Di samping Zoo Bewok, di hadapan rumah saya, ke kanan sedikit terdapat semacam hutan paya seluas kira-kira 50 ke 70 meter persegi. Di sini terdapat bermacam spesis haiwan dan tumbuhan. Antaranya beruk, ular, bewok riyang (sehingga rumah berdekatan tidak berani lagi menternak ayam kerana habis dibahamnya), bahkan babi pun ada. Sehinggakan ada yang menggelarkan kawasan rumah saya ini sebagai lap babi. Patutlah dulu semasa pagar rumah saya belum siap, saya ada cuba menanam pokok kelapa, malangnya kelapa tersebut seolah-olah dikopek (perkatan kopek ini amat sensitif di Terengganu. Elakkan menyebutnya di hadapan wanita, terutama golongan yang agak berumur). Rupa-rupanya setelah bertanya pada jiran, ia adalah angkara sang babi. Namun, petang 21 Ogos yang lalu, kawasan tersebut telah ‘dibersihkan’ oleh sebuah jengkaut. Khabarnya akan didirikan sebuah bangunan di situ. Kesian penghuni-penghuni hutan tersebut. Entah ke mana merempatnya. Yang pastinya beberapa ekor bewok riyang (tak berani nak katakana semua) yang tinggal di situ telah berhijrah ke Zoo Bewok di sebelah rumah saya. Maka semakin meriahlah zoo tersebut. Entahkan esok lusa zoo tersebut pula akan menerima nasib yang sama seperti hutan tersebut. “Begitulah…. Tangan-tangan manusia.” Kata seorang imam di situ. Tangan-tangan yang membawa kemusnahan kepada muka bumi, di sebalik kemajuan.
[23 Ogos 2008]
[23 Ogos 2008]
4 comments:
kalau hantar petisyen kat Pegawai Daerah mana diorang nak layan...
apa lagi diorang nak bikin...
projek kerajaan barisan lagi ka...
kesian kat bewok bewok takde port bak lepak udah tentu ramai yang menjadi road kill kerana commit sucide ataupun nak berhijrah....
semoga bewok tak hilang di mamah pembagunan....
ni emeil aku...ridzuanrockhock@yahoo.com...bewok2 pah ni xde tempat tiggal la mu......
Hai, Fastri!
Thank you for your visit to my blog, but actually the one who owns Kedai is Tika (www.dendangjemari.blogspot.com) and she is also the one who makes brooches together with Shali (www.bonekaliliput.blogspot.com) and this is our coming-soon craft shop: www.bikinbarang.blogspot.com
where we are going to make more of those brooches!:)
Have a good day,
Bin
Post a Comment