Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Monday, August 11, 2008

SetJiwaLuka

Di bawah diperturunkan interview yang dibuat oleh Izhan dengan aku kalau tak silap tahun lepas, atau tahun sebelumnya untuk zinenya. Namun, zine beliau tidak diterbitkan sehingga kini. Jadi, aku kongsikannya di sini. Soalan ditanya dalam BI dan dijawab oleh aku dalam BM. Ada lagi beberapa soalan lain tetapi telah hilang.


Hye there Cikgu fazri. Congratulation to you and your wife for the arrival of a new family member. So how's your new life been going lately? Any upcoming scene related acitivity?
Hi Encik Izhan. Terima kasih. Kehidupan ok. Tetapi 2-3 hari ni agak menyebalkan kerana aku ada program yang terpaksa tinggalkan keluarga di waktu anak dikhabarkan sedang demam. Dari segi emosi, kehidupan kami selepas mendapat orang baru semakin bertambah baik, bertambah rapat, malah akrab. Banyak perkara yang kita rasa macam tak sabar nak tengok dari anak kita, macamana dia membesar dan sebagainya. Cuma dari segi kewangan agak parah kerana aku terpaksa berulang alik Dungun-Kemaman. Banyak duit habis diperuntukkan untuk petrol. Untuk pengetahuan, aku berulang-alik tiap-tiap hari pada hari kerja kecuali Isnin dan Rabu aku bermalam di Dungun. DRSA isu ke-lapan akan terbit bersama Roots 8, Cronically Donut, dan juga Mosh dalam satu zine. Mengikut perancangan akan terbit pada bulan 8, 2008. Sekarang aku cuma menunggu. Dan aku berharap aku dapat menerbitkan DRSA isu ke-sembilan dalam masa terdekat. Tetapi nampak gayanya 3,4 bulan lagi baru siap kot. Sepertimana yang aku nyatakan dalam keluaran yang lepas, zine ini akan keluar bila semuanya sudah sedia dan tidak ada kerangka masa. Tetapi aku sedang bekerja ke arah itu. Sedikit demi sedikit. Macam sipu babi berjalan.

For quite sometime you've edited DRSA zine, play in Kasih Sayang (Mince core), play in Inikah Hidup (Post Hard Core) and running (now defunct) Ronin Distro. So how's marriage and now becoming a father have affect you in seeing all these things you believed? Will you one day teach your son how to strum any of the Dead Kennedy's tunes?
Sebenarnya aku berhenti menjalankan Ronin Distro sudah lama. Alasannya cukup mudah. Malas. Aku malas nak menguruskannya. Tambahan pula aku rasa matlamatnya telah tercapai – ingin berkongsi stuff-stuff baru dengan rakan setempat khususnya – dengan lahirnya 2-3 distro di Terengganu ini yang lebih baik daripada Ronin. Manakala aktiviti-aktiviti band yang agak perlahan lewat ini adalah dek kerana kesibukan ahli-ahlinya, kesukaran untuk berkumpul bersama dan berlatih. Jadi rasanya perkahwinan dan menjadi bapa bukanlah penghalang untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Buktinya, DRSA yang telah sekian lama menyepi sebelum aku berkahwin telah lahir isu baharu dalam tempoh perkahwinan kami. Dan jika ada peluang aku masih keluar jamming dengan kawan-kawan. Aku tak fikir aku akan mengajar anak aku lagu-lagu tersebut. Kalau dia berminat biarlah dia mencarinya sendiri. Setakat hari ini, aku tak fikir untuk menghalang atau menyuruh atau mengajarnya.

Is "growing up" is a thing to be scared of? Does marriages & becoming a father really means you have to take bow to the system? How we gonna cope such responbilities without sacrificing all the principles we believe in? Do you change the baby's diapers? huhu.
Kadang-kadang ada juga terasa begitu. Bukan apa, bila terfikirkan tanggungjawab yang amat berat di bahu kita. Bagaimana hendak membesar dan mendidik anak dalam keadaan dunia hari ini, dengan segala kebejatan yang berlaku, agak bimbang bila memikirkannya. Tetapi inilah yang kita mesti hadapi. Tidak ada gunanya kita melarikan diri dari hal-hal sebegini, hal-hal yang terpaksa kita tempuhi suatu hari nanti. Bersedia dan bersemuka. Itu lebih baik. Sekali lagi aku tidak merasakan perkahwinan dan menjadi ayah itu menyebabkan kita terpaksa tunduk kepada sistem. Setakat ini aku tidak merasakan macam itu. Aku rasa aku masih seperti dulu sebelum berkahwin. Cumanya sekarang ini aku lebih banyak menumpukan masa kepada keluarga. Rasanya itu bukan satu masalah. Itu sesuatu yang kita rasa senang atau selesa. Mungkin ada yang perasan kita sukar untuk keluar bersama rakan-rakan. Itu pun kerana kita tinggal berjauhan. Bukannya atas sebab perkahwinan. Setakat ini aku tidak rasa ada sesuatu yang bertentangan dengan prinsip aku. Pada aku, perkahwinan tidak mengorbankan prinsip-prinsip yang kita percayai. Kalau ada orang yang belum berkahwin mengatakan bahawa perkahwinan akan mengorbankan prinsip yang dipegang, pada aku itu cuma satu tanggapan. Berkahwin. Jalani kehidupan macam biasa. Ajak anak isteri sertai aktiviti kita. Pasti seronok! (kalau dapat isteri yang memahamilah, tapi takkan nak kahwin dengan orang yang tak memahami kita kan). Kalau masa isteri dalam pantang memang aku yang menukar lampin, mandikan dan pakaikan baju anak. Kesian isteri bersusah payah melahirkan anak. Bagi masa dia berehat. Sekarang ini pun kami sama-sama atau bergilir menukar lampin anak. Kalau buat kerja sama-sama mesti seronok. Macam lagu Marjinal “belajar sama-sama, bekerja sama-sama…”. Dalam situasi aku yang berulang-alik Dungun-Kemaman ni, ada orang kata seolah-olah tak perlu aku berulang-alik setiap hari. Cukup sekadar hujung minggu kerana bukan si suami yang kena mandikan, tukarkan lampin anak. Itu pandangan serong ‘orang lama’. Aku tak setuju sebab kerja sama-sama dapat meringankan beban dan mengurangkan tekanan emosi.

You edited the DRSA zine. So how was the latest issue been accepted by the so called scenester? Do they really nowadays don't really bother to read anymore? Do you agree that zine-culture are slowly going out of the picture?
Sebenarnya DRSA#8 lebih kepada untuk edaran kawan-kawan. Sebab dengan keadaan jualan zine yang tidak menentu sekarang ini, tambahan pula… ya.. DRSA bukanlah sebuah zine yang bagus serba-serbi (kandungan, susun atur dan kualiti cetakan), dan mungkin ramai kini yang tidak mengenali DRSA kerana telah lama tidak mengeluarkan isu baharu, aku tidak rasa aku mampu menjualnya dengan banyak. Tetapi, pada awal tempoh DRSA#8 ‘berada di pasaran’, terutama setelah Nizang iklankan di Ricecooker, aku mendapat beberapa pesanan belian, dan ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan aku. Terima kasih Nizang. Selebihnya aku serahkan senaskhah master copy kepada Nizang dan Aniq untuk dijual melalui distro mereka. Sambutannya, aku tak tahu. Huhu..

1 comment:

Nan @ Nan Tsab said...

anak hang dah besar..