[Dulu - 1980-an]
Situasi: Dulu hidup susah. Makan kena catu. Tak boleh nak makan ikut suka hati je.Ikan kembung kecik cukup untuk satu pinggan nasi. Telur masin sebiji dibelah 4. Nak jumpa daging ayam sebulan sekali pun susah. Balik-balik ikan kembung, selayang, selar. Sekali sekala bila ayah balik dari laut (nelayan) dapatlah makan ikan besar sikit. Itu pun kalau tangkapan menjadi. Susah hidup zaman dulu weh!
[Kini - 2000-an]
Situasi: Hari-hari makan nasi lauk ayam. Bukannya nak kata kaya atau mewah. Tapi itu yang termampu. Dan itu yang paling banyak dihidangkan. Ayam dah lebih murah berbanding ikan. Makanya, sekali seminggu dapat jumpa ikan pun dah mujur. Hidup zaman la ni pun susah jugak!
[Kesimpulan]
Zaman dah berubah. Dunia dah maju!
[Harapan]
Biar zaman berubah. Asal kita tetap kita. Akar umbinya tetap utuh.
2 comments:
zaman dah berubah dunia dah terbalik sebenarnya..
rezeki blake bohh.....huhhu
Post a Comment