Biasa dengar peribahasa di atas kan? Dan aku yakin kamu tahu apa maksudnya (kalau masih ada yang belum tahu tu, sila bertanya ye). Arakian, bagaimana pula dengan peribahasa di bawah ini.. pernah dengar?
“Babi di kandang takut nak tembak, manusia di jalanan parah dibuatnya.”
Tahu apa maksudnya itu? Nak harapkan mereka ini ke menjaga kita? Apa untungnya menjaga kita? Bukan dapat apa-apa pun. Dapat penat je. Nak harapkan mereka ini ke membela kita? Jangan bermimpi!
Isu babi mereka boleh bertolak ansur, tangguh-tangguhkan tarikh sedangkan banyak kali telah diberi amaran. Ni nak dengar ceramah pun tak boleh sedangkan awalnya diberi kebenaran. Saat terakhir dibatalkan. Kenapa? Orang macam ni ke kita nak jaga, nak bela kedudukan mereka? Hah, kalau dah tak suka, dah bosan, jalankanlah tanggungjawab anda sedikit masa lagi (bagi yang berumur 21 tahun dan sudah mendaftar le. Yang belum tu boleh sembang je le.)
No comments:
Post a Comment