Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Monday, March 19, 2007

Pian Biang

9hb Mac 2007 bermula cuti sekolah bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah selama 9 hari. Bermakna bermulalah pian (musim) biang. Pian di mana dua insan bersatu secara ‘sah’. Pian melahirkan jiwa baharu. Pian menyemai benih-benih manusia. Cuma sekarang ni cuaca panas pelik. Bimbang benih-benih tadi tidak mampu bertahan dan mengeluarkan pucuk muda.
Bagi aku pula, seawal 10, 11 dan 12hb dah ada ‘panggilan’, atau ada yang memanggilnya ‘makan pulut’, ‘makan gulai’ dan macam-macam lagi. Senang kata jemputan kenduri kahwinlah. 10hb, kawan kita, Mohd Sukri b. Salleh atau glamer dengan panggilan Matyie DakootyRoaches telah selamat diijabkabulkan dengan Sh. Noor di Gambang, Kuantan. Aku tak sangka kad jemputan Matyi ni menjadi buah mulut kawan-kawan kerana kad tersebut telah ‘di-design’ sendiri. Sehinggakan Faisal sanggup turun ke Kemaman untuk melihat kad tersebut yang disangkanya tidak tipikal seperti kebanyakan kad jemputan. Apa-apa pun Alhamdulillah, dah selamat kawan kita ni. Kawan kita yang lain bila lagi?
11hb bekas pelajar aku yang kahwin. Baru berumur 19 tahun. Perempuan. Tapi tak hairanlah, empunya badan tu cantik. Memang mudah disunting orang. Tapi, kawan sebelah kelas dia dulu (juga bekas pelajar aku) lagi best. Dengar khabar sekarang dah ada anak. Tapi dia kahwin dulu tak jemput aku. 12hb ada dua tempat. Satu tu adik bekas rakan sekerja, yang satu lagi tu bekas rakan sekerja yang lain. 16hb, anak sepupu yang kahwin. Ini stok kena pergi awal pagilah ni. Kena rewang. Itu belum campur ‘panggilan’ yang tak dapat pergi – di kampung sebelah Johor sana. Sebab cuti ni tak balik Johor.
Cerita malam pertama pun macam-macam yang aku dengar. Daripada yang mitos hinggalah pengalaman kawan-kawan sendiri. Seorang kawan tu cerita, bila malam pertama kawan kita kahwin, dia hantar sms dalam pukul 11 malam macam tu. Saja nak tahu tengah buat apa tu. Jawab kawan kita tu “tengah mengaji ni bos”. Aku pun ada jugak hantar sms kat dua orang kawan kita. Yang sorang tu 3 hari kemudian baru balas. Yang sorang tu buat masa sekarang belum balas.
Apa-apa pun selamat pengantin baru buat semua pengantin. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak-cucu, ke akhir hayat.

1 comment:

jiwajasa said...

haha~! pian biang? macam nama bagus untuk satu kugiran,kan..? :p