Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Monday, June 23, 2008

MENGEMBALIKAN PUNK SEBAGAI ANCAMAN


Johor Bahru, 5 Jun 2008 – Sebuah zine yang dikenali dengan Roots yang isinya banyak berbaur sentuhan emosi dan kadang-kadang mengarut dan menyayah dan kadang-kadang bernas telah berjaya menjadi ancaman kepada pihak-pihak tertentu. Mungkin ini berkat doa pengarangnya iaitu ‘Hellexist’ yang mengajak supaya kembalikan budaya menulis dan mengarang sebagai satu ancaman bagi mereka yang terasa diancam sepertimana yang tertulis pada mukasurat pertama zine ini. Termakbul juga doa beliau. “Mulanya aku ingatkan zine aku yang kena tahan sebab aku memang ada hantar zine ke Negeri Sembilan baru-baru ini”, kata Fazri sambil menghulurkan surat Kementerian Dalam Negeri yang dialamatkan kepadanya kepada pengarang sebenar Roots iaitu Encik Din Paiman. “Masuk ni dah 2 orang yang dapat surat ni. Patutlah ko tak dapat zine aku. Aku ingatkan dah kena rip-off”, ulas Din Paiman dengan muka gabra dan hati sikit kecut. Kemudian perbincangan telah berlaku di situ. Macam-macam pendapat telah diberi. Ada yang menuduh perkataan Hellexist yang besar pada kulitnya serta gambar2 ganas dengan tengkoraknya menjadi punca penahanan zine ini. Ada yang kata zine ini cuba dikaitkan dengan black metal. Ada yang kata parcel yang dipos tidak di’declare’ dan macam-macam lagi. Din Paiman telah membuktikan kata-katanya. Amacam editor-editor lain, ada berani? Di sini disertakan keratan surat tersebut sebagai bukti.

1 comment:

Nan @ Nan Tsab said...

ingat din yang kena sita rupanya zine skepeng ...cheh

kalau din kena sita mesti polis ingat dia join geng al qaeda pasal dia ada jambang...huhuhu