Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, May 14, 2006

Mencegah Kemungkaran

Terdapat tiga cara mencegah kemungkaran iaitu:
a. Mencegah dengan tangan.
o Dengan menggunakan kuasa yang dimiliki.
o Contoh pemimpin menutup pusat-pusat perjudian dan maksiat.
o Setiap orang hendaklah menggunakan kuasa masing-masing bagi mencegah kemungkaran yang berlaku.
o Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: setiap orang daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya.
b. Mencegah dengan lidah.
o Mencegah kemungkaran dengan lisan atau percakapan seperti memberi nasihat dan pengajaran.
o Mengubah dengan lidah adalah tahap kedua setelah seseorang itu tidak mampu mengubah kemungkaran dengan tangan.
o Contohnya memberi nasihat dan teguran kepada mereka yang terlibat dengan kemungkaran.
c. Mencegah dengan hati.
o Membenci perkara yan mungkar.
o Merupakan cara yang ketiga dan paling lemah sekali.
o Contohnya menunjukkan rasa kurang senang terhadap sesuatu perkara mungkar dan menjauhkan diri daripada bergaul dengan pelakunya.

No comments: