Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, March 21, 2007

At Least I Speak

At Least I Speak... nama sebuah band yang mula-mula aku dengar 2-3 tahun yang lalu. Pada waktu itu sehingga tahun lepas nama itu tidak memberi maksud yang mendalam pada aku. Dan pada waktu itu, band ini agak 'naik', selalu mendapat undangan beraksi di gig. Malangnya sehingga tahun lepas juga aku tidak berkesempatan melihat aksi mereka, bahkan mendengar lagu mereka.
Di sekolah, guru-guru mata pelajaran Matematik, Sains dan beberapa subjek teknikal dipaksa mengajar dalam Bahasa Inggeris. Kursus-kursus yang tak berapa intensif pun diadakan di seluruh negara. Maka menggelabahlah guru-guru ini (termasuk aku, dan terutamanya guru-guru yang lebih berusia) kerana mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Kecoh satu Malaysia mengenai isu ini serta pelaksanaan dasar ini.
Di kantin, guru-guru perempuan mula mengerumuni makanan sambil bersembang pelbagai isu. Aku dengar seorang guru sains bercakap menggunakan bahasa Inggeris yang berterabur. Lantas seorang kawannya menegur (atau mengejek, aku tak pasti). Lantas guru sains tersebut membalas "At least I speak". Aku jadi terfikir.
Ya, at least we should speak in any form, on any subject. Aku baru mengerti maksud mendalam frasa tersebut - at least i speak

No comments: