Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan
Monday, September 22, 2008
Ops Sikap XVII
Ops sikap tersebut akan bermula pada Rabu ini 24 Sept hingga 8 Okt. Saman maksimum RM300 akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan 6 kesalahan trafik serius iaitu memandu melebihi had laju, terbabit dalam kemalangan jalan raya, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan. Ini sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga teman-teman. Daripada kita duk bagi free RM300 kepada mereka, baik kita berbelanja untuk benda lain. Lainlah kalau teman-teman memang banyak duit. Pun begitu, lebih baik duit tersebut didermakan daripada duk bagi kat depa. Rasanya tak menyalahi etika seorang punk pun kalau tidak melakukan kesalahan tersebut. Cuma had laju 80km/j je yang kurang sesuai sikit untuk saya. Bukan nak kata saya ni jenis yang suka bawak kenderaan laju-laju. Cuma untuk perjalanan jarak jauh dengan kelajuan 80km/j ditambah dengan setengah-setengah tempatnya 60km/j dan kesesakan jalan raya, beraja jam masa yang perlu dihabiskan atas jalan untuk sampai ke destinasi? Dan bawak 80km/j ke bawah lama-lama ni boleh mengundang rasa mengantuk. Itu yang mudah berlaku kemalangan. 90km/j memang sudah sesuai untuk jalan perseKUTUan. Tak laju sangat pun. Kecuaian tu yang menyebabkan kemalangan. Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Anyway sebagai manusia kita kadang2 terlalai dan membengkokkan undang2,Pesta operasi ni adalah masa untuk menggumpul dana dan meng"pow" orang awam sebab duit ynag di beri k'jaan kat polis sudah habis di guna untuk membeli kereta waja custom made, motosikal, uniform baru dan senjata....
walaupun aku bukan jenis yang bawak laju, tapi aku setuju kalau bawak slow memang mengundang mengantuk dan keletihan sepanjang perjalanan. ditambah lagi kalau kereta lane belah kanan tu berdesup-desup je speednya...mana tahan brader!
kalau mau jimat dan berani, langgar tol lah beb.
dah berapa jimat dari kl - trg.
ingat, kalau berani je.
selamat hari raya aidilfitri
*hati-hati di jalan raya di hari raya!
hahaha...
kalau sesiapa yang bawak dibawah 90km/j akan diberi rm300.. mesti best,kan...
hidup berkalau mmg camtu.. best sokmo!
Tak payah bawak kereta atau apa-apa kenderaan. Jalan kaki beramai-ramai ke kampung tanda protes. Baru subversive......
......dan bangang. Haha.
Selamat hari raya.
Post a Comment