Di sini diperturunkan sepotong-dua perbualan aku (yang saja-saja aku tambah) dengan orang-orang penting dalam negara (yang dipetik dan diolah daripada akhbar) – so called VVIP (?) tak termasuk aku la. Aku DVVT je.
Ketua Hakim Negara : Tahun ini kita sudah 50 tahun merdeka. Sudah sampai masanya
kita guna undang-undang kita sendiri. Common Law yang kita
guna pakai sekarang ni sudah tak sesuai lagi.
Aku : Betul tu! Aku setuju sangat dengan pemansuhan Common Law.
Tapi… undang-undang kita sendiri? Mampu ke kita buat? Ye la,
undang-undang manusia buat mana nak sempurna.
Peguam Negara : Iye… Common Law dah tak sesuai sekarang. Undang-undang
yang paling sesuai dengan situasi kita sekarang ialah undang-
undang syariah!
Aku : Ooo… itu ke maksudnya? Kalau begitu, memang setuju la aku.
Alhamdulillah. Lega hati aku. Memang betul tu. Sudah sampai
masanya kita berubah. Dah ada undang-undang yang hak, yang
sepatutnya kita dirikan, kenapa nak ambik orang punya. Kita
mesti berani buat perubahan. Apa nak takut. Negara kita, hak kita.
Kita tahu itu betul, kan? Buat je la. Pedulikan orang. Nanti lama-
lama bila orang lain dah nampak kebaikan undang-undang
Syariah baru diorang senyap. Betul tak? Tapi berani ke diorang ni
nak buat perubahan macam gitu? Nanti apa pulak kata Barat,
nanti teruk kena hentam dengan kumpulan hak asasi manusia ni
karang. Macamana nak jawab. Aku rasa diorang tak bera…
Tak sempat aku habiskan ayat terakhir aku, aku tengok dorang dah jelling semacam kat aku. Ni kalau aku tunggu lama lagi kat situ dan habiskan ayat aku, ada tembus dada aku ni karang dek kerana jelingan tajam diorang. Apa lagi, aku pun blah la.
No comments:
Post a Comment