… sambungan cerita kat bawah.
Dalam hati aku mengeluh jugak. Ye lah, ni dah hujung bulan, dengan petrol dan semua barang naik harga memang terkesan sangat kehidupan sekarang ni. Ekonomi aku sekeluarga memang tengah parah. Tiba-tiba bulan ni perbelanjaan kami (terpaksa) meningkat dengan pelbagai belanja luar jangka. Memang seksa. Ni kena suap mereka berdua pulak. Aku memang tak marah mereka kerana aku tahu memang begitu perangai mereka dan aku tahu sebenarnya memang aku salah kerana melanggar undang-undang dunia. Aku Cuma kecewa kerana terpaksa buang duit begitu sahaja. Aku anggap ini sebagai takdir. Aku percaya ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin penyucian rezeki aku. Mungkin aku ada terlewat masuk kelas atau tak mengajar betul-betul. Tapi sekarang ni perbelanjaan aku dah mengalami deficit. Entahlah. Tuhan saja yang tahu. Serahkan sajalah pada Dia.
Sepanjang 20 minit selepas itu, memang otak aku terkenang pada peristiwa itu sahaja. Ini membuatkan dengan sendirinya aku bawak kereta perlahan. Hasilnya aku sampai lewat ke tempat kerja. Lewat dari kebiasaan. Tapi masih lagi dalam kawasan hijau. Suatu perkara yang aku pelik (tapi itulah realitinya), biasanya orang jauh akan sampai dulu ke sesuatu tempat berbanding dengan orang yang berdekatan dengan tempat itu. Ini amat jelas berlaku kat tempat kerja aku. Bercakap pasal masa ni pun satu hal. Budak2 hc/punk yang nak buat revolusi pun tak dapat nak jaga masa, nak ubah perangai dengan menepati masa. Aku tak tahu pengurusan masa peribadi mereka, tapi hal ini amat ketara dekat gig. Sehinggakan Din Akar pun bising pasal hal ni dalam Roots 7.
Aku tak tahu apa yang pembaca dapat dengan cerita dan bebelan aku ni. Aku sendiri pun tak tahu kat mana isinya. Sebelum semakin melalut, aku harus berhenti sekarang. Harap anda tak marah dan tak serik nak ke sini lagi. Afwan!
1 comment:
kena pow ngan polis pulok...
diorang ni kalau bagi warning je tak boleh ke?..
sikit2 nak pow.
ni lah contoh kegagalan sistem pendidikan dan kepolisian negara..
Post a Comment