak event, royak ah spatoh ke saye, sy ajok ah wak rama join skali. :)




Friday, December 16, 2011

Tiada Bohong Sunat


Soundtrack untuk entry


happy meal?

Mungkin kita terlupa atau terleka - di saat kita makan macam-macam pesen makanan, ada orang berlapar sebab tak ada makanan; di saat kita membuang sisa-sisa makanan yang berlebihan kerana menurut nafsu makan, ada orang menyelongkar tong sampah untuk sesuap makan. Mungkin situasi ini tidak berlaku di sekeliling kita. Tapi ia berlaku, bahkan di negara kita.

Bila ada yang berkata:

  • Makanan adalah hak untuk setiap individu, bukan eksklusif untuk orang-orang tertentu sahaja; bunyi macam karut. Tapi kita boleh lihat, makanan-makanan tertentu sinonim dengan golongan tertentu. Dan ada orang seolah-olah tidak berhak untuk mendapatkan makanan tertentu.
  • makanan di dunia ini terlalu banyak dan mencukupi untuk semua orang. Tapi kenapa masih ada yang kebulur atau terpaksa mengikat perut kerana tak cukup makanan? Ketidakcukupan makanan satu pembohongan?
Maka, sebab itu ada yang berkata:
  • Kemiskinan adalah satu bentuk keganasan, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan bukan bersifat semulajadi.
  • Kapitalisme menjadikan makanan sebagai sumber keuntungan, bukannya sumber nutrisi.
  • Kita perlukan komuniti, bukan kawalan.
  • Kita perukan rumah, bukan penjara.
  • Kita perlukan makanan, bukan bom.
Semua perkara yang berlaku ada sebab dan musabab, kan?

Lirik soundtrack:
Song for Jessie

Home is where I rest my head, I lay down and fall asleep. But I can't stop thinking that you've gotta sleep out in the cold.
There ain't no place like home.....
I feel ashamed that I feel secure my ass in safe hands. Four walls around me and a key to lock the door. A newspaper to feel warm and you find sleep on the floor safety vs sickness, security? I'm priviliged!

Wednesday, December 14, 2011

Is It You?

Tengah-tengah kumpul beberapa isu lama DRSA untuk diberi kepada seorang kawan, sambil-sambil aku belek zine-zine tu. Bila dah belek-belek tu, rasa nak baca balik. Bila dah baca tu, aku terfikir, aku ke yang tulis ni? Kadang-kadang macam tak ingat, aku ada tulis ke pasal ni? Kadang-kadang rasa, boleh tahan jugak tulisan aku ni. Kah kah kah.. sori geng, rasa terkoya + syok sdiri jap. :P