Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Saturday, March 22, 2008

Gothic tu apa ye?

salam sejahtera.
dah lama tak menulis di sini ni. sejak hujung tahun lepas. bukan apa, mula tahun ni internet kat sekolah aku pakai netschool. banyak betul web kena block, tak boleh masuk. salah satunya sebarang blog tak boleh masuk. sekarang ni kebetulan aku ada kat cc.konon nak cari bahan skit. kalau tak takdenya aku nakgi cc.
okeh.. bebaru ni aku dengar radio Trg.Fm. lepas zohor.biasanya lepas zohor dorang akan siar ceramah agama. untuk peringatan!kebetulan hari tu ustaz tu cakap pasal gothic.beliau cakap kalau tak kenal ada satu band nama my chemical romance maknanya orang tu dah tua, dah tak sempat ikut perkembangan semasa. beliau berkata lagi, MCR ni band gothic, dengan celaknya, dan pakai baju macam jerangkung/mayat. kemudian beliau nasihatkan pendengarnya ketika itu yang aku rasa budak2 ipt mana ntah.. kalau nak buat band gothic pun jangan guna nama org putih.. guna nama melayu.. Batu Nisan ke.. tu antara nama yang beliau sebut. yg lain aku tak ingat. ada maksud di sebalik tu sebenarnya.
rupa-rupanya dah banyak band yang guna nama melayu.. Malaikat Maut, Azzab Sengsara dll yang aku tak dapat ingat buat masa ni.
persoalannya.. adakah nama tersebut betul2 mempengaruhi pemikiran dan tindak-tanduk ahli band berkenaan? wallahua'lam.

1 comment:

stam said...

Kimia Romantikaku memang nama yang gothic habis